Tangisan wanita berusia awal 40-an itu mengundang simpati semua pengguna kenderaan apabila dia dilihat memeluk mayat anaknya, Mohd. Hafiz Mohd. Johari, yang maut dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 4.30 petang apabila motosikal ditunggangi remaja itu dikatakan merempuh sebuah kereta Proton Wira.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Deputi Supritendan Zainuddin Mahadi berkata, mangsa yang berasal dari Sungai Jelok, Kajang dikatakan menunggang motosikal itu bersama seorang rakan.
“Bagaimanapun, selepas kemalangan itu, mangsa dibiarkan terbaring manakala rakannya pula menghilangkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah beliau, pihaknya masih menyiasat bagaimana kejadian itu berlaku dan akan mengesan rakan mangsa bagi membantu siasatan.
Zainuddin memberitahu, mangsa berkemungkinan tidak memiliki lesen memandangkan berusia bawah 16 tahun.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kredit UM03062011
~ Pantau pergerakan anak remaja apabila menunggang motosikal mahupun kereta terutamanya dibawah umur...kita semua ibubapa tak mahu kejadian ini berlaku pada kita kan...renung-renungkan & selamat beramal..
Nota Hati: kasihnya ibu... :(
1 comment:
al-fatihah... ape punya kawan la.. leh tinggal kawan pula
Post a Comment