Wednesday, June 22, 2011

[ Gambar ]..Majlis Pertunangan Anak Perempuan PM...Nooryana Najwa dengan Daniyar Nazarbayev

Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam.

Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.

Antaranya, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah; Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Daniyar Nazarbayev (tunang Nooryana Najwa)

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri.

huiii..muda belia bakal omak mertua ha...bergaya u.. ;)

Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah.

Kenamaan asing yang turut hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.

Nooryana Najwa, 22, merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Pasangan itu bertemu ketika menuntut di AS.-BERNAMA

Kredit: Pakcik Google Image..

Nota Hati: pupuskah lelaki2 malaya yang ganteng-ganteng ketika ini...spt yang disarankan/kempenkan utamakan 'product' malaysia yerr...hehehehe :P

4 comments:

aTy _faRed~ said...

waahh...macam majlis kawen ek.. kalau bertunang dah macam ni..kalau kawen kompem lagi besau giler nyer kan..:)

a n a s t a s y e a said...

Tak tahu nak cakap .. mungkin pandangan berbeza. :D

anastasyea's latest post .. Wordless Wednesday – Bintang Satu !

Orchid said...

aTy: gitu ler trend skg..tunang jer dh grand cam majlis kawin.

anastasyea: hurrmmm..tuh la..lain org ..lain munyiknya kannn...

note: org ada duit byk semua leh buat..aku klu duit berkepuk2 leh wat gah dr nie...itu untuk org yg ada-ada..so untuk org tak bape nak ada cam kita nih..duk dediam sudehh..hahahhahaha

::ienafazlyna:: said...

ok dah nengok..actually, tunang dia nie rakyat negara mane ye????Kalo kawen nanti kompen Ratu Elizabeth pun dia jemput..ehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...