Monday, January 31, 2011

Cuti Umum...Hari Wilayah Persekutuan 2011

Esok 01 Februari...setiap tahun diwartakan sebagai cuti umum bagi KL/Putrajaya & Labuan....so esok den cutiiiiiiiiiiiiiiii...yeiiihaaaaaaa

negeri yang berjiran ngan den..selangor dan nogri selamat berkojo ler yo..hakhak!

Selamat bercuti yer anak-anak semua...yang balik kampung kemain korang sambung-sambung coti tuh sampai ahad hepi holiday...yang balik kg..sekarang musim hujan...dengan ucapan jgn main ujan nti demam & flu...yang kawasan banjir tuh...cepat2 korang balik sini...kang tak lepas plak..ekekeke



CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia

Kuning Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan


Biru Perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran.


Merah Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.


Jata Negara (Lambang harimau berjuang) melambangkan Wilayah Persekutuan


Tiga (3)
bintang




Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.


-> SELAMAT BERCUTI KEPADA KORANG-KORANG YANG BERCOTI ESOKK....

Rita Rudani & Mertua...buang yang keruh ambil yang jernih..alhamdulillah

Rita Rudaini Dan Mertua Sudah Berbaik

RITA RUDAINI DAN KELUARGA MERTUA SUDAH BERBAIK

Kami tumpang gembira bila mendengar yang hubungan keruh antara Rita Rudaini dan keluarga mertuanya sudah mula menjernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.

Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak pada malam Khamis lalu apabila Aidil Zafuan, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad dan Abdul Radzak Salleh untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

Paling menyentuh hati kami bila ibu Aidil yang juga ibu mertua Rita mengatakan “Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” sambil memeluk Rita dengan linangan air mata. Kalaulah ini dikatakan sejak dulu lagi, pastinya perselisihan faham antara mereka takkan berpanjangan.

Kredit by: zon sensasi

p/s: alhamdulillahh..akhirnya..kesabaran itu perlu

Nota Hati: tunggu fotoshoot kembar aidil & rita ayu raudhah..mesti gempakkk..

Buang Bayi: Sanggupkah korang sekejam ini...

Mayat bayi dicampak dalam longkang


MAYAT bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang di Ayer Hitam, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

p/s: sebelum nie ada jugak aku publish n3 pasal pembuangan bayi...aku cukup marah..sedih..kasihan bila melihat anak-anak (bayi) tidak berdosa ini..kempen yang dijalankan seolah-olah tidak ambil pusing oleh manusia-manusia ini (manusiakah??..) tiada perasan akal hilang sifat keibuan sanggup membuang/melempar/membakar/pam dlm toilet...dunia semakin hampir ke penghujungnya...kasihani & sayangi anak sekecil ini...dia juga ingin melihat dunia seperti kamu....*sob sob sob

Kredit by: KOSMO 31012011

Nota Hati: hati kian terguris lagi...

Sunday, January 30, 2011

Cuti-Cuti: M.O.R.I.B


Semalam dan harini masih di tempat kejadian...merehatkan diri....suka-suka...gelak.gelak...makan..makan...makan dan makannn....ai likeeeee

Nota Hati: next plan..tungguuuu.. ;)

Friday, January 28, 2011

Air Panas Ragut Nyawa Bayi.....





KANGAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun 11 bulan dari Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat, dekat sini yang melecur teruk daripada perut hingga lutut selepas terkena air panas tiga hari lalu, disahkan meninggal dunia, awal pagi semalam.

Mangsa, Noraini Syazwani Abdullah, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan intensif di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kira-kira jam 1.20 pagi selepas bertarung nyawa akibat melecur teruk.


Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung insiden air panas itu.

Beliau berkata, bagi kes Noraini Syazwani, kejadian berlaku di kediaman keluarga kanak-kanak terbabit ketika ibu mangsa, 19, yang kini mengandung tujuh bulan dikatakan menuang air panas yang baru dimasak ke dalam balang.


“Syazwani yang ketika kejadian sedang bermain tiba-tiba menerpa ke arah ibunya, sebelum air panas tiba-tiba tertumpah secara tidak sengaja, lalu tersimbah ke badannya.


“Mangsa yang melecur teruk dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, sebelum dipindahkan ke HSB beberapa jam kemudian. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia awal pagi tadi (semalam) selepas lebih tiga hari dirawat,” katanya di sini, semalam.

Nashir berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan berdasarkan laporan diterima dan mengesahkan kematian mangsa tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.


“Polis percaya kejadian pada petang 24 Januari lalu itu berlaku atas dasar kemalangan serta kecuaian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kejadian ke-2.

Dalam kejadian berasingan pada hari sama Isnin lalu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun parah terkena air panas ketika berada di pusat jagaan kanak-kanak di Repoh, Kuala Perlis, dekat sini dan sedang menerima rawatan lanjut di HTF. Nashir berkata, mangsa, Anis Syafiah Shukri, dilaporkan cedera pada paha akibat terkena air panas pada petang Rabu lalu.


“Kejadian itu disedari ibu bapa mangsa selepas dimaklumkan penjaga pusat asuhan terbabit ketika mengambil anak mereka di pusat jagaan berkenaan kira-kira jam 6 petang.


Berdasarkan maklumat awal, katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama 10 kanak-kanak lain bersiap sedia untuk mandi di bahagian dapur pusat jagaan berkenaan, sebelum mangsa terlanggar meja dan terjatuh.


“Ketika itu, besen berisi air panas yang digunakan untuk memanaskan susu terbalik dan tertumpah ke atas paha kanak-kanak itu, menyebabkan perut dan tangannya melecur. Dia kemudian dibawa ke klinik kesihatan di sini, sebelum dirujuk ke HTF.


“Polis menerima laporan daripada bapa mangsa, Shukri Shuib, 36, mendakwa anaknya didera. Bagaimanapun siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan mengesahkan tiada sebarang unsur penderaan dan klasifikasikan sebagai kecuaian serta kemalangan,” katanya.

Kredit by: BH 28012011

p/s: kadang-kadang kita leka memasak didapur....secara tetibe tanpa disedari anak-anak ini suka terkam/menerpa secara mengejut...so ketika angkat periuk atas dapur mahupun mengisi air panas...toleh ke kanan kiri belakang untuk pastikan anak kita tiada bersama...ingatan ini untuk semua termasuk aku jugak...renung-renungkan & selamat beramal... ;)

Nota Hati: anak itu anugerah berharga yang diberi olehNya..

Thursday, January 27, 2011

Hepi Besday Eisya & A'Kizz..muah muah muahhh!!!

hepi besdayyyy to uuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... lalalallala..*clap clap clap

eisya & a'kizz

original untuk si apang...dinner set u..dia leh bedal sorangg....licinnnn

saje jer aku letak hello kitty atas kek tuh...suka nau dorang tengok....hello kitty tuh pun jenis candy kan...bila si abangnya makan gigit telinga kitty tuh...tergolak2 adik2nya tengok....kelako nau bagi dorang...hahahaha

semalam adalah besday girl berdua nie...sekali harung buat akak ngan adiknya...date pun tak jauh besa sgt...sonang...sebelum itu harus aku mencari kek untuk dorang...pergi ke Bakery Cottage kt Presint 8...tengok2 kek cam tak ngancam plak tak banyak pilihan...maklum arr dah petang kan*sila salahkan diriku last minute punya plan membeli sob sob sob...

belek punya belek nyudahnya beli kek coklat nie jer...lagipun dorang feberet coklat2 nih

rupa paras kek itu

aku tak perasan entah bila budak belakang tuh masuk dalam ini korum...

Eisya masuk 4 tahun...A'Kizz masuk 2 tahun...dua-dua ligat..mulut cam mak nenek...

A'kizz

Si Eisya

Semoga kalian menjadi anak berguna...kebanggaan ibu ayah...bior tambah-tambah sihat...bijak membesar sebagai johan yerrr... ;)

Nota Hati: dalam suka-suka ada terselit trajis menimpa aku slm..*nanges sob sob sob

Mahu gigi korang putih berseri bercahaya-cahaya...cubalah cara ini..ada beran?

Gigi bercahaya jadi trend di Jepun


SEJUMLAH orang memakai lampu bercahaya pada gigi yang kini menjadi trend di Jepun.

TOKYO - Senyuman yang bersinar kini menjadi trend terbaru di Jepun dengan pemakaian lampu pancaran diod (LED) pada gigi, lapor sebuah akhbar semalam.

Trend itu yang popular dalam kalangan remaja, melibatkan barisan lampu LED dilekatkan pada gigi seperti pemakaian pendakap gigi.

Gigi yang dipakaikan dengan lampu LED itu akan bercahaya setiap kali pemakainya membuka mulut.

Produk itu boleh digunakan bersama komputer bimbit yang boleh mengubah cahaya pada lampu tersebut daripada hijau kepada merah atau menjadikannya berkelip-kelip. - Agensi

p/s: uiii dasat nih..sekali sonyum jerr...menyilau orang tengok ha...baguih gak pakai cenggini..kurang-kurang kalau blackout ada jugak emergency light..iye dok?..ekekeke

Kredit by: KOSMO 27012011

Nota Hati: kalau bagi pree LED 50 inci nak lah aku.. ;)

Wednesday, January 26, 2011

[Gambar] Percutian Keluarga Jejai Bersama Nora Danish Di Japan

Waaaahhh...sejak dua mejak nie blog aku dah cam blog gossip-gossip artis gak kan...semuanya pengakuan berani mati oleh Jejai yang kompom sudah putus kasih sayang ngan FS di HM semalam......meletop-letop kisah ko kat akhbar, tenet, blog-blog hiburan hingga sampai ke kedai makan mak jah ko...tak lupo gak hangat kt opis-opis seantero malaya...

dan harus aku pun turut sama terjebak menyibuk diri...hehehehe

Okeyy jom kita layannn gambar-gambar percutian keluarga Jejai & Nora Danish di Japan baru-baru nie....percutian ini yang membawa FS lari membawa hati nan lara ke Bali yang mencetuskan kontroversi berbikini... ;)

terima kasih kepada abg nara punya blog....sehari tak bukak blog dia...rasa sesuatu jer tak lengkap rutin harian aku..*wink wink

Kredit to: beautifulnara & ohbulan

Hepi family..so sweeetttt

kasih seorang ayah..

kasih ibu membawa ke syurga..

cute jer gambar nie kan...bersama adik beradik ipar nora

mak mertua, anak menantu, anak..semuanya ngam...best jer kann

mak mertua pun nampak muda..dah sama plak ;)

ahli rombongan keluarga Jejai

Baguskan jugak kalau ND & Jejai nie berbaik kan..demi anak yang masih memerlukan mereka berdua...insy'allah..doa-doakan jer la..

Nota Hati: tunggu kisah nora plak lepas nie..jejai ckp nora ngah berkawan dengan seseorang...uiii hot hot...hohoho

Tuesday, January 25, 2011

Kebodohan yang ko buat ini menambahkan lagi kebodohan ko...


Haaahhh!! Jarang sekali aku nak bercakap kasar sebegini kan....dan aku seorang yang susah nak melepaskan suatu perkataan 'bodoh' pada orang....tapi kes ini sememangnya ko akan benggang tahap langit ke tujuh kan.....kejadian ini berlaku disuatu tempat dalam negeri selangor ketika we uols JJCM.....u see gambar bawah nihh...

*sila abaikan adik manis itu...dier tak bersalah dalam ini celita.. ;)


Korang tengok apa masalah ngan SUV nih...agak-agak korang la kan....ape sumpah seranah yang patut kita dendangkan untuk pemandu yang sebegini...parking kereta mengalahkan amek site lori kan...harusss ko amek lesen terbang nih.

Kalau kotak parking untuk OKU.....sudah mestinya aku faham kan....sedia maklum tahu bahawa ruang petak untuk OKU memang besar sikit dari kotak parking biasa...sebab tuh kalau golongan OKU parking senget ke...tak ler kisah sangat..sebab keluasan kotak parking untuk dorang memang besar...tak caya korang balik..cari kotak parking untuk OKU....mesti ada bezanya saiznya...*wink wink ;)

orang cenggini bila kita cakap bodoh...tau plak marahhh!....tapi sememangnya dah terang-terang kebodohan ko terserlah disitu.....*emo emo

orang tua selalu cakap...' cerdik susah nak diajar' (erkk..tui ker ayat nie...tk kisah arr...soundnya lbh kurang gitu lerr bunyiknya...tp aku tahu abah aku penah cakap ayat nih....hehehe)

Nota Hati: selalu terjumpa kes camnih...hanginnn jerrr...

Mengenali Logo-Logo Yang Halal & Haram....renung-renungkan bersama


Kita biasanya terlepas pandang logo-logo berkenaan bila masuk ke restoran/kedai makan mahupun pasaraya/hypermarket atau tempat-tempat yang sewaktu dengannya yang mengeluarkan produk-produk yang tertera logo halal...

mari kita perhatikan logo-logo yang diharamkan dan dihalalkan..tak banyak bezanya kalau kita melihat sekilas pandang kan...jangan biarkan diri korang tertipu dengan logo-logo ini...sekian.

Nota Hati: lebih berhati-hati...

Putus sudah kasih sayanggg....Fasha Sandha - Jejai

Hot hot news hari ni...kasi gegarrrr

putus sudah kasih sayangggg.....huh bait-bait ala-ala lagu dolu2 kan...memang kene ler lagu nie ditujukan kepada Fasha...ermmmm...akhirnyaaaa kannnn....nak tahu kisah sebenarnya click sini

agak2nya ape komen korang erk... ;)

Monday, January 24, 2011

Kenangan Di Kellie's Castle....

Masihkah korang (team bola sepak & netball thn 2006) ingat kenangan ini...tournament dengan High Court Ipoh....sure korang ingatkan... ;)

masa free aku tadi belek-belek folder terjumpa gambar istana lama...rasa rugi plak kalau tak dikongsi cerita ini ngan korang kan..*wink wink

kita tinggalkan kisah team sport POJ ..aku nak kisahkan cerita Kellie's Castle ini...perjalanan balik dari Ipoh..kami menyinggah untuk melawat istana ini...kalau tak masuk/datang..bila masa nye lagik kan..jangan lepaskan peluang...jika tidak kerugian besar ko kat situ...

Jom lihat ronda-ronda sekeling istana lama ini yang menyimpan misterinya tersendiri.....'jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiiii....'

Pandangan hadapan di Kellie's Castle

dari pintu masuk ke istana ini...kita akan melalui sebuah jambatan menyeberangi sungai kinta...ditepinya terdapat sebuah kedai cenderahati dan kedai makan

semasa balik...melalui istana ini...mata aku asyik memerhati tingkap belah atas tuh yang bercat putih.....leka aku memandang aku terlihat 'seseorang' sedang memerhati aku.....kalau korang datang sini ..cubalah perhatikan...*ermmm...

pintu ke luar sebelah tepi istana...jalan ini menuju rumah-rumah pekerjanya...dan dengar ceritanya ada laluan bawah tanah jugak untuk ke sana...dan juga boleh sampai ke kuil yang berdekatan sana..semuanya melalui terowong misteri

korang baca ler info nie..

kebetulan masa ini ada produksi sedang menjalankan pengambaran untuk terbitan TV1...dengan kita-kita orang masuk sekali...*gelemer jap hehehe


dari penerangan yang diberikan...batu bata ini 'disimen' menggunakan putih telor..

pandangan dari tingkat atas istana..kelihatan sungai kinta. istana ini menyimpan seribu rahsia sebabnya banyak sangat lorong-lorong/terowong misteri..laluan bawah tanah juga..

aku merasa gak menuruni tangga ke laluan bawah tanah tuh...lorong yang sempit..ngam-ngam soi leh masuk sorang jerr...kalau badan membesar sikit..jawabnya sangkut ler celah tangga tuh..

masa turun ke bawah tuh..seram gak..rasa 'semacam' jerr...biasa ler tempat lama ditinggalkan..so macam-macam kita fikirkan...baca ler apa yang patut kan ;)

tapi ada satu bilik laluan bawah tanah yang menyimpan minuman keras (bir) ditutup atas sebab keselamatan.

masa ini matahari panas terpacak atas kepala...dah la atas bumbung nie cam tar...lagi membuatkan berbahang-bahang bila memijaknya...

korang perasan bumbung yang atas sekali tuh...katanya itulah tempat helikopter mendarat...

naik ke atas tuh melalui tangga yang begitu sempit...berpusing-pusing...sampai jer kat atas tuh...rasa gayat siottt...dah la berangin kuat...aku siap-siap paut tangan si budak nih ...

masa tuh rasa kaki pun tak bape jejak kat lantai da....aku nie bab-bab ketinggian memang gayat...satu kelemahan aku...sob sob sob..

bilik atas nie...bilik anak Kellie Smith...besar gila bilik budak-budak tuh...huishhh rugi plak tak snap gambar dalam...maybe kat camera kawan-kawan lain kut..iye la masa tuh zaman berblog2 ni aku tak joint lagi...kalau dah ado...mesti aku meroyan snap bebanyak buat modal kan...

dibahagian atas istana ini berlantai kayu.

info: kredit by wikipedia

Bangunan Istana Kellie dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka british bernama William Kellie Smith. Bangunan 3 tingkat mengikut rekabentuk sebuah istana Moghul India. Tukang-tukang binaan dibawa khas dari Madras.

Beliau berkahwin dengan gadis dari Scotland yang bernama Agnes dan membawa isterinya ke Malaysia pada tahun 1903. Dikurniakan seorang anak perempuan bernama Helen. William Smith mengharap seorang anak lelaki sebagai warisnya kelak. Selepas beberapa tahun Agnes melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony pada tahun 1915. Merayakan kelahiran Anthony, William Smith memutuskan untuk membesarkan rumahnya.

Istana ini mempunyai 14 buah bilik..bilik bawah tanah..lorong-lorong/terowong rahsia. Ditingkat 2 dibina padang tenis berlantaikan simen.

Istana ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia pada 11.11.1926 di Lisbon, Portugal. Sehingga sekarang istana ini kekal dalam keadaan tidak 'sempurna' pembinaannya dan menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri Perak.

Kellie's Castle ini juga menjadi lokasi pemgambaran drama dan filem..antaranya filem Anna & The King yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt tidak lama dahulu.

Ingin datang kesini: melalui lebuhraya utara-selatan, keluar Plaza Tol Simpang Pulai...terus ke Batu Gajah @ Universiti teknologi Petronas di Tronoh.

gambar kenangan bersama ahli jemaah POJ....sweet memories.. *cube teka yang mana satu tuan tanah blog nih..hakhak!

Nota Hati: saat paling best bila bersama korang.. ;)

Ayu nyee dier bila bertudung...

hahahahaha...nasib ler ko jadik mangsaku...

Nota Hati: Dialah penghibur..

Friday, January 21, 2011

Cuti-Cuti: Rumah Peranginan Persekutuan Morib

Last week aku berprogram bersama family untuk menginap disini...2H1M jerr...malamnya kami buat BBQ...biasa ler family aku bab makan-makan no. 1...hakhak!

bagi penjawat awam...penginapan di rumah peranginan ini adalah satu keistimewaan menikmati kemudahan untuk bercuti....kalau sebelum nie sesapa yang penah mengikuti n3 cuti-cuti aku...semua penginapan adalah rumah peranginan persekutuan...tempat yang pernah aku menginap di Port Dickson dan Langkawi...harga yang berpatutan sesangat...kalau harga biasa hotel-hotel diluar sana..jauh berbeza...dan seharusnya aku mengunakkan kemudahan ini kan..so bila lagi kan..selain budget..save jugak kan

Jika ingin menginap disini...booking sajer dah full...schedule pun merah jerr....tuh maknanya full.....cam booking air asia jugak..lebih kurang lerr...kalau ada kekosongan..kira rezeki ler tuh...kene rajin terjah website BPH untuk melihat rumah-rumah peranginan tempat lain plak...next dalam tahun nie aku dah booking rumah peranginan yang lain lagi...yang tuh korang kene tungguuuuu....lambat laie punnn...

Rumah peranginan di Morib ini....aku abek rumah banglo. 3 bilik...sekali melangkah masuk ..besau gilerrrr rumah.....anak-anak buah aku siap bertawaf keliling main...keluar pintu sini..masuk pintu sini...dah ghupa adegan P. Ramlee dikejar 3 madunya plak..hehehee

lorong ke 3 bilik...2 bilik (saiz queen) & 1 bilik (2 katil single)

jom kita intai biliknyaaa..

Nie bilik no. 2...katil queen...siap cermin & almari pasang siap kat dinding...

Ni bilik no. 3..kecik sikit ..2 katil single...agak2 nak tido malam.....kitaorang kasi rapat...kang ada budak-budak nie tido gedebuk ke bawah...

yang ni bilik utama...bilik aku...;)..katil queen..almari pasang siap..meja solek..

yang penting semua bilik dilengkapi dengan aircon...*suker sukerr

gambar bawah nie..beranda dari sisi tepi bilik aku dan bilik ke-3....pintu yang bila dibuka korang leh melihat permandangan laut...wahhhh syiokkk woooo.....pagi kol 7 aku dah bukak pintu..tutup ekon kipas bagai...bagi angin laut masuk....sejukkkkkk gilosss

saujana mata memandang ke laut dari dalam bilik aku..

depan umah ada parking gak..tapi ada lagi parking kat belakang....yang nie berbumbung...leh masuk 2 kereta lagi...*sukerrr
dihari kejadian...2 kereta parking belakang...2 kereta parking depan..

bilik air/mandi diluar...yang nie aku snap dari beranda dapur....bilik air nie diletak kan dibawah sebab...kalau korang mandi laut..takan nak terus naik ke rumah klan..harus basah berpasir-pasir kan....so sebab tuh disediakan dibahagian belakang rumah..

dalam rumah pun ada bilik air jugak...kalau dah reramai..tak dek ler berebut or menung lelama dalam bilik air kan...

pemandangan dari beranda depan...padang mainan budak-budak ado..mak apak budak pun leh naik buaian tuh....ada pintu pagar yang ditutup...tapi kalau korang nak ke pantai..boleh sajerrr...tak berkunci pun..

boleh nampak kapal-kapal ditengah2 lautan sanun...orang mancing..orang dok terbongkok cari ape ntah...pepahat erk..

jiran belakang aku siap bawak joran jala lagikk...malamnya dorang gie pantai beroperasi...abah aku siap cakap..next datang nak bawak joran.. ;)

jom tengok ape ada dalam rumah..

meja makan & peti sejuk..

datang sini bawak bahan mentah jerr...dapur cerek periuk kuali pinggan mangkuk cawan gelas pisau sudu senduk..rice cooker semua ado

meja makan besau untuk makan 8 orang. Dapur ada dua bahagian..kering dan basah

astro ado uolss...tapi basic jer la..kira ok la....group lelaki suka arr.....awal-awal memasing dah berbunyik booking nak tgok bola malam nih....hampehhh!

sebab tuh rumah aku ada 2 tv...kalau dorang dtg....malam sure bola jerr....hanginnn jerr

cantik kan...rumah nie beratapkan kayu berlantaikan papan...klasikk....lamanye tak berjalan berlantaikan kayu...rumah sekarang kebanyakan dah bersimen berjubin bagai..

dapur...ngah menyediakan bahan-bahan untuk BBQ

budak-budak memasing leka nghadap tenet...sehari tak tido makan minum pun tk ape..nghadap game..idup nyawa memasing...cube suruh wat koje...dengo jer cencorot berbunyik..

senja kian berlabuh...tepat BBQ bersebelahan dengan tempat makan...senang dekat..siap ada paip lagikk..dan port budak-budak nak main teng-teng pun boleh..

dah hujung-hujung baru nak nolong membakor kan..

hotdog yang bakal menjadi korban

sambal kicap hasil air tangan omak den...perhhhhh pedas siotttt...tapi sedapp...mencicah ngan ikan bakar tak berhenti...kembang-kembang idung aku dibuatnya...

ingat udang nak bakar gak...tapi aku tukar masak sambal...cian plak semua menu 'kering' jerr

ikan bakar...cencaru & kembong...daun pisang tuh..aku abek kat tepi rumah jerr....kalau dapat jantung pisang lagikk bestt...celur then cicah sambal kicap/air asam makan ikan bakar....perhhhhhhh *pitammmm

sotong goreng tepung

ayam yang aku siap marinate dari petang tuh (serai, bwg putih, jintan manis, putih ketumbar, halia...perap bodo-bodo jerr tapi omak cakap..sedappppp...wahhhh..*shy shy shy

berakhirnya percutian family kali nie...tapi ini permulaan awal tahun yerr...ada 3 family trip menanti dalam tahun nie...tunguuuuu

Nota Hati: best bila bersama mereka-mereka itu...miss & luv uols!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...