Monday, May 30, 2011

[ GAMBAR ]..Majlis Pertunangan Elly Mazlien...

Elly Mazlein kahwin Februari depan

DETIK mesra Elly dan Azmi selepas majlis pertunangan mereka di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 30, mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Azmi Hata, 36, pada majlis ringkas di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort di sini semalam.

sekian.

p/s: aku suka elly nie..kalau dia berlakon part2 berairmata...mmg bertakung air mata aku..kene plak kalau watak dia lemah2 lembut ala perempuan teraniaya...mmg sesuai nau..satu lagik sbb mata dia cantik dan bibirnya yang seksi*pendapat aku ler...tapi awat masa tunang nie makeup aku tk bape berkenaan...macam 'tak siap' jer ghupanya...muka pun nak lain kan..ko cucuk ke dik?..makeup kut..ekekekeke ;)

Kredit: Kosmo 30052011

Nota Hati: Musim orang kawen dan tunang 2 minggu nie..bersiap sedia.. :P

Friday, May 27, 2011

Menentu dan Mengesahkan Arah Kiblat, Esok 28 Mei 2011 Berdasarkan Cahaya Matahari


Esok, Sabtu 28 Mei 2011 adalah satu hari yang penting juga. Iaitu, kita di Malaysia boleh mengukur arah kiblat yang tepat pada jam kira-kira 5.16 petang. Kalau terawal dalam 15 minit atau terlewat 15 minit, masih dikira hampir-hampir tepat juga. Pada masa tersebut, kita boleh mengukur kedudukan kiblat yang tepat mengikut cahaya matahari. Peristiwa seperti ini dinamakan istiwa a'zam.

Kepada semua, jangan ketinggalan untuk menentukan kedudukan kiblat di rumah masing-masing kerana peristiwa ini tidak selalu berlaku. Satu lagi tarikh pada tahun ini adalah 16 Julai 2011.

Cara paling mudah adalah memacak kayu dengan tegak dan melihat ke arah belakang kayu seperti gambar di atas.

Sharing is caring kan...terima kasih ustaz.. :)

Kredit: Kadi Kluang Ustaz Mohd Khalil

[ GAMBAR ]... Inilah bakal isteri Tomok OIAM ...

Selain dari Noh Hujan & Mizz Nina nk kawin bulan julai...rupanya ada sorang lagi memilih bulan yng sama untuk mendirikan masjid...aminnn...

Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .

sekian.

Nota Hati: Cuti sekolah kembali lagiiiii... ;)

Thursday, May 26, 2011

[Gambar]..Mohd Raqib dibaham anjing milik bapa saudara sendiri...

Dibaham anjing


PARAH...kesan gigitan anjing pada badan mangsa.
LUKA...kaki mangsa cedera teruk selepas diserang anjing.
LUKA...kaki mangsa cedera teruk selepas diserang anjing.

RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.

Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.

Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.


Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.

Kredit: HM 26052011

Nota Hati: hurmmm...kejadian ii boleh dielak jika pemilik yg bernama 'Rosman' ini tidak membelanya...fikir2kan..

Hajat Ashraf jadik Aleesha Tertangguh...

Keputusan Ashraf tukar kepada nama wanita Julai


MOHD. Ashraf Hafiz Abdul Aziz bertudung seperti perempuan hadir ke mahkamah bagi memohon kebenaran untuk menukar nama kepada wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 25 Mei – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini keputusan permohonan seorang lelaki untuk menukar namanya dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina, hampir dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini berhubung permohonan yang dikemukakan oleh Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25.

Mohd. Ashraf yang mengemukakan permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz, hadir dengan berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu.

Terdahulu, peguam Horley Isaacs yang mewakili pemohon dalam hujahnya menyatakan, Mohd. Ashraf telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai (PMC).

Menurut beliau, anak guamnya itu berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran.

Tambahnya, pemohon yang juga pemegang diploma dalam jurusan berkaitan perubatan itu turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian.

‘‘Sebelum ini, dia (Mohd. Ashraf) pernah bekerja di farmasi, tetapi sukar untuk memakai pakaian lelaki kerana sejak kecil dia lebih cenderung untuk menjadi seorang perempuan disebabkan hormon lelakinya kurang stabil,’’ katanya.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Malaysia pula berhujah, sifat kewanitaan yang ada pada pemohon hanyalah pada luaran dan tidak secara dalaman.

Katanya lagi, sekalipun telah membuat pembedahan, tiada laporan lengkap daripada doktor yang mengesahkan penukaran jantina pemohon berlaku seperti wanita semula jadi.

Kredit: UM 26052011

Nota Hati: renung-renungkan & selamat beramal.. ;)

Wednesday, May 25, 2011

Pre Perhimpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya mulai 27-28 Mei 2011

Lunch tadi..aku geder-geder pergi ke MOA (Kementerian Asas Tani)...cuci-cuci mata maklum arr lepas gaji..kat sini time gaji jer..siap arr mana-mana jabatan ada buat jualan sale katanya...tapi kita sebagai pengguna kene berbijak dalam berbelanja ok....wahhh nasihat..sebelum nasihatkan orang...nasihat untuk diri sendirik pun iye jugak..;)

Dalam perjalanan ke pangkal jalan..sekali jalan utama sudah 'diserang' oleh Lamborghini ..Ferrari..macam2 arr kereta-kereta mahal tuh...yang aku kenal sgt..2 jenis kete tuh jer..ekekekeke*ciann

ermmm...bilalah aku dapat merasai drive kan *urmmm mimpi jer la..isk isk isk

usahkan nk beli kereta sport gayak gini..nak beli sport rim cenggitu pun xmampu walaupun 10 tahun korje...haih!!

terpegun jap....si co-pilot kereta kuning tuh siap wat peace kat aku...* huhh jelesss

waaaaaaa...jatuh chenta ngan kereta silver itam itu...*berhangan jer la

abeh jer lintasan kereta2 mahal...sekali vrommmm vrommmmm..bergema-gema dari jauh...fuyooooo bergema2 telinga aku dengo deruman moto berkuasa tinggi nih...

rasanya lebih 100 bijik moto nih...

motor dah mahal gilerr..koman-koman pun ribu2 harganya..yang atas 100k usah citer ler kan...nelan ayor liuq teman bila tahu harganya....gadai barang omeh pun lom tentu lepas nk membelinya....wakakakakaka

moto dah class vogue..dah tentu mahal..pakai jaket kulit...but sampai ke lutut..segala-galanya kulit sampai ke sarung tangan...ado yang bling2 lagikk...rambut panjang*guna jari pun bulehhhh...bangle-bangle kat tangan..huhh maghaikk..beso2 sauh kapal....sekalik bukak helmet...alahaiiii standard pokcikkkk jerrr...perhhhh mantap ko pokcikkk!!! terharu sungguh belia muda cam aku nengok...kalah orang mudo...

tak pe la..dah minat dorang kan..ada duit..suka hati ler nak buat ape pun kan..orang ada-ada...kita yang tak bape nak ada nih..duk dediam jer la..*owhh sadis

agak-agak BMW nih bape ler harganya erk...*ermmm.. ;)
so marilah kita jayakan Perhimpunan Sejuta Belia yang julung-julung kali diadakan ini di terajui oleh Kementerian belia & Sukan Malaysia (KBS)...minggu nie putrajaya sungguh pack setiap inci...banyak aktiviti..termasuk la futsal anjuran Kosmo...meriahhh...duit pun 'meriah' jugakk...wakakakaka

sesapa ada basikal..aku syorkan korang datang naik basikal..sonang nak pergi satu venue ke satu venue..kalau idak...sendirik mau ingat la..harus ko bermandi peluh...

kita jumpa di sanaaaaaaaaaa.....

Nota Hati: nak nengok F1...port belakang opis aku nie...sah jammed gilerr!!

Monday, May 23, 2011

Lunch Di Kelab Tasik Putrajaya....kepingin ayor durian belanda

Gara-gara terjah blog erni.....aku dah terbayang-bayang nak blended durian belanda nie.....jenis tak nyabor kay kalau nak sesuatu tuh...tenghari tadik berdesup laju aku pergi geder2 ngan si jue..*tq jue layan tekak demand den nih yo...ekekeke

yessss..akhirnya yang diidam ado depan mato...*leh sonyum sampai telinge nih..wakakaka

durian belanda o'coz pilihan aku...tembikai pilihan si jue
durian belanda RM7, tembikai jus RM5

ginger beef*my feberet wit rice..up dengan telo mata..sekali dia bagi 2 biji ko......terkesima jap aku orderkah sampai diletakkan 2 biji sekali?..hahhhhh lantak....bedal jerr... harga 13

bagi aku ginger beef dia tk kick langsung...warna pun tak mengancam selera aku...sebab selalunya aku makan kaler putih ala2 black paper sikit...sedap lagi kat Penang Village Alamanda sana *motip aku nyebut restoren itu..ekekekeke..Jue sila ambil perhatian yer..hakhak

jue memilih kuey teow yang penuh dengan spesis udang & kerang...pedas sikit..up dengan cili potong kicap.....harganya RM8

tempat dah gah cantik.....tapi kulit pada menu pun hidup segan mati tak mau tau...itu korang nengok luaran..lom nengok dalam..owhh sadiss...so pihak berkenaan...sila pantau buku-buku menu kay...perbaiki kelemahan walaupun ianya kecik..sebab orang luar nampak 'besar' kecacatan itu.. ;)

dessert ...custard caramel...harga dalam rm5 lebih..* telan ayor liuq jap



untuk dijual..RM50

susun galur pemerintahan..Tun Abdullah Badawi - Dato Seri Najib Razak

yang terkini... 1Malaysia..

sekian. terima kasih.sila datang lagi...ermmm lambat lagi kut aku nak datang sini.. :P

Nota Hati: syukur dengan rezekiNya

Peristiwa Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim & Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Kajang...Al-Fatihah

Peristiwa yang benar-benar mengejutkan rakyat malaysia minggu ini....setiap kali dipaparkan di tv...tiap kali itu lah jugak airmataku tertumpah....

kepermergian yang tidak diduga oleh sesiapa jua...dari Dia kita datang..kepada Dia jua kita kembali...

kesan tapak runtuhan yang mengorbankan jiwa anak-anak kecil dan penjaga....Semoga kesemua mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh bersama ahli-ahli syurga.....al- fatihah

ingin tengok gambar2 kejadian..klik disini

Nota Hati: esok lusa kita sendiri tak tahu apa yang berlaku kita....

Friday, May 20, 2011

Anak Kucing Bermata Satu....subhanallah...

Anak kucing bermata satu

PELIK ...kucing bermata satu tiada hidung dengan  lidah terkeluar.

PELIK ...kucing bermata satu tiada hidung dengan lidah terkeluar.

TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.

Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.


Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.

“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.


“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.


Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.

Kredit HM 20052011

Nota Hati: Dia Pencipta..Dia mengetahui segalanya... ;)

Monday, May 16, 2011

[ Gambar ] ..Si kembar Sazzy Falak...

Aku suka nengok sazzy falak nie..sebab dier comel...dan mesti anak kembarnya tuh ikut kecomelan dier kan...

jom layan gambar si kembar sazzy..

Iman Lily & Tiara Rose...nama si kembar ini...sweet jer namanya..

tuh dierr..tido berempat..dah penuh satu katil..ekekekeke..

Kredit: beautifulnara

Nota Hati: tambah lagi umatNya..

Tuesday, May 10, 2011

Lunch di Nasi Ayam Gemas, Putrajaya

Nasi Ayam Gemas...

glupppp.... ;)

Bila sebut nasi ayam...aku adalah pengomen/pengkritik paling bertauliah bab2 menu nie...sebab tuh kalau makan diluar..aku tak akan order nasi ayam..sebabnya semua tak kena ngan tekak aku...ayamnya xsedap arr..keras kejung arr, cili tak pedas arr...kick lah...paling sadiss bila ko dapat sup yang jernih ko leh nampak sampai kebawah....harapkan air, kiub, tabur daun sup & bawang goreng....huhh!!

sebab tuh kalau nasi ayam...aku lebih rela bersilat kat dapur masak sendiri di rumah...*sila contohi sikap ini yerr..*matik la puji diri sendirik...wakakaka

So hari nie lunch ditapau dari Nasi Ayam Gemas...terletak di Presint Diplomatik sana yer anak-anak...harus diterjah ke sana...sebabnya?

sedappp..sebab tuh aku dah repeat 3 kali...hahahaha

korang nengok nasinya & ayamnya...berbaloi kualiti dan kuantitinya...harganya RM6.....ada 2 pilihan ada ayam hainan & goreng...uols leh makan sekenyang2nya...kalau nk extra ayam..just nk ratah-ratah....biasanya aku pilih yang goreng sebab sedap & garing bila gigit-gigit tulang2 tuh..

ayam nie ada saiz hidangan..seingat aku ada RM4, RM8...dan seterusnya....ko nak seekor pun boleh...kira kalau makan beramai contoh 4-5 orang..so ko amek ayam seekor + nasinya hanya RM2 (nasinya pun banyak)..lagi jimat ;)

so..pilihan ditangan korang..tepuk dado..tanyo selero yo...

Hati Hati: skodeng JJCM lagikk

Monday, May 9, 2011

Bapa seret anak berbogel di jalanraya....baca dulu sebelum membuat spekulasi tentangnya..

Bapa seret anak yang berbogel


LU TAN menyeret anak lelakinya dalam keadaan bogel di bandar Hechi, China baru-baru ini.

HECHI, China - Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di sini selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya.

Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."

Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.

Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet.

Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet.

Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.

"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. - Agensi

Kredit: KOSMO 09052011

Nota Hati: sapa harus disalahkan...renung-renungkan & selamat beramal..

Monday, May 2, 2011

Comelkan baby nie....Arjuna namanya...baby siapa?

ala-ala comeyyy nyeee...kemain muncung nyeee kan..cute jer..baby sapa nie?

iye anak kedua Rita Rudani...Airit Rafqa Arjuna...perhh nama ujung ala-ala pahlawan melayu gitu...lahir sama date prince willam & kate kawen...kelassssss ko!..mesti rita dolu suka nengok Arjuna erk..lakonan remy ishak..hehee
ape2pun tahniah..semoga kelahiran ini akan menambah pengeratkan perhubungan keluarga mereka...kita doakan jer la yang baik2... ;)
kredit: beautifulnara

Nota Hati: suker bau baby...sweet & beraura..

My Omei:..biarlah gambar ini berbicara..

paling suka nengok animal planet...

owhhh..abe singo..*getar dlm hati

fewiittt..kacak gak lu nih..ggrggrgrggrgr

motip wat muka sentap?..renung2kan..selamat beramal...

Nota Hati:..harus aku berebut cenel ngan dier nih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...