Friday, December 30, 2011

Selamat Pengantin Baru...Nadia & Naim


Tanggal 24hb Disember 2011...penyatuan dua jiwa satu hati pasangan Nadia & Naim di Pulau Gadong Melaka sanun. Kira ini adalah penutup jemputan kawin untuk tahun ini..

Seawal pagi aku bergerak ke Melaka...tapi seribu kali sayang...di highway adalah jammed gilerr...dengan accident nya..Q yang amat okeh..lenguh kaki aku..sampai ngantuk2 pun iye..

sepanjang dari sini ke melaka..3 kejadian kemalangan aku tempuhi...tapi yang paling teruk di highway nilai-seremban hala ke kuala lumpur..kemalangan antara bas hentam bas then bas hentam kereta...(next entry gambar accident itu aku postkan)

okeh...biarlah gambar-gambar sekitar majlis berlangsung ini menceritakan suasananya....habis jer majlis..hujan turun dengan selebat-lebatnya...

kalau idak harus pengantin berarak berpayung dalam hujan...haaaa masa tuh leh pasang lagu amelina & iwan..memori daun pisang...hahahahaha :D

Nadia ini sepupu aku....omaknya ..mak sedaraku...maka dia adalah anak kepada adik mak aku..sekian. ;)

Align Center
sebahagiannya sahaja

kek pengantin hasil tangan mak sedaraku....cantik la atam...next buatkan kiternye yerr...semoga maju dalam business baru kini..

abang sulung pengantin menghadiahkan silat untuk mempelai...ape nama silatnya jangan ditanya...tapi aku nengok ada ghupa helang pun ado....heheheheh *ayum ampuuunnn yerr*lariksss

bro..muka ganaz..ko baru bukak munge-munge silat jerr..dah 'seram' okehh..itu lom bukak dahan-dahan ranting-ranting daun-daun lagik...:P



all my kazen aka sepupu (nih baru sikit)....semuanya anak-anak mak sedaraku...mak dorang adik mak aku..sekian.

anak-anak kecil ini adalah anak kepada kazen-kazen aku...

my kazen yang menchomel

tuan rumah aka mak ayah pengantin bersama-sama anak-anaknya..


Majlis berjalan dengan lancar...cuaca pun baik mendung..sejuk sikit...kepada kedua-dua my kazen..selamat penagntin baru..semoga kalian bahagia dalam melayari hidup berumahtangga semoga kekal hingga ke ujung nyawa...aminn

Nota Hati: dengar-dengar next year ada lagi my kazen nak kawen eh...heheheh sapa nk jawab..cepatt!! :D

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #4/12


haaaippp!!!!...wat ape tuhh....
garu kahh?....ahaks!!


Nota Hati: makin mengebuss dier..

Thursday, December 22, 2011

BUKAN SAYA YANG SENT!!!!......... :(

Okeh ini kisah di muka buku aka fesbuk aku mahupun korang jugak..

korang penah terima tak mesej-mesej camnie?..sure adakan..kalau tak ada tuh..coming soon mesti ader..


Sejak kebelakangan ini aku kerap menerima di wall post yang sangat-sangat jijik dan menjengkelkan...*sila muntah jejauh.. ;D

Termasuk hari ini aku telah menerima 2 mesej sebegini di wall aku...so sangat kurang ajor 'orang itu'...kalau aku sempat bukak awal pagi..sempatlah aku delete ke hapa...kalau melambat tindakan aku..jawabnya harus aku dimaki-maki dikutuk-kutuk macam-macam ler yang korang fikir pasal aku kannnn..huh!!

Maksud orang itu bukanlah friend ko yang sent ke hapa (friend aku semua bebaik sajokk)...aku marahkan si hackers durjana yang hantar post-post camni...

sebab kita tahu friend kita yang kenal takan sent post sebegitu rupa.*friend aku la..

Sekali kalau korang click akan terus di spam ke semua friend dalam akaun kita...salah satunya contoh seperti gambar di atas sanun..sungguh 18sx okey...

So sebagai kawan-kawan yang perihatin dengan anasir-anasir jahat dan kotor ini....sila sebar-sebarkan...kongsi-kongsikan lah yerrr....agar fesbuk kita tidak disalahtafsirkan oleh kengkawan fb yang lain....

tak pasal-pasal tercalit onar yang sememangnya BUKAN SAYA YANG BUAT!!.. :D

okeyyy kengkawan semua..
selamat bermuka buku yerr...
gunakan secara berhemah oteh!..daaaaaaaaa *lambai ala-ala diva


tak yah fening-fening kepala...wat cam kawan aku garfield nie...kita delete or ingnore kan ajerrrr...


Nota Hati: sharing is caring rite?... :)

Gambar Wang Kertas & Syiling Baru 2012

Keterujaan melihat wang kertas & syiling terbaru yang akan diperluaskan dan digunapakai mulai Julai 2012 akan datang...

Yang pasti kemunculan kembali wang kertas RM20...diperkenalkan pada tahun 1982 dan diberhentikan pengeluarannya pada tahun 1995

Jika korang perasan..wang kertas kali ini berinspirasikan alam dan fauna gittewww kan...warnanya pun cantik-cantik sweet jerr....sayang pulak nak guna..*tak dek maknanya






Rasa pelik tak nak berurusan ngan syiling kaler-kaler gold nie...hehehehe....tapikan..ada tapinya kannn..*biasa lerr..manusia tak pernah puas apa yang ade*motip --> aku tak suka syiling gold 50 sen tuh yang bergigi keliling camnie..cam rasa bukan syiling jerr..ahaks! :P

So..kita tunggu Julai tahun depan yerr...

Nota Hati: Aku tetap pengumpul syiling 50 sen...masih ada dalam simpanan dari tahun 60an..ko hado? :D

Bayi Berkepala Dua....

BRAZILLIA: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.

Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.

Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.

Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.


Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.


Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.

“Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. “Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.


“Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. “Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat,” kata de Vasconcelos.

Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.


“Bayi itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah,” katanya.


Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini.

Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.


Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. - Agensi

Sumber :: HM 22122011

Nota Hati: Ditunjukkan kekuasaanNya kepada kita semua...

Wednesday, December 21, 2011

Program TV Paling Menjijikkan...Kelaku Orang Yang Bodoh & Gila!!

LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.

Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.


“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi

Sumber kredit:: HM 21122011

Nota Hati: kerja gila..

Wordless Wednesday #3/12

siap sedia dipacking...tunggu kurier katanya..ekekeke :P

Nota Hati: pencinta plastik..

Tuesday, December 20, 2011

Frouline's Wedding Ceremony...Perkahwinan Tradisi Etnik Iban..

Ini n3 special untuk my fren..Frouline anak Aging...
Opismate aku..berasal dari Sarawak..menetap dan mencari rezeki di tanah semenanjung..

setelah bertahun disini akhirnya beliau menamatkan zaman bujangan dengan pilihan hati sanubarinya...jejaka pujaan malaya katanya...Mr Winston Lee

Majlis berlangsung di Tajine Restoren di Jalan Imbi Bukit Bintang sanun. Majlis ini untuk meraikan kawan-kawan dan keluarga kedua-dua belah pihak. Jemputan pun ada dalam ratusan sahaja. Tempat terhad dan kenalan terdekat.

Ok..jom layan candid-candid sepanjang majlis berlangsung...memang happening sebab aku tak pernah menghadiri majlis mengikut adat istiadat dorang apatahlagi kaum-kaum sebelah malaysia timur sana...

Dan aku difahamkan majlis ini dirakamkan dan akan diterbitkan oleh sebuah majalah tempatan kelak...nanti aku war-warkan yer bila ianya diterbitkan... :)

ketibaan pasangan pengantin

inilah tempat kejadian pada malam 18.12.2011 @ 8.00 malam --. Tajine Restaurant..menu adalah segala makanan Arab okeh...jangan korang mengila ingat ada nasi minyak, ayam masak merah rendang bagai pulak.....non hado :P

singgahsana yang cantik & simple

senyuman setelah di'puan'kan...hahahahha

bersanding

upacara mengikut adat dimulakan...harus aku menjakun kejap....iye la bak kata MC majlis...bukan senang mau nengok ini peristiwa kalau bukan di sarawak sana...so jangan lepaskan peluang..nak nunggu aku torbang ke sarawak..tak der plak kawan-kawan yang nak kahwin..iye dok?

Si Frou sedang tersenyum bila disarungkan barangan kemas dari dari atas sampai kebawah orang cakap..kalau belah johor dipanggil....serba berdiri...ko mampu?....adehhhh*pitam laki aku

awat sayang tak leh kancing rantai nie...leher u dah kembang erk..hehehehhe*larikssss

amboi-amboii sesedap tekak jer B cakap leher kita kembang tau...xsukerrr..:P

dipersembahan dengan tarian etnik..so sweet...comel-comel bebudak nih...dorang nih anak-anak sedara kazen-kazen pengantin jugak...kali nie nengok depan-depan selalu nengok kat tv jer


tempat ala-ala makan beradab....pelikkan camner kita leh dapat nama tuh kekal sampai sekarangkan..seolah-olah sebelum nih kita makan tak beradab erk..hikhik

tenyummm...masa nie makan sesudu pun rasa kenyang..kene plak disuap...cube tanya lepas abeh majlis...:P

cenderahati dari pengantin untuk tetamu

salah satu upacara adat..baling duit..aku lupe ape sebab munasababnya...aku pakai tadah tangan jerr..sekali harung jatuh dalam tangan 25 sen....apakahhh??..*wink wink

sessi upacara memakaikan barangan kemas kepada si suami...*kali nie kalau aku jadi wife leh pitam jugak...
Bantainya laki aku mintak gelang sebesar sauh kapal.....harus aku makan blackwood kongsi ngan omei...hukhukhuk

makan sudah...suaikenal pun sudah...maka sessi karok plak..harusss

suka nengok kek nih..cantik kan..

nih yang dipakai oleh pengantin lelaki...kira kalau kita....pengantin lelaki pakai tanjak ler

sebahagian dari barangan hantaran dua-dua pihak....perasan tak kotak-kotak merah baldu dan keemasan itu...harus dikosongkan segera okeh...*wink wink


upacara minum air pinang erk..aku lupe...potong buah pinang mengikut adatkan ..kira cam nengok nasib pengantin la..

kitaorang yang gojes-gojes pada malam itu...ai likeee...semuanya mencomel dan cute

teman-teman sepejabat


tamat sudah..dah panjang berjela entry ini....senafas aku membacanya..;)

buat Mr WinstonLee & Mrs Frouline..selamat pengantin baru..semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa kalian..nanak mao gado-gado okeh...hidup perlu peace and hepi-hepi okeh...

Nota Hati: selesai sudah...next ada jemputan kawen..ade stori lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...