Wednesday, June 26, 2013

My Omei:: Belajar Bukak Pintu Bilik Air.....cayokk cayokk :)

Mood santai lepas makan...

berhangan feeling-feeling lepak kat pantai bali kekdahnyee :D

 alamak..nak tertencing plak


mommy..bukak arr pintu nih..tite da tak tahan nie

Mommy: * bukak sendiri


huhh!!..huhh!!..ketatnye pintu nih..
tak pe gua kuat dan ensem..jangan jatuhkan kemaluan gua okeh...gagah perkasa nihh tite cube tolak lagikk

Mommy: haaak....tuiii..puii!!


alohh..tak terbukak plak...tak pe..gua tolak ngan kepala gua yang keras cam batu nih...pasti buuleehh! *tetibe jerit cam iklan milo :D


yesss.yesss...yessss


yeayyyyy....heloooo anybody homeeee...yuuuhuuuuuu


ok..bagi gua lepak-lepak dalam bilik air nih dolu mommy...cam bilik ekon arr..tejukknyeee...best tido sini kann..



Nota Hati: sayang bangat sama budak debab nih

Kebakaran Kereta Di Tempat Letak Kereta Kuarters Kerajaan Putrajaya

Ini kejadian penghujung bulan sudah...kejadian pada hari minggu

kira time tuh..orang bersantai-santai dirumah..coti kan..


balik dari pasar kira-kira jam 12 lebih..kelihatan dari jauh asap hitam berkepul-kepul naik...aku dah syak..ini mesti ada kebakaran...aku agak kebakaran rumah jer...

kebetulan mak aku ada sama dalam kereta..boleh plak mak buat andaian..'alaaa mesti orang bakar sampah tuh..'

aku menjawab..' mak putrajaya tak boleh bakar sampah sesuka hati limpa mak...kang tak pasal-pasal kene saman....pencemaran tuh '

mak menjawab...huhh baik bakar sampah kat kampung..tak sapa larang..tak kene saman pun..'

ewahhh -ewahhh mak nab pandai wat lawak kan..hahahahahaha

Rasa tak puashati..aku terus masuk presint 9 sana...memang betul sangkaan aku..ada kebakaran,,tapi bukan rumah kuarters...tapi kereta di dalam kotak parking yer..


 api sudah dipadamkan...bomba pun baru sampai...aku drop dari jauh jerr...nampak kereta tuh cam jenis suzuki jer..kereta jenis kompak tecik comel jerr...kereta biru tuh yang terbakar...

masa aku sampai..sebuah kereta honda accord kuar dari paking...penuh body kereta tuh putih..kene tempias semburan bomba gamaknya...



tapi kesian plak kereta-kereta yang sebelah menyebelah tuh..kurang-kurang terkena jugak kan..kalau kereta aku kat sebelah tuh..moh nanges jugak aku

nak kata cuaca panas sangat hari kejadian ...tak jugak..

aku mula ler berfikiran tak baik..nih mesti ada orang khianat...dengki ke hapa kan..oooo mintak-mintak dijauhkan arr...


Kejadian kemusnahan yang tanpa diduga...berhati-hati


Nota Hati: simpati kepada owner kereta itu..




Wordless Wednesday:: 1/6...Kasih Sayang Tanpa Sempadan


biarlah gambar berbicara


Nota Hati: kasih sayang tanpa sempadan..

Apa Dosa Aku... ;'(

 Budak didera bapa tiri....aduhhh kesiannye... ;'(



KUALA TERENGGANU - Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.

Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah.

Bagaimanapun, penderitaan anak sulung daripada tiga beradik itu berakhir jua selepas dia berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, seorang pegawai JKM berusia 41 tahun telah menghubungi Balai Polis Gong Badak, 

kira-kira jam 4.30 petang memaklumkan kejadian malang yang menimpa kanak-kanak terbabit bagi mendapatkan bantuan untuk ke lokasi kejadian.

Manoharan berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kanak-kanak malang itu didapati berada dalam keadaan yang amat lemah dengan kesan kecederaan di seluruh badan, dipercayai didera sebelum pemeriksaan lanjut turut menemui kesan bengkak di kedua-dua belah kaki mangsa dan melecur pada bahagian kaki sehingga bernanah serta dijangkiti kuman.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan calar di seluruh tubuh mangsa, lebam di mata dan di mulut serta terdapat kesan cucuhanpuntung rokok pada perut mangsa.

“Selain didera dan dikurung, mangsa yang boleh bertutur dengan baik mengadu kelaparanselepas tidak diberi makan dan minum sejak beberapa hari lalu," katanya.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Siasatan awal mendapati mangsa didera dan dikurung bapa tirinya yang dikahwini ibunya berusia 29 tahun sejak 10 bulan lalu selepas kematian bapa kandung kira-kira dua tahun lalu.

“Kami difahamkan semasa mangsa diselamatkan, ibunya berada di HSNZ untuk mendapatkan rawatan tangannya yang patah, dipercayai akibat didera suspek," katanya. Manoharan berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai membawa isteri bersama dua lagi anak tirinya itu, masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, lari dari HSNZ sebaik menyedari perbuatannya terbongkar.

"Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini berjaya ditahan di sebuah rumah di Rumah Awam Kos Rendah, Gong Badak, di sini, kirakira jam 12 tengah hari, semalam.

“Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke HSNZ bagi pemeriksaan lanjut, sementara ibu mangsa juga dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Semasa ditahan, suspek dan juga ibu mangsa didapati positif dadah methamphetamine," katanya.


Kredit : SINAR HARIAN:: 26062013


Nota Hati: mereka tidak mengerti apa-apa..:'(

 

Wednesday, June 12, 2013

JJCM:: Mat Teh Ikan Bakar...Pasar Keramat..memang heaven!!

Ini kisah last week...kebetulan mak abah ada sini sempena cuti sekolah aritu..maka peluang aku untuk membawa dorang makan-makan kat sini...memang dah lama menunggu saat ini...

Aku dok promokan kat seseorang suh dia pi makan kat sini....dia pulak yang over dose asik pergi pekena ikan bakar mat teh ini...katanya sedap bangat...boleh seminggu sampai 2 kali dia pergi...harus arr aku menyentapkan...huhhh..:P

pada awal pagi tuh aku menyuarakan nak makan ikan bakar kepada abah...abanh aku nie bab makan cerewet bukan cerewet  mende pun..abah adalah manusia paling simple makan...

so nak nengok abah makan bersungguh-sungguh susah kecuali bila kene dengan seleranya...so ayat pancing aku mengena pagi tuh.....yeayyy!!!

abah cakap..hamboii jauhnye gie makan sampai KL...

aku: tak pe bah..yang penting mesti berbaloi-baloi walaupun jauh...*ayat pancing abah lagi..*wink wink



Pari & terubuk adalah saiz besar...seketul/seekor boleh makan untuk 2 orang...tapi seekor terubuk tuh abah leh makan sorang...abah cakap sedapp..manis isinya..fresh..

korang nengok isinya yang putih-putih gitu pun dah tahukan...

aku pun curi-curi terubuk abah nak rasa...perhhhh memang sedapp kebabom!!

up dengan air asam ngan sambal belacan...kalau nak cili kicap pun ada..

Waktu datang sini memasing perut tengah gila melapar.....dah la mengharungi jem...mak dengan aku mentamak sorang seekor pari.....kunun takot tak cukup...aku nih dah tentu-tentu tengkolok besar...hikhikhik....nyudahnya nak mengabeskan ikan pari tuh..menjenuh ok..

moral of story...sila jangan mentamak...buruk benau pagai..hahahahha :D



korang nengok..ikan parinya bersaiz agak besar..memang puashati..fresh ok..

yang paling aku suka..ikan-ikan disini dibakar kosong begitu...dibaluti diselimut dengan daun pisang dan daun kunyit....so baunye harum semerbak bila dibuka daun pisang yang panas-panas itu..*wahhh kecur sudah aku!!

Ada jugak kedai makan lain dengan konsep pembakaran yang disimbah sambal ke atas ikannya....dun like!


cer nengok ikan pari & terubuk tuh..menjalar-jalar panjangnya..sampai terlebih had letak dlm pinggan..

penuh meja kitaorang aritu...memang best kalau makan reramai tau...tambah-tambah dengan kaki pemakan...;)



atas rekemen cerita ikan bakar mat teh ini..dorang cakap jus mangga nya adalah terbaek...so aku mencubanya...hurmmmmm


jus mangga yang memang MALATOP!!...fresh , pure dari buah mangga yang fresh yang masak..harum dan manis buah ...

gila menyedut aku...tapi jangan khuatir yer...gelas tuh adalah gedabak besar...memang kenyang tahap maksima kalau ko dapat abeskan segelas air tuh...*tabikk!!



masa aku sampai ke gerai ini jam dah menunjukkan hampir jam 3...iyer la mengharungi jem bagai masuk KL kan...kuar rumah pun dah kol 2 kan...

memang dah target mau pergi makan after lunch hour ..kalau pergi time lunch hour waktu pejabat...memang masak arr menunggu meja kusi kosong...

kalau ko dapat makan pun ..tak senang nak nyuap..kalau orang dok berdiri nunggu ko bangun..kita kalau boleh lepas makan..nak relex-relex jap..kata orang turunkan nasi dolu kannn ;)


Bro yang membakor ikan pun cakap..sib baek akak datang time nie...orang tak ramai..kalau tengahari..memang makan kene cepat sebab orang ramai nunggu...

so korang leh fikir-fikirkan kalau nak makan kat sini...boleh datang sebelum lunch hour atau datang selepas jam 2.....kira ok..nice time.
Pada hari kejadian aku order 1 ekor ikan terubuk (abah), 2 ketul pari (mak & aku), 2 ekor ikan kembung (adik & anak sedara), asam pedas ikan kembung (seekor), ulam-ulaman, sup kaki ayam ( 6 org)

2 jus mangga, 1 jus apple, milo ice, sirap limau, air suam....sup kaki ayam (utk 6 org makan), nasi 8 (termasuk nasi tambah)

abah tapau 2 ekor ikan terubuk...*ape tandanya tuh...hikhikhik :D

Totalnya RM98..

abah cakap..kalau orang cakap mahal..biar dorang makan kat sini yang tahu.sebab apa mahal

bagi aku..memang berbaloi dengan harga..dengan ikan yang fresh dan besar-besar dan sedap...tui dok?



Nota Hati: abah & mak dah berbunyik ajak makan lagi... 


Wordless Wednesday:: 1/6..garu peyut guna mulut..ko mampo?



eh eh gatai plak peyut gua.. :D


Nota Hati: budak debab

JJCM:: Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil....makan cendol lagi dan lagi..

Repeat lagikk...

entry sebelum ini click DISINI

kali ini bawak mak dengan anak buah...nak merasa cendol durian katanya...

tapi aku yang beria nak makan cendol durian yang benaunye..hiikhik


2 cendol durian & cendol VIP

cendol vip tuh dalamnya ada extra kacang merah, biji selasih, nata de coco


mencair dengan cepat..memang sajer nak cairkan..sebab aku nak hirup kuah cendol durian itu...sedap!!


up dengan cucuq udang & tauhu goreng cicah sos


orang beratur ..ikut giliran nak order...sapa sampai belakang tuh..berpanas ler kejap..sabau ok..

services adalah pantas...tak dan ko nak menrentung kat situ...*ngehngeh

Kereta dihadapan ini adalah yang 'drive thru'...ko berhenti kat kereta putih tuh..nanti ada bro datang amek order..sekejapan jer ko dah dapat order..




untuk drive thru...dah sesiap untuk dihulur jer.


haibat tak haibat arr penangan cendol bakar nih

tak lama lepas aku balik dari makan cendol ini..my fren kol..tanya lokasinya..sebab isterinya teringin nak makan...gara-gara aku tempek citer padal cendol durian nih kat FB...*pengaruh gittewww


Nota Hati: next nak try pulut + durian.. ;)




Monday, June 10, 2013

JJCM:: Makan-Makan Di Sofina Seafood

Sekarang tengah musim malas masak..moh kita ke kedai ajer...bukak mulut order.....nganga mulut ngap..*ngehngeh

* jangan diamalkan selalu mood malas tuh yer....not gud..:P


sup tulang..kesukaan mak

 tomyam putih erk...sedap kuahnya

abek set jer..senang sepakej...nasi, ikan siakap, telor dadar, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin..air buah satu jug


sofina seafood terletak di belakang gate..presint 14 sana...sebelahan dengan gerai jual kepok & air kelapa , nasi ambeng tuh...tapi bukaknya ptg ke malam yer anak-anak



Hota Hati: next byk n3 jjcm


Musibah Tanpa Dijangka...Api Bila Kecil Menjadi Kawan..Besar Menjadi Lawan

Kejadian ini menimpa rumah baru kawan aku...kawasan perumahan baru Taman Mawar Salak Tinggi sanun....baru menduduki kira-kira 5 bulan yang lalu

masih terasa-rasa bakso nyer ketika menghadiri jamuan makan-makan sempena masuk rumah baru dulu...

agak terkejut bila mendapat berita rumah beliau kebakaran jam 12 pada hari kejadian...dengan keadaan cuaca yang panas terik..tambah lagi dengan api yang cepat maraknya

kira bernasib baik student-student poli yang tinggal menyewa berdekatan disitu sempat membantu sikit-sikit memadamkan sementara bomba sampai...

Syukur alhamdulillah anak-anak beliau semuanya selamat...



semuanya berpunca dari bilik anak perempuannya..bilik sara...

Habis keseluruhan  bilik nih hangus tanpa boleh diselamatkan lagi...segala pakaian , perabot buku-buku sekolah semuamya hangus.. :(

setakat nih punca dikenalpasti..litar pintas


bilik kedua anak lelakinya...biliknya selamat cuma rekahan pada dinding yang bersebelahan bilik anak perempuan yang terbakar itu jelas kelihatan merekah...tandanya bahang kepanasan api yang marak mengakibat retak keseluruhan bilik ini..


Ini laluan tangga untuk naik ke tingkat atas...nampak tak warna hitam itu...ok itu bukan cat kaler hitam ok...itu adalah kesan bahang api kira cam gelaga api...suku dari dinding tuh bertukar warna...siling tingkat atas semuanya bertukar warna hitam...


master bedroom...bilik nih selamat..korang nampak kesan-kesan hitan berjalur tuh..itu adalah kesan dari bahang api...nampak macam cat dinding tuh mencair kan..elok jer jalurnya..dah ghupa wallpaper ;)


nampak tak kesan hitam kat almari tuh..kalau lambat nih sure terbako jugak almari nih..


laluan ke bilik anak perempuan...rosak teruk siling..pecah-pecah..maybe meletop kot


tinggal kerangka besi siling jerr...dengan tangkai kepala kipas yang dah hangus ...


 rak-rak buku ...meja study musnah


nak gak interprem ini olang..aiyaaa :P


forensik kebakaran datang setelah kebakaran dapat dikawal sepenuhnya...ala-ala CSI


 kebakaran ini melibatkan tingkat atas rumah...alhamdulillah keadaan tingkat bawah selamat


nengok tuh kipas yang 'mencair' akibat kepanasan melampau dari kebakaran bilik sebelah



ini bukan pesen kipas terbaru ok...:P


Dalam kita berhati-hati berjaga-jaga..kita tak pasti musibah yang bakal melanda pada kita...walaupun pahit untuk ditelan...walaupun sakit untuk menerima ketentuan seperti ini...kita redha...sekurang-kurangnya..orang-orang tersayang milik kita terselamat dari musibah ini...kehilangan mereka tiada galang gantinya...  :(



Nota Hati: first time nengok sendiri kebakaran dpn mata

Selamat Pengantin Baru:: Azizul aka Jambu @ 02.06.2013

Ini kira penutup jemputan majlis kawen rakan opis...

Next ada jemputan tapi dari rakan-rakan bukan opis..hikhik ...setiap minggu dipenuhi dengan makan kenduri...

Tahniah kepada kedua mempelai...


 Majlis berlangsung di kediaman pengantin lelaki di Presint 16...


rakan-rakan gegila yang turut sama mempropakan diri....ini bukti kitaorang datang ok..hahahahha :D


kalau kenduri sebelah azizul nih..menu wajib ada ayam golek-golek pusing-pusing tuh tau...tahun terdahulu adiknya kawen pun ada ayam kekdah nih jugak..

ayam goleh dicicah bersama  sos bbq or cili homemade..sedapp


nasi minyak, rendang daging tuh sedap tui arr, kari kambing, dalca

ada jugak nasi putih...rebung masak lemak cili padi, sayur pucuk ubi tempoyak jugak...grgrgrggrgr

air anggur...gittewwww



kepada pasangan pengantin..selamat menempuhi melayari kehidupan baru...dolu sensorang..kini berdua..next bertiga.. ;)

Semoga kalian kekal bahagia hingga ke hujung nyawa...ameen.. :)



Nota Hati: tambah gebuss aku.. :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...