Showing posts with label utusan malaysia news. Show all posts
Showing posts with label utusan malaysia news. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Ariff Alfian Rosli...Kehilangan & Perkahwinan yang menjadikan ko begitu femes & gelemer sekarang...

Hari ini digemparkan dengan berita perkahwinan songsang seorang anak melayu warga Malaysia yang duk di sanun seperti yang terpampang di Utusan Malaysia. pada hari ini (18.12.2011). Muka surat depan lagi okeh....seantero umat membaca dan melihat gambar-gambar itu....kesian

Aku bukan kesian kat dia....aku kesian mak bapak nye..familynya dan waris sedara mara yang mengenalinya....jangan korang cakap kita harus kesian sebab kita tak berada di situasi dia...owhh pelis ok...dia bukan umo 10 tahun tak tahu membezakan yang mana betul dan salah okeh...dan aku tahu dia budak yang cerdik pandai...abeh takan leh dapat tajaan study disana...medic lagi..

Berita mengenai kehilangan seorang pelajar Malaysia di Dublin. Pelajar yang bernama Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun.

Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.

okeh part nih..xbuleh blah okeh..

siap sarung cincin u...ko hado?...aku pun tak hado..ekekeke

aku syak nie omak mertuo dio la..:P

bila nengok muka dier..aku teringat elton john*tetibe kannn...hikhikhik

part nie paling aku nyampah..sungguh memalukan bangsa melayu...hilang seri pakaian kebanggaan kaum melayu...

kemain senyum melebor...

aduyaiii...


Nampaknya apa yang ditakuti oleh ayah Ariff iaitu anaknya terlibat dengan pergaulan bebas menjadi kenyataan. Ini sangat mengecewakan dan pastinya memberikan impak kuat kepada ibu dan ayah Ariff.

Untuk makluman, pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.

pesanan buat dak Ariff -->> ko betui-betui menyusahkan orangtua mak bapak ko la ariff....ko buat hal wat onar kat obersi....orang kat sini nanggung azab malu atas perbuatan ko...paling hazab dorang terpaksa langsaikan hutang ko...orang suruh pegi belajo...amek illmu penuh didada..balik sini curahkan bakti kat negara sendiri.....tapi ko gie sesedap bercinta kannnn...orang yang ko chenta kawin tuh plak..kelauttttt....hishhh!!

Nota Hati: simpang semua ini dari hidup aku dan korang jugak...

Thursday, May 26, 2011

Hajat Ashraf jadik Aleesha Tertangguh...

Keputusan Ashraf tukar kepada nama wanita Julai


MOHD. Ashraf Hafiz Abdul Aziz bertudung seperti perempuan hadir ke mahkamah bagi memohon kebenaran untuk menukar nama kepada wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 25 Mei – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini keputusan permohonan seorang lelaki untuk menukar namanya dalam MyKad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina, hampir dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini berhubung permohonan yang dikemukakan oleh Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25.

Mohd. Ashraf yang mengemukakan permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz, hadir dengan berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu.

Terdahulu, peguam Horley Isaacs yang mewakili pemohon dalam hujahnya menyatakan, Mohd. Ashraf telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai (PMC).

Menurut beliau, anak guamnya itu berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran.

Tambahnya, pemohon yang juga pemegang diploma dalam jurusan berkaitan perubatan itu turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian.

‘‘Sebelum ini, dia (Mohd. Ashraf) pernah bekerja di farmasi, tetapi sukar untuk memakai pakaian lelaki kerana sejak kecil dia lebih cenderung untuk menjadi seorang perempuan disebabkan hormon lelakinya kurang stabil,’’ katanya.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Malaysia pula berhujah, sifat kewanitaan yang ada pada pemohon hanyalah pada luaran dan tidak secara dalaman.

Katanya lagi, sekalipun telah membuat pembedahan, tiada laporan lengkap daripada doktor yang mengesahkan penukaran jantina pemohon berlaku seperti wanita semula jadi.

Kredit: UM 26052011

Nota Hati: renung-renungkan & selamat beramal.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...