Pakej Nostalgia Tanjung Pagar
TERMA DAN SYARAT PAKEJ NOSTALGIA TG.PAGAR
- Tarikh perjalanan sehingga 27 Mei -29 Jun 2011.
- Menggunakan perkhidmatan tren senandung malam.
- Jenis koc kelas superior tempat duduk.
- Jumlah minima peserta 10 orang.
- Tempahan dan bayaran melalui Unit Pemasaran KTM Intercity.
- Pengesahan penyertaan dan bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum perjalanan.
- Bayaran pakej dalam bentuk tunai.
- Bayaran merangkumi
i- Tiket keretapi
ii- Sarapan pagi
iii- Makan tengah hari
iv- Makan malam.
v- Lawatan – Tg.Pagar, Bkt.Timah, Merlion Square, Geylang, Arab Street & Mustofa.
Tiada pemulangan bayaran jika permohonan dibuat kurang 3 hari dari tarikh perjalanan. Tiada pampasan diberikan jika pakej dibatalkan oleh KTMB atas keperluan operasi atau keselamatan atau bencana alam atau arahan oleh pihak berkuasa.
- Keperluan pasport setiap peserta adalah tanggunjawab peserta.
- Kegagalan peserta memasuki Singapura disebabkan masalah yang berkaitan dengan kastam dan imigresen atau agensi penguatkuasa Singapura adalah tanggungjawab peserta.
- Peserta adalah bertanggujawab ke atas barangan yang dibawa masuk atau keluar Singapura dan KTMB tidak akan bertanggungjawab jika peserta dikenakan tindakan undang-undang oleh penguatkuasa Singapura.
- Peserta adalah bertanggungjawab mematuhi peraturan dan undang-undang kerajaan Singapura dan KTMB tidak akan bertanggunjawab jika peserta dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan Singapura.
- KTMB tidak bertanggungjawab ke atas kecederaan yang dialami oleh peserta yang berpunca dari tindakan salah laku atau gagal mematuhi arahan keselamatan.
seperti yang sedia maklum bahawa bulan ini adalah bulan terakhir perkhidmatan KTM ke Tg Pagar Singapore..so KTMB menawarkan percutian bagi mengenang kembali tertubuhnya stesen dari tahun 1932-2011...untuk korang merakamkan nostalgia indah disamping itu korang jugak leh jenjalan cuci mata...makan minum dalam keretapi disediakan...sila baca pakej yg ditawarkan diatas yerr...
Nota Hati:..hajat dihati mau jugak...rugi wooo..sapa mau itut? pastikan pasport hado okeyy :P
No comments:
Post a Comment