Saturday, October 30, 2010

Final Penuh Dendam... Piala Malaysia Antara Negeri Sembilan vs Kelantan..

Iyo....malam ini final Piala Malaysia edisi ke-84 menemukan antara Nogri Sembilan dengan Kelate...kedua-dua pasukan mempunyai peminat serta penyokong yang fanatik...Perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam ini...akan disiarkan di saluran TV1 (101) dan Astro Arena 801).

Hobin Jang Hobin vs Si Kijang

milik siapa piala ini?

Kredit by: KOSMO 30102010.

Nota Hati: ujung-ujung jer bru minat tgok final... ;)

Hotel Si Omei....Klinik Haiwan Surgeri Mesra, Seksyen 7, Bangi

Tentu korang tahu aku adalah pencinta kucing....hari ini pepagi lagi aku terima kol dari adik aku suruh beli kosmo...katanya ada kisah 'hotel' omei, kucing aku...

zassss aku kirim kawan aku beli kosmo...rupa-rupanya ini kisahnya....ekceli dah banyak kali gak klinik Dr Wan nie masuk majalah or paper.....dalam n3 sebelum ini aku penah publishkan.....tapi kali nih aku nak jaja lagi kehaibatan klinik @ hotel untuk si manja kucing kalian...

Kalau nk baca n3 yang dulu klik jer kt bwh yang kaler ijau tuh.. ;)

entry yg lalu..

Pemilik Klinik Haiwan & Surgeri..Dr Wan Ahmad Kusairy bin Wan Sulaiman dan dibantu 3 orang doktor veterinar dan 10 orang pembantu 24 jam sehari, dibuka tujuh hari seminggu disemua cawangan klinik.

Terdapat 4 buah cawangan...Seksyen 7, Bangi, Presint 15, Putrajaya, Saujana Impian, Kajang dan taman Seri Serdang, Seri Kembangan.

Hotel untuk boarding jika uols bercuti mahupun cuti raya di caj sehari RM12 untuk sangkar standard dan RM15 untuk sangkar yang lebih besar. Caj berkenaan merangkumi kos penginapan dan makanan. Nak bawak makanan sendiri pun boleh tapi tetap caj yang sama yeaa...

Turut menyediakan 'asrama' untuk haiwan lain seperti arnab, hamster, iguana dan kura-kura.

Kredit by: KOSMO 30102010

Friday, October 29, 2010

Hospital Putrajaya - Pharmacy SMS Take N Go...

Apo ingat touch n go jer kene kat tol......ghupernya kat pharmacy di HPJ ini ada menggunakan perkhidmatan ini...so tak payah ler korang nak pusing-pusing cari parking bagai.....sesapa yang berurusan dengan HPJ tahu ler azab camner mau cari parking kan....*xsuker xsuker

Ekceli dah lama perkhidmatan ini disediakan...tapi biasa ler kita-kita nih kan sikap "M" tuh lebih besar dari rajinnya kan....dah ujung-ujung baru nak menggunakan....hakhak!

yang jelas maksud perkhidmatannya

yang penting.....petak parking ado disediakan untuk pelanggan Take N Go....so ko tak payah nak berebu-rebut ape...lagipun dekat jerr dengan kaunter ubat sana....ko menjerit jer dah leh dengo..*heheh sila jgn ikut perangai ini kayy..no no no

sekali pandang ala-ala pos office plak kan....disediakan jugak perkhidmatan pos bagi penghantaran ubat-ubatan....tapi ada syarat-syaratnya....yang itu tak semua negeri dan orang boleh mengorder ubat melalui perkhidmatan pos dan sebagainya....

hari dan masa yang ditetapkan...sila baca dengan jelas dan terang.....jangan plak time lunch time ko datang nak pick up ubat....alamatnya buruk ler muka nunggu dalam kete...

ciann...

sebelum diserahkan ubat-ubatan....pegawai farmasi akan menyemak dan mempastikan ubat yang betul dalam order serta diberi penerangan sikit.....walaupuunnn ko dah selalu dan tahu fungsi ubat tuh...ko tadah jer telinga jap dengo dia cakap.....bukan berbayor pun....

walaupun aku kekadang perangai tak senonoh gak.....lom abeh dia cakap..aku dah jelaskan semua fungsi2 ubat itu.....sebab aku nak jimat masa...sebab setiap bulan aku dengar benda dan arahan fungsi ubat yang sama* hehehehe..sila jgn ikut perangai ini..no no no

tapi jangan lupe say terima kasih yerr.....penat-penat dia beri penerangan nasihat bagai.....ko muka selamba badak terus blah gitu jerk....berbudi bahasa tuh kan melambangkan budaya kita kan..*wahh cam iklan Pak Nil plak

ini ler ubat aku....kalau stok ado biasanya dibaginya aku stok 2 bulan sekaligus....sonang tak yah datang selalu.....orang farmasi pun tak yah nak cam muka aku jerr kan...gggrrrgggrrr

bagi aku memang aku puji dengan perkhidmatan SMS Take N Go memudahkan kita mengambil ubat.....tak payah pening kepalo amek nombor kat kuanter....tunggu plak nak daftar....then bru pergi ke kaunter farmasi.....tunggu lagi.....uiiii sikit makan jam okayyyy.....ini yang boleh mendatangkan kemarahan tauu..hishh

kalau korang ada deal ngan farmasi HPJ......tak mau susah-susah ajerrr.....meh meh cikgie ajorkan yea anak-anak....

PLAN A:-

click sini

klu yg kat ateh tuh cik merah ada problem tak leh click.....korang ikut PLAN B seperti dibawah ini.

Taipkan:
HPJ UBAT [NAMA] [NO K/P] [TARIKH & MASA UBAT AKAN DIAMBIL] dan hantarkan ke 15888

contohnya:-
HPJ UBAT NORZIELA 800404016345 29/10/2010 10AM dan hantarkan ke 15888

Sms/email hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2 hari bekerja sebelum tarikh ubat akan diambil.

Okay anak-anak......jelas dah penerangnya kan......ini untuk mana-mana pelanggan/patient HPJ aku mengalakkan uols menggunakan perkhidmatan ini....mudah..cepat & pantas!!

Nota Hati: sedikit maklumat disalurkan besar manfaatnya untuk semua...

Daging Masak Lomak Cili padi + Rebung...Kerabu Perut

Tetibe hari ini aku teringin nak makan kat Umai sanun...sapa yang keje kat sini tahu ler Umai Cafe tuh...sekarang ini cafe tuh bertempat di Presint 15...jalan hala ke maydin deret Bank Rakyat area belakang sana...

Paling aku teringin..masak kari dia...perhhhh terkonang-konang dibueknyo..tuh yang gigih ke sana...last lain yang diidam..lain yang dimakan..nyudahnya ayam kari aku tapau sajok....yang penting totap kari...amek ayam seketul yang penting kuahnya... ;)

jomm..layannnn ape yg aku makan tadi....pedas tapi sedapppp bangat!

sodapppp tahap kelu untuk bercerita.....kene plak rebung yang comel-comel bulat- bulat saiznya.....tak der ler baunya menyengat hidung cam rebung rendam yg kaler putih tuh...kira so-so lah. tapi bau rebung tuh totap ado....tak berbau bukan rebung ler namanya kan.....kerabu perut tuh mmg sentappp kayy...pedas-pedas rasa nak tambah lagi....


diupkan lagikk....bandung ais..slurppppp

Di umai cafe nie....dibuka setiap hari sehingga jam 12 malam....ada ala carte jugak...next nak try makan malam kat sini....tunggguuuuu ;)

Nota Hati: tertunai suda....

Wednesday, October 27, 2010

Akhirnya Si Paul Mati...

Sotong peramal piala dunia 2010 mati

GAMBAR fail menunjukkan Paul membuka tudung sebuah kotak plastik yang mengandungi kupang dan lambang bendera Jerman semasa membuat ramalan perlawanan Piala Dunia antara Jerman dengan England di akuarium Sea LIfe di bandar Oberhausen, Jerman pada 25 Jun lalu.

FRANKFURT - Seekor sotong kurita, Paul di Jerman yang menyebabkan para peminat bola sepak di seluruh dunia terpegun kerana ketepatannya meramalkan beberapa keputusan bola sepak Piala Dunia 2010 mati semasa berumur dua setengah tahun semalam.

Menurut seorang jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan haiwan tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang pernah meramalkan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman pada waktu pagi.

Sotong itu kelihatan baik apabila diperiksa lewat kelmarin.

Namun, kata jurucakap itu, Paul gagal untuk meneruskan hidup dan ia mati akibat semula jadi.

"Kami semua mula menyayanginya dan akan merasai kehilangannya," kata pengurus akuarium itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.

Setakat ini, pihak pengurusan Sea Life masih belum memutuskan cara untuk memperingati penghuni yang paling terkenal dalam akuarium berkenaan.

Sotong itu pernah mendapat ancaman bunuh kerana ia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman pada pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2010.

"Kami mungkin memutuskan untuk menyediakan kubur kecil buat Paul dalam pekarangan akuarium kami dan mendirikan satu 'makam' sederhana yang kekal," kata pengurus tersebut.

Sotong itu menjadi selebriti semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung pada Jun dan Julai lalu di Afrika Selatan.

Paul bersara daripada membuat ramalan selepas perlawanan menentukan juara Piala Dunia antara skuad bola sepak Sepanyol dengan Belanda.

Selepas perlawanan itu berakhir, sotong itu kembali dengan peranan asal dengan membuatkan kanak-kanak gembira apabila melihat gelagatnya di dalam akuarium.

Paul mendapat perhatian ramai apabila ia berjaya meramalkan dengan tepat tujuh perlawanan melibatkan skuad bola sepak Jerman dalam kejohanan Piala Dunia itu.

Sotong itu memulakan ramalannya dengan membuka penutup salah satu daripada dua kotak plastik yang mengandungi kupang dan bendera skuad yang berentap dalam pertandingan.

Antara ramalan yang dibuat oleh Paul ialah kemenangan Jerman ke atas pasukan Argentina dan kekalahan Jerman ke atas Serbia.

Sotong itu turut meramalkan kemenangan Jerman ke atas England dan kekalahan Jerman ke atas Sepanyol pada peringkat separuh akhir.

Selepas kemahiran meramalnya itu didedahkan, Paul telah dilantik menjadi duta mewakili England yang cuba menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia pada 2018.

Sotong itu dilahirkan di akuarium Weymouth Sea Life Centre, England pada 2008.

Kebolehan meramalkan itu kemudian menjadi ilham pemilik beberapa haiwan lain yang cuba membuktikan ia setanding dengan Paul.

Antara haiwan lain yang mengikut jejak langkah Paul ialah burung bayan di Singapura dan burung kakak tua Lorenzo di Hannover, Jerman. - Agensi

Kredit by: KOSMO 27102010

Nota: next world cup..kita cari speses lain....agak-agak spesis ape ler jadi mangsa plak yea

Nota Hati: start nk ngajor omei jd peramal plak..ekekeke

Tuesday, October 26, 2010

Bertemu Dan Berpisah Juo......Puan Syahrin, Asswani & Raihanna

Iyer ketiga-tiga staff opis ini tidak akan bertugas disini lagi.....gara-gara menuntut tugasan dan keperluan...

Jamuan ini diadakan bagi 'meraikan' perpisahan ketiga-tiga srikandi ini...*wahhh

Ekceli aku tak suka menggunakan perkataan atau ayat "meraikan' dalam majlis seperti ini....so know what i means....seolah kita meraikan kepergian mereka itu......agak tidak senonohkan.....ermmmm nak letak ayat ape erkk...*think think think

ok tinggalkan dulu persoklan itu..nanti kita think-think kan sesama...sesapa yang nak mengomen sila tinggalkan komen diruangan bawah sanun itu...sila scroll dikaki n3 ini.... ;)

Puan Syahrin....mama Hannah & Arief...so cool & sweet...kim salam sayang pakwes-pakwes kat UK nanti yerrr...ahaks!

amanat akhir dari AO...my big bos

penuh dengan gelak tawa...yang bertukar dan meninggalkan MRM....Pn Syahrin (berbaju pink), Asswani (bertudung biru) & Raihanna (bertudung coklat) di sanun..

bila ada majlis sebegini..mesti ada makan-makan kan...rojak....perhhh tip topp! aku repeat 2 kali kayyy....very sentapppp

beehoon biasa sajer..totap rasa beehoon takan rasa kueyteow plak kan..so normal disitu..
popia from made abg wahid (perhhh..sedap tahap jiwa kaco k)
& kuih bakor (my feveret tapi mesti bentuk bunga kemboja yerr...yang potong-potong 4 segi masak dalam loyang tuh ai dun likee...*pelikkan aku..hehehe

ceria time makan yerr....*smileeee.....jejaka ganteng MRM*sila tinggalkan no telefon korang jika perasan korang aweks yang cute...hehehehe

korang tengok memasing wat muka cenggitu.....sebab sambil makan sambil post mortem pasal makanan...bolehhh?..hakhak

Kek yang menjadi mangsa kami...penuh ngan fruit..ai like grape..dun like strawberry...buah strawberry tak makan tapi ayor strawberry boleh plak aku minum..*ggggrrrggrr sungguh pelik

potong kek time...cam sambut besday plak kan..*tetibe

cenderahati from RATU dari keikhlasan hati kami semua tanda ingatan serta kenangan kepada kalian bertiga...*muahhh muahhh*flying kiss

aksi wajib...ok yang baju biru tuh..hari ini vogue melaram ngalahkan artis kayy...

candid from my camera...chakkkkkk!!..so gataiii kan ko wat aksi sebegitu safura....hahahaha

Nota Hati: banyak n3 tertunggak nih..aduss

Bubye Puan Syahrin.... always miss u

Ketika n3 aku kuarkan nie..beliau masih belum fly ke UK sanun...flight pada 30hb ini...ohh cedehhh!...sekarang nie maybe masih mikior2 nak pack-pack ape lagi kan..hehehehe..

Ini adalah kejadian pada hari kami ke rumah beliau pada ahad lepas...orang mau fly..sajer bikin nyusahkan tuan umah kan....anak-anak buah puan nie memasing gegiler semua....hahahaha

so bila lagi kan puan....next 4 tahun ma baru jumpe kannnn.* wink wink smile smile

candid..

Puan Syahrin (white t'shirt) with si Hannah nie....susah nau mau sonyumm....ketat jer muka..tapi ai know girl yang baik....dah azali camtuh....*bukan salah ibu ngandung...wahh

time makan pun sempat mengedik kan..memasing masa nie perut dah sengkak..kenyang gilerr
kami dijamu ngan spaghetti (owhh my feveret), ayam goreng yg spicy..sentappp kayy....ice-cream. Belum ke sana lagi....dah hidang ala-ala menu gini kan....sajer jer kann....buat kita teringin nk ke sana gak..*ekekeke

memasing terkesima jap tengok si Hana tunjuk kehebatannya* sila clap clap clap......maklum arr kita dah tua-tua nih pun tak lepas nak main benda alah nih....

kami lagikk

from J.CO Donuts

from Big Apple.....wahhhh meriahkan kaler-kalernya....mini saiz & cute jer kan....yumi yumi

spaghetti....my super duper feveret... thanks puan cam tau-tau jer ai suka nih kann..sedappp tauu..tambah-tambah ai makan. Korang jangan kutuk-kutuk ngapa hidang pakai bekas tuh..tak reti-reti tuan rumah dah pack kasi pos pinggan mangkuk dalam stor sanun..sendiri mau ingat yerr...* dun wori puan....kami-kami memahami..hakhak

Nota Hati: kehilangan seseorang lagi..

Nasi Ambang...Lunch Yang Ditaja

Hari ini rezeki terlebih plak..tetibe si mek bagi aku nasi ambang....kalau org jawa tahu ler makanan nie..tapi sekarang semua orang dah tahu kan....

sonang satu pakej lauknya..sebungkus jer dah leh sengkak perut kalau makan..macam-macam ado..mesti ada ayam..tak penah lagi aku jumpa ikan ke ape....dalamnya ada ikan kering, sambal goreng tempe suhoon jawa tuh..ada mee or beehoon goreng...& kelapa ape tuh erk..ala luper plak da..adoyaiii

kalau letak beehoon aku tak bape suka tapi kalau mee laju jer aku nyuap..

Nota Hati: petang minum ptg ditaja lagikk..lalala

Friday, October 22, 2010

"Abang Tak Amanah" - Kesinambungan kisah 9 Jahanam

Ini kenyataan balas si anak mengenai laporan akhbar HM semalam....sila baca n3 9 Jahanam sebelum membaca n3 ini untuk tahu keadaan sebenar...

JOHOR BAHRU: “Bukan semua kami adik-beradik ambil wang pencen ayah untuk kegunaan sendiri, tapi hanya seorang abang kami yang salah gunakan wang itu.

“Dia kami amanahkan untuk mengambil wang pencen ayah dan gunakannya untuk bayaran di rumah penjagaan emak kami, tapi dia salah gunakan wang itu.”

Demikian penjelasan anak bongsu wanita berusia 84 tahun dikenali sebagai Aminah yang lumpuh separuh badan dan tinggal di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di sini.

Semalam, Harian Metro menyiarkan kisah Aminah yang mendakwa dibuang sembilan anaknya ke pusat jagaan itu, malah pencen arwah suaminya sebanyak RM700 sebulan turut dikaut anak-anaknya bergilir-gilir setiap bulan.

Berikutan laporan itu, seorang lelaki berusia 37 tahun yang juga anak bongsu Aminah berkunjung ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan dan menafikan apa yang dikatakan ibunya.

“Apa yang emak saya cakap tidak boleh diambil kira 100 peratus kerana usianya lebih 80 tahun. Dia sering lupa dan nyanyuk. Cuba tanya dia dua tiga kali (mengenai sesuatu perkara), pasti dia tidak ingat,” katanya.

Katanya, semalam dia mengeluarkan ibunya daripada pusat jagaan berkenaan kerana tersinggung dengan kenyataan pengurusan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan berhubung ibunya itu.

“Sebaik membaca Harian Metro pagi tadi (semalam), saya pergi ke sana (pusat jagaan) dan keluarkan emak. Sekarang emak tinggal bersama abang saya dekat Masai,” katanya.

Ditanya bagaimana adik-beradiknya menjaga Aminah, anak bongsu terbabit berkata, mereka belum memutuskan sama ada menghantar ibu ke pusat penjagaan orang tua lain atau menjaganya sendiri.

Menurutnya, sebelum ini emaknya ditempatkan di sebuah pusat jagaan harian, tetapi kosnya terlalu tinggi iaitu RM1,200 sebulan menyebabkan adik-beradiknya menghantar wanita itu ke pusat jagaan berkenaan.

“Bukan kami tidak mahu jaga emak, tetapi emak perlu jagaan sepenuhnya kerana dia lumpuh dan masing-masing (adik-beradik) tak dapat berbuat demikian,” katanya.

Lelaki itu turut menafikan dia bersama adik-beradiknya menghabiskan wang pencen arwah ayah mereka, sebaliknya memberitahu sebahagian besar wang itu digunakan untuk membayar kos penjagaan ibunya di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.

“Daripada RM700 itu, RM500 digunakan untuk membayar kos penjagaan di pusat berkenaan manakala RM200 lagi digunakan untuk diberikan pada ibunya selain membeli keperluan seperti lampin pakai buang dan ubat-ubatan.

“Sepanjang ditempatkan di sana, adik-beradik saya bayar (guna) duit pencen (kos penjagaan), tetapi seorang abang buat hal, habis kami semua dipandang serong masyarakat,” katanya yang menyifatkan apa yang berlaku ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Lelaki itu turut menafikan dia dan adik-beradiknya mengabaikan Aminah, sebaliknya memberitahu dia membawa wanita itu ke rumah seorang abangnya untuk menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

“Selain membawa emak pulang berhari raya di rumah abang, saya memberinya duit raya dan membelikan baju baru,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata anak warga emas berkenaan berkunjung ke pusatnya dan melahirkan rasa kesal.

“Dia berjanji akan menjaga ibunya sebaik mungkin. Pada mulanya kami terkilan apabila lelaki itu tiba-tiba muncul dan menyatakan mahu bertemu ibunya seketika. Bagaimanapun, dia berubah fikiran sebelum meluahkan hasrat membawa pulang ibunya,” katanya.

Menurut Norijah, biarpun Aminah keberatan meninggalkan pusat jagaan itu, dia akur dan menuruti kehendak anaknya.

Katanya, hasil persetujuan kedua-dua pihak, pengurusan pusat jagaan itu membenarkan Aminah dibawa pulang dengan harapan kehidupannya lebih ceria di samping anak dan cucu.

“Kami berterima kasih kepada pelbagai pihak yang menghubungi pusat jagaan dan menyatakan simpati terhadap nasib Aminah,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Ahmad Nizam Norali pula berkata, pihaknya berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan penerima pencen berkenaan untuk siasatan.

Pihak berkenaan juga akan menghubungi pusat jagaan itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan Aminah.

“Wanita berkenaan lebih berhak mendapatkan wang pencen arwah suaminya dan kami akan menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kredit by: HM 22102010

Nota Hati: harap segalanya selesai dengan baik..

Thursday, October 21, 2010

Restaurant Saba Cyberjaya.....Nasi Arab katanya..

Ini kali pertama aku menerai makanan disini..itupun dok member-member usha-usha katanya ok...selalu nk kepingin aku zasss di presint 14 sanunn.....kali ini nak berubah hala angin lintang plak...

beberapa minggu lepas dorang ada pergi kat restoren nie..lunch time jumaat..tapi tutup..dibuka semula jam 3 petang...so keciwa disitu kekdahnya..

jomm layannn..ape yang ado..ape yang kitaorang makan...makanan adalah sepenuh pinggan..banyak nau nasinya...tak terhabeh aku makannya..

Tapi yang penting ahrus ko datang awal..sini pelanggannya adalah seramai umat...full meja..dari dalam sampai ke luar kayy....parking pun azab..ado parking tapi sendirik ingat laaa...menapak ko bawah terik matahari peluh keti.....cair makeup....leh mendatangkan magrain kayyy..*alasan hehehe

welcomeee...SABA RESTAURANTS

menu segala jenis BBQ - chicken, lamb kebab, fish & mix....

segala jenis bread...mulawah, arabic, rateeb & sandwiches chicken, lamb & vege

ada satu roti kununya kami nak order....tapi disebabkan alasannya roti belum tersedia..maka kansel...tak mau tunggu lelama lagi...orang adalah melaut ketika ini..

ada beza malaysian drink kayy...segala jenis juice ado...harga juice adalah atas Rm5...paling murah mineral water RM1...Turkish & Adani Coffee ado. Teh O gelas kecik pun RM2..adusss

Ada 2 jenis lauk...nasi yang sama...so korang leh pilih samada lamb or chicken..dimasak cara kabsah, hanith or mandi. Harga semua atas Rm10....arap maklum

perbagaian jenis soup.. Mushroom or chicken cream soup...lamb soup. Harga atas RM5

Appetizers - fattough, hummus, mutabal, grape leaves, saba or yogurt salad, tabulah & mix

pilihan aku...chicken hanith...kalau rasa ayam tuh lebih kureng cam masak kurma plak...hehehe

pilihan ayor - pineapple juice.....sentapppp woooo

segala jenis kuah (ala2 dalca plak)..timun & cili padi (sekali pandang cam air asam cicah ikan bakar plak...hehehe)
Rana Hot Sauce...Ada beran?

dah kenyang..mengedik depan restoren kann...*sila jgn tiru aksi si baju purple itu..hahahaha

Bila balik aku post mortem....pilihan ikut tekak aku....sedapp kat Mr Kebab & Briyani tuh.....lalalala. Tapi kira hari ini rezeki.....alhamdulillahhh

Nota Hati: next...

9 Jahanam.....

~ Sanggup mereka menghantar ibu mereka yang dikatakan kuat makan ke rumah orang tua....zaman dah semakin teruk kepincangannya dalam kekeluargaan ~

JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.

“Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.

Nota Hati: renung-renungkan..selamat beramal...

Kucing Terpanjang Di Dunia...

LAS VEGAS - Seekor kucing yang berusia lima tahun telah memecahkan rekod dunia Guinness sebagai kucing domestik paling panjang di dunia. Kucing tersebut yang diberi nama Stewie diukur dari hujung hidungnya ke hujung ekor sepanjang 1.23 meter.

Rekod kucing terpanjang sebelum ini adalah 1.21 meter.

Pemilik Stewie, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, memberitahu, ramai orang terpegun dengan kepanjangan kucing itu. - AP

Kredit by: KOSMO 21102010

Agak-agak den nie cokup ker panjangnya nih ha...pueh da den excise hari-hari buat rengangan badan kaki tangan supaya cepat panjang cam stewie tuh....den pun jeles gak tengok dio tuh ..den nak bagi owner den fofulor plak......buleh masuk paper ha.....wahhh femes ler owner nanti ribu riban...auwwwww....miauuuuu....gggrrrrggrr!

Nota Hati: omei..teman gaduh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...