Saturday, October 30, 2010
Final Penuh Dendam... Piala Malaysia Antara Negeri Sembilan vs Kelantan..
Hotel Si Omei....Klinik Haiwan Surgeri Mesra, Seksyen 7, Bangi
zassss aku kirim kawan aku beli kosmo...rupa-rupanya ini kisahnya....ekceli dah banyak kali gak klinik Dr Wan nie masuk majalah or paper.....dalam n3 sebelum ini aku penah publishkan.....tapi kali nih aku nak jaja lagi kehaibatan klinik @ hotel untuk si manja kucing kalian...
Kalau nk baca n3 yang dulu klik jer kt bwh yang kaler ijau tuh.. ;)
entry yg lalu..
Friday, October 29, 2010
Hospital Putrajaya - Pharmacy SMS Take N Go...
Ekceli dah lama perkhidmatan ini disediakan...tapi biasa ler kita-kita nih kan sikap "M" tuh lebih besar dari rajinnya kan....dah ujung-ujung baru nak menggunakan....hakhak!



ciann...

walaupun aku kekadang perangai tak senonoh gak.....lom abeh dia cakap..aku dah jelaskan semua fungsi2 ubat itu.....sebab aku nak jimat masa...sebab setiap bulan aku dengar benda dan arahan fungsi ubat yang sama* hehehehe..sila jgn ikut perangai ini..no no no
tapi jangan lupe say terima kasih yerr.....penat-penat dia beri penerangan nasihat bagai.....ko muka selamba badak terus blah gitu jerk....berbudi bahasa tuh kan melambangkan budaya kita kan..*wahh cam iklan Pak Nil plak

kalau korang ada deal ngan farmasi HPJ......tak mau susah-susah ajerrr.....meh meh cikgie ajorkan yea anak-anak....
PLAN A:-
click sini
klu yg kat ateh tuh cik merah ada problem tak leh click.....korang ikut PLAN B seperti dibawah ini.
Taipkan:
HPJ UBAT [NAMA] [NO K/P] [TARIKH & MASA UBAT AKAN DIAMBIL] dan hantarkan ke 15888
contohnya:-
HPJ UBAT NORZIELA 800404016345 29/10/2010 10AM dan hantarkan ke 15888
Sms/email hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2 hari bekerja sebelum tarikh ubat akan diambil.
Okay anak-anak......jelas dah penerangnya kan......ini untuk mana-mana pelanggan/patient HPJ aku mengalakkan uols menggunakan perkhidmatan ini....mudah..cepat & pantas!!
Nota Hati: sedikit maklumat disalurkan besar manfaatnya untuk semua...
Daging Masak Lomak Cili padi + Rebung...Kerabu Perut
Paling aku teringin..masak kari dia...perhhhh terkonang-konang dibueknyo..tuh yang gigih ke sana...last lain yang diidam..lain yang dimakan..nyudahnya ayam kari aku tapau sajok....yang penting totap kari...amek ayam seketul yang penting kuahnya... ;)
jomm..layannnn ape yg aku makan tadi....pedas tapi sedapppp bangat!


Wednesday, October 27, 2010
Akhirnya Si Paul Mati...

FRANKFURT - Seekor sotong kurita, Paul di Jerman yang menyebabkan para peminat bola sepak di seluruh dunia terpegun kerana ketepatannya meramalkan beberapa keputusan bola sepak Piala Dunia 2010 mati semasa berumur dua setengah tahun semalam.
Menurut seorang jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan haiwan tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang pernah meramalkan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman pada waktu pagi.
Sotong itu kelihatan baik apabila diperiksa lewat kelmarin.
Namun, kata jurucakap itu, Paul gagal untuk meneruskan hidup dan ia mati akibat semula jadi.
"Kami semua mula menyayanginya dan akan merasai kehilangannya," kata pengurus akuarium itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.
Setakat ini, pihak pengurusan Sea Life masih belum memutuskan cara untuk memperingati penghuni yang paling terkenal dalam akuarium berkenaan.
Sotong itu pernah mendapat ancaman bunuh kerana ia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman pada pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2010.
"Kami mungkin memutuskan untuk menyediakan kubur kecil buat Paul dalam pekarangan akuarium kami dan mendirikan satu 'makam' sederhana yang kekal," kata pengurus tersebut.
Sotong itu menjadi selebriti semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung pada Jun dan Julai lalu di Afrika Selatan.
Paul bersara daripada membuat ramalan selepas perlawanan menentukan juara Piala Dunia antara skuad bola sepak Sepanyol dengan Belanda.
Selepas perlawanan itu berakhir, sotong itu kembali dengan peranan asal dengan membuatkan kanak-kanak gembira apabila melihat gelagatnya di dalam akuarium.
Paul mendapat perhatian ramai apabila ia berjaya meramalkan dengan tepat tujuh perlawanan melibatkan skuad bola sepak Jerman dalam kejohanan Piala Dunia itu.
Sotong itu memulakan ramalannya dengan membuka penutup salah satu daripada dua kotak plastik yang mengandungi kupang dan bendera skuad yang berentap dalam pertandingan.
Antara ramalan yang dibuat oleh Paul ialah kemenangan Jerman ke atas pasukan Argentina dan kekalahan Jerman ke atas Serbia.
Sotong itu turut meramalkan kemenangan Jerman ke atas England dan kekalahan Jerman ke atas Sepanyol pada peringkat separuh akhir.
Selepas kemahiran meramalnya itu didedahkan, Paul telah dilantik menjadi duta mewakili England yang cuba menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia pada 2018.
Sotong itu dilahirkan di akuarium Weymouth Sea Life Centre, England pada 2008.
Kebolehan meramalkan itu kemudian menjadi ilham pemilik beberapa haiwan lain yang cuba membuktikan ia setanding dengan Paul.
Antara haiwan lain yang mengikut jejak langkah Paul ialah burung bayan di Singapura dan burung kakak tua Lorenzo di Hannover, Jerman. - Agensi
Kredit by: KOSMO 27102010
Nota: next world cup..kita cari speses lain....agak-agak spesis ape ler jadi mangsa plak yea
Nota Hati: start nk ngajor omei jd peramal plak..ekekeke
Tuesday, October 26, 2010
Bertemu Dan Berpisah Juo......Puan Syahrin, Asswani & Raihanna
Jamuan ini diadakan bagi 'meraikan' perpisahan ketiga-tiga srikandi ini...*wahhh
ok tinggalkan dulu persoklan itu..nanti kita think-think kan sesama...sesapa yang nak mengomen sila tinggalkan komen diruangan bawah sanun itu...sila scroll dikaki n3 ini.... ;)
popia from made abg wahid (perhhh..sedap tahap jiwa kaco k)
& kuih bakor (my feveret tapi mesti bentuk bunga kemboja yerr...yang potong-potong 4 segi masak dalam loyang tuh ai dun likee...*pelikkan aku..hehehe
Nota Hati: banyak n3 tertunggak nih..aduss
Bubye Puan Syahrin.... always miss u
Ini adalah kejadian pada hari kami ke rumah beliau pada ahad lepas...orang mau fly..sajer bikin nyusahkan tuan umah kan....anak-anak buah puan nie memasing gegiler semua....hahahaha
so bila lagi kan puan....next 4 tahun ma baru jumpe kannnn.* wink wink smile smile
candid..

kami dijamu ngan spaghetti (owhh my feveret), ayam goreng yg spicy..sentappp kayy....ice-cream. Belum ke sana lagi....dah hidang ala-ala menu gini kan....sajer jer kann....buat kita teringin nk ke sana gak..*ekekeke
Nota Hati: kehilangan seseorang lagi..
Nasi Ambang...Lunch Yang Ditaja
sonang satu pakej lauknya..sebungkus jer dah leh sengkak perut kalau makan..macam-macam ado..mesti ada ayam..tak penah lagi aku jumpa ikan ke ape....dalamnya ada ikan kering, sambal goreng tempe suhoon jawa tuh..ada mee or beehoon goreng...& kelapa ape tuh erk..ala luper plak da..adoyaiii
Friday, October 22, 2010
"Abang Tak Amanah" - Kesinambungan kisah 9 Jahanam
Ini kenyataan balas si anak mengenai laporan akhbar HM semalam....sila baca n3 9 Jahanam sebelum membaca n3 ini untuk tahu keadaan sebenar...
JOHOR BAHRU: “Bukan semua kami adik-beradik ambil wang pencen ayah untuk kegunaan sendiri, tapi hanya seorang abang kami yang salah gunakan wang itu.
“Dia kami amanahkan untuk mengambil wang pencen ayah dan gunakannya untuk bayaran di rumah penjagaan emak kami, tapi dia salah gunakan wang itu.”
Demikian penjelasan anak bongsu wanita berusia 84 tahun dikenali sebagai Aminah yang lumpuh separuh badan dan tinggal di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di sini.
Berikutan laporan itu, seorang lelaki berusia 37 tahun yang juga anak bongsu Aminah berkunjung ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan dan menafikan apa yang dikatakan ibunya.
“Apa yang emak saya cakap tidak boleh diambil kira 100 peratus kerana usianya lebih 80 tahun. Dia sering lupa dan nyanyuk. Cuba tanya dia dua tiga kali (mengenai sesuatu perkara), pasti dia tidak ingat,” katanya.
Katanya, semalam dia mengeluarkan ibunya daripada pusat jagaan berkenaan kerana tersinggung dengan kenyataan pengurusan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan berhubung ibunya itu.
“Sebaik membaca Harian Metro pagi tadi (semalam), saya pergi ke sana (pusat jagaan) dan keluarkan emak. Sekarang emak tinggal bersama abang saya dekat Masai,” katanya.
Ditanya bagaimana adik-beradiknya menjaga Aminah, anak bongsu terbabit berkata, mereka belum memutuskan sama ada menghantar ibu ke pusat penjagaan orang tua lain atau menjaganya sendiri.
Menurutnya, sebelum ini emaknya ditempatkan di sebuah pusat jagaan harian, tetapi kosnya terlalu tinggi iaitu RM1,200 sebulan menyebabkan adik-beradiknya menghantar wanita itu ke pusat jagaan berkenaan.
“Bukan kami tidak mahu jaga emak, tetapi emak perlu jagaan sepenuhnya kerana dia lumpuh dan masing-masing (adik-beradik) tak dapat berbuat demikian,” katanya.
Lelaki itu turut menafikan dia bersama adik-beradiknya menghabiskan wang pencen arwah ayah mereka, sebaliknya memberitahu sebahagian besar wang itu digunakan untuk membayar kos penjagaan ibunya di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.
“Daripada RM700 itu, RM500 digunakan untuk membayar kos penjagaan di pusat berkenaan manakala RM200 lagi digunakan untuk diberikan pada ibunya selain membeli keperluan seperti lampin pakai buang dan ubat-ubatan.
“Sepanjang ditempatkan di sana, adik-beradik saya bayar (guna) duit pencen (kos penjagaan), tetapi seorang abang buat hal, habis kami semua dipandang serong masyarakat,” katanya yang menyifatkan apa yang berlaku ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Lelaki itu turut menafikan dia dan adik-beradiknya mengabaikan Aminah, sebaliknya memberitahu dia membawa wanita itu ke rumah seorang abangnya untuk menyambut Aidilfitri baru-baru ini.
“Selain membawa emak pulang berhari raya di rumah abang, saya memberinya duit raya dan membelikan baju baru,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata anak warga emas berkenaan berkunjung ke pusatnya dan melahirkan rasa kesal.
“Dia berjanji akan menjaga ibunya sebaik mungkin. Pada mulanya kami terkilan apabila lelaki itu tiba-tiba muncul dan menyatakan mahu bertemu ibunya seketika. Bagaimanapun, dia berubah fikiran sebelum meluahkan hasrat membawa pulang ibunya,” katanya.
Menurut Norijah, biarpun Aminah keberatan meninggalkan pusat jagaan itu, dia akur dan menuruti kehendak anaknya.
Katanya, hasil persetujuan kedua-dua pihak, pengurusan pusat jagaan itu membenarkan Aminah dibawa pulang dengan harapan kehidupannya lebih ceria di samping anak dan cucu.
“Kami berterima kasih kepada pelbagai pihak yang menghubungi pusat jagaan dan menyatakan simpati terhadap nasib Aminah,” katanya.
Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Ahmad Nizam Norali pula berkata, pihaknya berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan penerima pencen berkenaan untuk siasatan.
Pihak berkenaan juga akan menghubungi pusat jagaan itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan Aminah.
“Wanita berkenaan lebih berhak mendapatkan wang pencen arwah suaminya dan kami akan menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kredit by: HM 22102010
Nota Hati: harap segalanya selesai dengan baik..
Thursday, October 21, 2010
Restaurant Saba Cyberjaya.....Nasi Arab katanya..
beberapa minggu lepas dorang ada pergi kat restoren nie..lunch time jumaat..tapi tutup..dibuka semula jam 3 petang...so keciwa disitu kekdahnya..
jomm layannn..ape yang ado..ape yang kitaorang makan...makanan adalah sepenuh pinggan..banyak nau nasinya...tak terhabeh aku makannya..
Tapi yang penting ahrus ko datang awal..sini pelanggannya adalah seramai umat...full meja..dari dalam sampai ke luar kayy....parking pun azab..ado parking tapi sendirik ingat laaa...menapak ko bawah terik matahari peluh keti.....cair makeup....leh mendatangkan magrain kayyy..*alasan hehehe
Nota Hati: next...
9 Jahanam.....
~ Sanggup mereka menghantar ibu mereka yang dikatakan kuat makan ke rumah orang tua....zaman dah semakin teruk kepincangannya dalam kekeluargaan ~
JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.
Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.
Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.
Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.
Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.
Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.
Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.
“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.
“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.
Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.
Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.
“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.
“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.
Nota Hati: renung-renungkan..selamat beramal...
Kucing Terpanjang Di Dunia...

Rekod kucing terpanjang sebelum ini adalah 1.21 meter.
Pemilik Stewie, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, memberitahu, ramai orang terpegun dengan kepanjangan kucing itu. - AP
Kredit by: KOSMO 21102010
Agak-agak den nie cokup ker panjangnya nih ha...pueh da den excise hari-hari buat rengangan badan kaki tangan supaya cepat panjang cam stewie tuh....den pun jeles gak tengok dio tuh ..den nak bagi owner den fofulor plak......buleh masuk paper ha.....wahhh femes ler owner nanti ribu riban...auwwwww....miauuuuu....gggrrrrggrr!
Nota Hati: omei..teman gaduh