Thursday, September 23, 2010

Budak Mati Terselit Meja Lipat....

IPOH - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun menjerit kesakitan sambil meminta tolong selama hampir 10 minit tetapi disebabkan ahli keluarganya menyangkakan semua itu gurauan, dia akhirnya meninggal dunia selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kuala Kangsar semalam.

Kejadian pukul 5.50 petang itu berlaku di Kampung Talang Hilir ketika mangsa, Muhammad Irfan Mohd. Fadtah bermain seorang diri di belakang rumah.

Dia dipercayai mengambil meja lipat yang diletakkan di tepi rumah dan memasukkan kepalanya di celah kaki barangan itu sebelum ia jatuh dan menyepit tubuhnya.

Dalam keadaan badannya terlentang dan kepala tersepit, Muhammad Irfan menahan kesakitan selama 10 minit sehingga tubuhnya bertukar kebiru-biruan.

Kematian boleh berlaku dengan cara berbeza-beza...walaupun apa penyebabnya yang mendatangkan keceraan yang boleh meragut nyawa sekalipun walaupun kita nampak seolah-olah remeh temeh...benda hendak berlaku terjadi jugak kan.

Tapi jeritan meminta tolong si anak selama 10 minit yang diingatkan oleh keluarganya sebagai gurauan ...inilah yang terjadi.....so emak ayah malah untuk diri aku jugak perhati-perhatikan anak-anak kita bila mereka bermain...

Kredit by: Kosmo 23102010

Nota Hati: kejadian yang tidak diduga..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...