MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kerajaan tidak bercadang menguatkuasakan peraturan pendaftaran dan penyenaraian blogger, sebaliknya mereka diberi kebebasan menyampaikan maklumat di laman blog masing-masing.
Bagaimanapun, blogger tertakluk kepada perundangan sedia ada supaya sebarang paparan tidak menyalahi peraturan ditetapkan.
"Walau apapun yang dikenakan pihak berkuasa, laman web bebas untuk mencatat, menyampaikan atau memaklumkan sesuatu.
"Setakat ini kita tidak menyenaraikan atau mendaftarkan blogger. Namun, apa yang dijamin perundangan dan demi keharmonian bersama, undang-undang kita perlu hormati,"
Rais berkata, mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, tindakan boleh diambil terhadap individu yang memberi kandungan bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik. Jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Nota Kaki: BERITA HARIAN 19HB JUN 2009
No comments:
Post a Comment