Tuesday, January 11, 2011

PERINGATAN BUAT WANITA: Jangan hias kereta anda dengan patung..

GAMBAR KERETA YANG SANGAT CANTIK

Memandangkan wanita gemar sangat nak hias kereta dengan pelbagai koleksi patung macam gambar kat atas tu, maka artikel yang kami terima melalui emel ini ‘wajib’ anda baca. Nak tahu kenapa? Anda bacalah untuk mengetahuinya..

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polisi datang ke arah saya.

“Selamat Pagi, Cik Kak..”

“Errr selamat pagi”.. jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu tersenyum sambil berkata:

“Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?”..

“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”

“Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma…macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh.. berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas”.

“Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar ‘mereka’ susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih”.

“Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik”. kata polisi itu lagi sebelum berlalu.

“Terima Kasih encik..” jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr… . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm… nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

'saya' dalam kisah ini bukan diriku....sekadar berkongsi info untuk teman-teman dan kaum wanita disekelilingku dan diluar sana... area sini (putrajaya) kerap aku nampak si kecil molek yang touch-up/makeover keretanya ngan hello kitty all pink..luar dalam...segala2 benda ada dalam kereta itu...berambu ramba...so cute n sweet tapi ada kebaikan dan keburukan jugak...renung-renungan n selamat beramal.. ;)

Kredit by: zonbebas.com

Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!!

Nota Hati: klu empunya kereta itu beragama islam...jangan ler nak letak patung2 bagai tuh..fikir2kanlah..

7 comments:

Unknown said...

tq for the info, Kak Nor.... lagipun atuk ai ckp kalo letak anak patung lam kereta, nanti malaikat tak nak masuk...

aidah said...

wah bagus gak artikel ni, kereta akak takde apa2 hiasan cuma dipenuhi sampah sarap oleh anak2

Orchid said...

Iena: tuh la..usahkan malaikat xmau masuk..aku pun xmau..rasa seriau nk duduk dalam kete rambu ramba kt dalam tuh..hehehe

Kak Aidah: biasa ler ada anak..dlm kete sampah sikit tuh tk leh pisah..bru kemas pagi...ptg dah menyepah lagikk..tuh lom makan..calit2 kt kusyen..haru tuii

Anonymous said...

ustaz ada cakap,
kalau tak sembah patung tu eloklah buang jauh2

kalau simpan dalam kereta maksudnya kita suka dan sembah

orchid said...

Anon: tq..sesama kita ingat mengingati ttg perkara sebegini...;)

Anonymous said...

kazen rock (lelaki sejati) ada bnyk hiasan rambu ramba kat kete die... hurmmm~
*Rock

Orchid said...

rock: maybe dia minat kut mende2 camtuh..hehehehe...tapi cam 'sesuatu' jer kan org camtuh...hohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...