Wednesday, January 12, 2011

Pelik Tapi Benar: Kucing Boleh Bercakap..

Kucing boleh bercakap mama di Jawa Timur


KUCING bernama Keting ini didakwa boleh bercakap beberapa patah perkataan.


JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.

"Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbar detikSurabaya.com semalam.

Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.

"Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.

Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.

Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.

Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. - Agensi

Kredit by: KOSMO 12012011

p/s: kalaunya suatu hari aku balik kerja...bukak jer pintu..terus omei (my kucen) meluru dan berkata "yey yey..mama balikkk"...harus aku pitam jam-jam tuh gakk... ;)

Nota Hati: baguih gak klu omei leh bercakap...tapi lebih parah kalau dia banyak menanya soklan kat aku..

4 comments:

strawbery said...

soklan pertama dia akan tanye adalah : MAMA BOLEH TAK OMEI NAK CARI AWEK ?/...hakahahak

Unknown said...

kak nor jangan pengsan 7hari 7 malam plak kalo tibe2 bangun pagi dengar ade bunyi "mama"..hahahahah

Orchid said...

Strawbery: harus aku kasi kan dier..nanti banyak plak kes pembuangan anak2 kucen yang ditinggalkan..hikhik

Iena: bukan takat 7H7M...silap2 tak koma tak sedor2...hakhak

Anonymous said...

wow! rock nak jgk lah sekor! ahahahah~
*Rock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...