Tuesday, January 11, 2011

Mangsa Dera...kanak-kanak berusia 3 tahun menjadi mangsa kekejaman ibu tiri

Penangan kekejaman ibu tiri


NUR DANIA QISTINA mengalami 73 kesan lebam di seluruh badan.

JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.

Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.

Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.

Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.

Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.

kredit by: KOSMO 11012011

p/s: Dari gejala pembuangan bayi kita agak lama tidak kedengaran berita-berita penderaan anak-anak yang dipaparkan.....kini trajedi berulang kembali...berakhirnya nyawa si kecil ditangan seorang yang patut melindunginya...

Nota Hati: bila nilai kasih sayang sudah tiada....

3 comments:

strawbery said...

SEDIH sgt baca berita nih..tetibe otak dok bayang ESYA...harap2 anak2 lain tidak jadi mangsa KEJAM PENDERAAN lg...ya allah selamatkan hamba kerdil mu itu...

Unknown said...

jahat punye IBU TIRI..kalau org mati nanti, lebih baik bagi anak kat rumah anak yatim dri kena dera dek ibu tiri yg jahat tu..agaknya pempuan tu terpengaruh ngan Ibu tiri Cinderella kot

Orchid said...

Stawbery: tuh la..mende2 camni klu baca trus teringat anak sendiri..minta di jauhkan arr...

Iena: lorrr...aku ingatkan kalau ko mati..ko jadik antu pegi cekik mak tiri tuh..hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...