Monday, January 24, 2011

Kenangan Di Kellie's Castle....

Masihkah korang (team bola sepak & netball thn 2006) ingat kenangan ini...tournament dengan High Court Ipoh....sure korang ingatkan... ;)

masa free aku tadi belek-belek folder terjumpa gambar istana lama...rasa rugi plak kalau tak dikongsi cerita ini ngan korang kan..*wink wink

kita tinggalkan kisah team sport POJ ..aku nak kisahkan cerita Kellie's Castle ini...perjalanan balik dari Ipoh..kami menyinggah untuk melawat istana ini...kalau tak masuk/datang..bila masa nye lagik kan..jangan lepaskan peluang...jika tidak kerugian besar ko kat situ...

Jom lihat ronda-ronda sekeling istana lama ini yang menyimpan misterinya tersendiri.....'jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiiii....'

Pandangan hadapan di Kellie's Castle

dari pintu masuk ke istana ini...kita akan melalui sebuah jambatan menyeberangi sungai kinta...ditepinya terdapat sebuah kedai cenderahati dan kedai makan

semasa balik...melalui istana ini...mata aku asyik memerhati tingkap belah atas tuh yang bercat putih.....leka aku memandang aku terlihat 'seseorang' sedang memerhati aku.....kalau korang datang sini ..cubalah perhatikan...*ermmm...

pintu ke luar sebelah tepi istana...jalan ini menuju rumah-rumah pekerjanya...dan dengar ceritanya ada laluan bawah tanah jugak untuk ke sana...dan juga boleh sampai ke kuil yang berdekatan sana..semuanya melalui terowong misteri

korang baca ler info nie..

kebetulan masa ini ada produksi sedang menjalankan pengambaran untuk terbitan TV1...dengan kita-kita orang masuk sekali...*gelemer jap hehehe


dari penerangan yang diberikan...batu bata ini 'disimen' menggunakan putih telor..

pandangan dari tingkat atas istana..kelihatan sungai kinta. istana ini menyimpan seribu rahsia sebabnya banyak sangat lorong-lorong/terowong misteri..laluan bawah tanah juga..

aku merasa gak menuruni tangga ke laluan bawah tanah tuh...lorong yang sempit..ngam-ngam soi leh masuk sorang jerr...kalau badan membesar sikit..jawabnya sangkut ler celah tangga tuh..

masa turun ke bawah tuh..seram gak..rasa 'semacam' jerr...biasa ler tempat lama ditinggalkan..so macam-macam kita fikirkan...baca ler apa yang patut kan ;)

tapi ada satu bilik laluan bawah tanah yang menyimpan minuman keras (bir) ditutup atas sebab keselamatan.

masa ini matahari panas terpacak atas kepala...dah la atas bumbung nie cam tar...lagi membuatkan berbahang-bahang bila memijaknya...

korang perasan bumbung yang atas sekali tuh...katanya itulah tempat helikopter mendarat...

naik ke atas tuh melalui tangga yang begitu sempit...berpusing-pusing...sampai jer kat atas tuh...rasa gayat siottt...dah la berangin kuat...aku siap-siap paut tangan si budak nih ...

masa tuh rasa kaki pun tak bape jejak kat lantai da....aku nie bab-bab ketinggian memang gayat...satu kelemahan aku...sob sob sob..

bilik atas nie...bilik anak Kellie Smith...besar gila bilik budak-budak tuh...huishhh rugi plak tak snap gambar dalam...maybe kat camera kawan-kawan lain kut..iye la masa tuh zaman berblog2 ni aku tak joint lagi...kalau dah ado...mesti aku meroyan snap bebanyak buat modal kan...

dibahagian atas istana ini berlantai kayu.

info: kredit by wikipedia

Bangunan Istana Kellie dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka british bernama William Kellie Smith. Bangunan 3 tingkat mengikut rekabentuk sebuah istana Moghul India. Tukang-tukang binaan dibawa khas dari Madras.

Beliau berkahwin dengan gadis dari Scotland yang bernama Agnes dan membawa isterinya ke Malaysia pada tahun 1903. Dikurniakan seorang anak perempuan bernama Helen. William Smith mengharap seorang anak lelaki sebagai warisnya kelak. Selepas beberapa tahun Agnes melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony pada tahun 1915. Merayakan kelahiran Anthony, William Smith memutuskan untuk membesarkan rumahnya.

Istana ini mempunyai 14 buah bilik..bilik bawah tanah..lorong-lorong/terowong rahsia. Ditingkat 2 dibina padang tenis berlantaikan simen.

Istana ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia pada 11.11.1926 di Lisbon, Portugal. Sehingga sekarang istana ini kekal dalam keadaan tidak 'sempurna' pembinaannya dan menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri Perak.

Kellie's Castle ini juga menjadi lokasi pemgambaran drama dan filem..antaranya filem Anna & The King yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt tidak lama dahulu.

Ingin datang kesini: melalui lebuhraya utara-selatan, keluar Plaza Tol Simpang Pulai...terus ke Batu Gajah @ Universiti teknologi Petronas di Tronoh.

gambar kenangan bersama ahli jemaah POJ....sweet memories.. *cube teka yang mana satu tuan tanah blog nih..hakhak!

Nota Hati: saat paling best bila bersama korang.. ;)

2 comments:

strawbery said...

i org PERAK pun first time kot sampai sana..itu pun ikut ROMBONGAN ..hakhakhak..KEJI tol..

Orchid said...

strawbery: ko memang..memalukan org kampung jerrr...harus ko di nyahhhh dr jajahan sana..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...