Monday, August 2, 2010

Selamat Pengantin Baru....Norafizah & Mohd Suffian

Undangan ke majlis ini kerana adik pengantin perempuan satu opis ngan aku..diatas semangat kekawanan..jemputan tidak ditolak...maka berjanji melayu lah kami semua untuk sesama menghadirinya..kunun-kunun nak satu table bagai..senang nak cit cet..

Nyudahnya namapun janji melayukan..harus ada dua tiga kerat yang datang lambat jugak...alasan tetap ada..biasa lerrr...hahahaha *larikssssss

Jom layan semasa majlis nie berlangsung di Dewan Pusat Komuniti Presint 9, Putrajaya

Pelamin singgahsana nampak simple tapi menarik tertarik..mungkin sebab purple tuh kaler my feveret kut ;)

Juadah yang disajikan...terperasan aku di cateringkan oleh puteri's catering rasanya..
Nasi ala-ala yang ada daging tertimbus didalamnya tuh..ape erk namanya?
Kuih-kuihnya pun sodap terutama koci pulut hitam tuh very nice...paling sentap cendolnya...my team repeat 2 kali cendol nih...

snap dari kejauhan saje..tempat adalah meramai ketika ini..semuanya berkerumun samada nak tengok pengantin atau mau tengok anak muda bersilat tuh...

adik pengantin si bujang lelaki yang berbaju purple..single not available..muahamuaa..abeh lar ko apis! Tema keluarga pengantin perempuan adalah semuanya berkaler purple dihari kejadian...

sebelum pulang cenderahati untuk para tetamu...setakat aku pergi jemputan kawin nie lom pernah dapat sebegini...baguih jugak dapat nie...boleh letak harta karun brooch yang sepah2 tuh...dalam box nih ada muffin & sebiji telor.

Nota Hati: "Cinta dapat mengubat debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat dan kemarahan akan menjadi rahmat"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...