Wednesday, April 7, 2010

Siapa Rafiqin Darwisy? Biadap sungguh..

2-3 hari ini aku dikejutkan dengan cerita-cerita begini....sana sini orang sekeliling memperkatakannya...malah seluruh seantero malaya benggang gara-gara stekmen budak nie...sememangnya agak memeranjatkan dan menakutkan bila nilai-nilai budi bahasa melambangkan budaya kita yang selalu diwar-warkan menjadi sebegini rupa...aku tak tahu ape masalah seorang budak bernama Rafiqin Darwisy nie...korang baca..nilai lah sendiri...masy'Allah

AFDLIN SHAUKI - JANGAN LAYAN RAFIQIN..

Pelakon, penyanyi, pengarah dan pelawak tersohor Afdlin Shauki mencadangkan agar orang ramai jangan melayan sangat karenah Rafiqin Darwisy, budak 14 tahun yang menghina arwah Din Beramboi. Menurut Afdlin, sememangnya perhatian seperti itulah yang dimahukan oleh Rafiqin dan semakin banyak orang bercakap, maka semakin menjadi-jadi sikap budak tersebut.

Tambah Afdlin yang dipetik melalui Facebook, janganlah kita semua tertipu dengan permainan tersebut.

"Ada balasan yang menanti beliau yang akan ditentukan Tuhan. Biarlah Allah SWT yang menentukannya kerana Dialah yang Maha Penentu," jelasnya.

Bagaimanapun, kenyataan Afdlin itu disanggah oleh seorang hamba Allah melalui sebuah forum yang mendakwa kelakuan seperti itu tidak boleh dibiarkan. Dakwanya jika dibiarkan, ditakuti ia akan bertambah buruk dan selepas ini tiada yang rasa takut atau hormat kepada arwah orang yang baru meninggal.

"Nabi Muhammad s.a.w berpesan dengan maksudnya: " Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan, maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman"," ujar hamba Allah yang tidak ingin dikenali itu dengan penuh semangat.

GEMPAR: BUDAK HINA ARWAH DIN BERAMBOI

Menurut seorang hamba Allah yang enggan dikenali... dia amat terkejut apabila ada seorang budak berusia 14 tahun menghina Arwah Din Beramboi dalam Facebook pelawak tersebut. Berikut disiarkan petikan kata-kata Rafiqin Darwisy itu yang amat kurang ajar dan mengaibkan orang yang telah tiada...








Wajah budak 14 tahun yang didakwa memaki Arwah

Nota Hati: Renung-renungkan & selamat beramal...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...