Friday, January 29, 2010

Seminggu selepas pemergiannya..Almarhum Sultan Iskandar

Hari ini genap seminggu selepas kemangkatan Sultan Johor yang dikasihi oleh semua rakyat Johor khususnya..termasuk aku yang lahir sebagai anak Johor turut merasai kehilangan Raja yang berjiwa rakyat....bukan Almarhum saja yang mudah didekati malah seluruh keluarga DiRaja ini berjiwa rakyat...berkat asuhan dan didikan Almarhum kepada anakanda-anakanda serta cucuanda-cucuanda terserlah semasa istiadat pemakaman tempohari.

Aku sendiri menitiskan airmata, sebak, terharu dan kagum ketika melihat cucuanda-cucuanda menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan....tidak kisah dengan tanah kotor..berpeluh-peluh dengan cuaca yang agak panas ketika itu...

sedang aku leka menonton istiadat pemakaman di tv terlintas difikiran aku...setahu aku belum pernah mana-mana lagi yang aku nampak kerabat-kerabat DiRaja sebegitu....sungguh seikhlasnya aku kagumm melihatnya..

Ketika bacaan doa dan talkin dibacakan oleh Datuk Nooh Gadut turut mengundang airmata aku menitis lagi...begitu tersentuh...terasa jauh di lubuk sudut hati aku ketika itu...

Almarhum Sultan Iskandar diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada Jumaat 8.4.1932, jam 11.30 pagi. Dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11.5.1981. Pada tarikh 15.11.1984, Almarhum dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-8. Almarhum berusia 77 tahun.

Semoga Almarhum dicucuri rahmat dan ditenpatkan dikalangan orang-orang yang beriman..aminn

keluarga DiRaja..kelihatan Sultan Ibrahim Ismail ( kini dimasyhurkan sebagai Sultan Johor)

Aku tersentuh ketika melihat istiadat penghormatan terakhir untuk Almarhum.. wanita mahupun lelaki berpakaian putih...selalunya aku melihat kebanyakkan memakai pakaian serba hitam....walaupun aku tak berapa arif mengenai peraturan berpakaian..tapi aku lebih suka melihat kaum wanita berkurung dan bertudung berwarna putih...* ( harap dimaafkan jika aku sendiri kealpaan tentang peraturan pemakaian ini)

DYMM Tunku Ismail Idris, TMJ

Semalam (28.1.2010) Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) bagi mengantikan anyahandanya Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.

Dan aku berharap dimasa akan datang TMJ akan mengikut jejak ayahanda Sultan Ibrahim untuk meneruskan tradisi Kembara DiRaja dengan bermotosikal berkuasa tinggi seperti yang dilakukan sebelum ini...didekati rakyat..dengari suara hati rakyat...

Semoga pemerintahan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dapat memakmurkan lagi rakyat bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim...


Nota Hati: masih terbayang-bayang lg kekaguman aku ketika itu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...