Wednesday, January 13, 2010

Dia lebih menyayanginya...Al-fatihah

Malam ahad sedang khusyuk tengok live AJL24...tengah tekun tengok stacy perpom..tetibe dapat kol dari busu mengkhabarkan berita pak long aku telah pergi selama-lamanya...dan kebetulan masa tuh di rumah aku ada boy sefamily..maka kami berbincang-bincang..kol mak abah kat kampung..adik badik yang lain plan nk balik kg Sri Ledang..yeaa Sri Ledang terletak di Tangkak Johor yea anak-anak..

Menurut kata busu (adik abah aku)..arwah meninggal di perak..dua minggu sebelum tuh arwah nak sangat balik ke kampung halaman nya di sana..rupanya arwah nak 'pergi' di tanah kelahirannya....rezeki arwah jugak pada tahun 2009 yang lalu....arwah dapat pergi menunaikan haji bersama isteri (kakak abah aku)..semasa dia sana juga arwah kerap masuk hospital kerana tak bape sihat..balik ke malaysia still masih tak sihat..sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital..malah arwah pergi juga dihospital di perak...anak-anak arwah juga sempat berada disisi hingga ke akhir hayatnya...

Sesudah subuh...aku bergerak balik ke johor...dapat mesej dari anak arwah ida..jenazah odw balik johor..aku berharap sempat sampai kesana..sampai disana jam 10..jenazah telah dibawa ke masjid dan seterusnya ke kubur...sedih aku melihat mak long..mak long pengsan ketika jenazah diusung keluar untuk dibawa ke masjid untuk disembahyangkan...

tahun.Pak Long adalah seorang yang dikenali dikawasannya..malah anak-anak muridnya juga ramai..aku tak berapa tahu kisah sejarah lampau arwah tapi bila aku tengok dari gambar-gambar yang tergantung di rumahnya menyimpan 1001 sejarah dalam hidupnya..malah aku terlihat ada jugak kisah arwah pernah keluar dalam suratkhabar..arwah framekan dan gantungkan sebagai kenangan..itulah Hashim bin Ngah..meninggalkan kita di usia menginjak 80....Untuk seluruh keluarga mak long di Sri Ledang Johor...kami mengucapkan salam takziah semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..aminnn..al-fatihah.

Nota hati:..bila tiba masanya giliran kita tiba jua...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...