NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DISEBABKAN HENTITUGAS (SEPARA) SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR (LRA) SUNGAI SELANGOR FASA 2 (SSP2) DI BAWAH KENDALIAN PUNCAK NIAGA SDN BHD (PNSB) PADA 17 DISEMBER 2013
PENTING!
SEGERA
KENYATAAN MEDIA
12 DISEMBER 2013
Kuala Lumpur – Syarikat
Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menerima permohonan
daripada pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 2
(SSP2), iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) bagi pihaknya melaksanakan
hentitugas (separa) sementara loji untuk memberi laluan kepada
kerja-kerja menaiktaraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama pada 17
Disember 2013 bersamaan hari Selasa.
Kerja-kerja yang dimaksudkan ialah kerja-kerja menaiktaraf papan suis bagi 33kV dan 6.6kV Alatubah ('Transformer') No.1 di Muka Sauk ('Intake'), pembaikan paip keluli ('mild steel') bersaiz 1400mm untuk paip 'Flow Splitter Stream C' dan penggantian ‘Sluice Valve’
bersaiz 950mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) iaitu pengepaman air
bersih ke Kolam Imbangan Matang Pagar. Pihak kami dimaklumkan pengepaman
ke Kolam Imbangan Bukit Mayong berjalan seperti biasa tanpa sebarang
gangguan.
Tujuan utama kerja-kerja bagi menaiktaraf papan suis bagi 33kV dan 6.6kV Alatubah ('Transformer') No.1 di Muka Sauk ('Intake') adalah untuk meningkatkan keupayaan tunggu sedia ('standby') dan memastikan Pam Air Mentah di Muka Sauk ('Intake') dapat beroperasi dengan lebih baik dan lancar. Manakala untuk kerja-kerja penggantian ‘Sluice Valve’ bersaiz 950mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan paip keluli bergaris pusat 1400mm untuk paip 'Flow Splitter Stream C' amat diperlukan kerana kedua-dua aset ini telah menunjukkan tanda-tanda kemerosotan dari segi pengoperasiannya
Untuk makluman, pengepaman LRA SSP2 ke
Kolam Imbangan Matang Pagar ini membekalkan air ke 4 buah Wilayah iaitu
Wilayah Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, dan Klang/Shah Alam yang mana
hentitugas (separa) ini akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada
lebih 217,694 akaun pengguna dan
dianggarkan sebanyak satu (1) juta penduduk di Negeri Selangor dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuklah kawasan-kawasan penting
seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, INTAN, Kompleks
Kerajaan Jalan Duta, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Suria KLCC dan
kawasan lain-lain.
Pihak SYABAS juga ingin memaklumkan
bahawa permintaan bekalan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya terus meningkat manakala rezab kapasiti
bekalan air daripada 34 buah loji-loji sediada telah menyusut hingga ke
tahap kurang daripada 1% ini akan menyebabkan tiada lagi bekalan air
alternatif ketika waktu kecemasan. Pihak SYABAS juga akan mengaktifkan
Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning semasa menghadapi hentitugas
ini.
SYABAS ingin memaklumkan bahawa
pelaksanaan kerja-kerja hentitugas tersebut adalah selama 13 jam iaitu
bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam pada 17 Disember 2013. Dengan
itu, gangguan bekalan air akan bermula jam 8.00 pagi pada 17 Disember
2013 apabila kerja dimulakan. Manakala tempoh pemulihan bekalan air pula
dijangka bermula pada
jam 9.00 malam, 17 Disember 2013 (Selasa) apabila kerja dijangka siap
nanti dan berterusan sehingga 8.00 pagi, 22 Disember 2013 (Ahad). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.
Pihak SYABAS akan membuat segala persediaan bagi mengurangkan kesan
atau gangguan bekalan air kepada pengguna dengan memenuhkan semua kolam
simpanan sebelum kerja hentitugas tersebut. Dengan itu, adalah
dijangkakan ada sebahagian pengguna di senarai tersebut khasnya
kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kolam air dan kawasan rendah
mungkin akan terus mendapat bekalan air tanpa kesan gangguan bekalan
air. Adalah dijangkakan juga kebanyakan kawasan akan mendapat pemulihan
bekalan air dalam tempoh 24 jam selepas kerja hentitugas siap nanti.
Dengan itu, secara amnya, adalah dijangkakan tempoh masa yang diambil
untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat
adalah secara berperingkat-peringkat bergantung kepada keadaan
georafikal kawasan yang terlibat di mana kawasan yang jauh daripada
sumber bekalan serta kawasan yang tinggi akan mendapat bekalan yang agak
lama. Selain itu, situasi bekalan air semasa di mana rezab bekalan air
yang tipis pada masa ini akan melambatkan tempoh pemulihan bekalan air.
Pihak SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air
terutamanya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah
kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya. Sebagai persediaan,
semua pengguna adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air
secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut.Pihak SYABAS juga akan
memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air
di kawasan yang terlibat.
Walaubagaimanapun, memandangkan gangguan
bekalan air ini merupakan gangguan bekalan air berjadual dan notis awal
telah dikeluarkan, dengan itu lori tangki tidak akan dibekalkan oleh
SYABAS untuk tempoh gangguan bekalan air tersebut kecuali kepada
pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat.
Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS telah meletakkan
kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk
meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta
menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk
kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam
tetapi tertakluk kepada kapasiti kemudahan sediada pada SYABAS.
Para pengguna di kawasan terlibat
dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh
hentitugas LRA SSP2 tersebut. Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut
berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar
menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol,
1-800-88-5252.
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Kuala Lumpur
Kawasan Bukit Kiara:
Kelab DiRaja Selangor; Bukit Kiara
Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; INTAN; Suruhanjaya
Sekuriti; Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.
Sebahagian kawasan Bukit Damansara:
Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan
Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan
Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan
Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.
Kawasan Segambut:
Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang;
Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman
Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut
Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni;
Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut
Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park;
Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta;
Duta Ria; Keseluruhan kawasan Mount Kiara; Kompleks Kediaman Kakitangan
Awam Jalan Duta;
Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh:
Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan
Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan
Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian;
Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng
Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching
& Taman Niaga Waris;
Kawasan Sentul:
Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam;
Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul
Raya; Sentul Selatan; Bandar Baru Sentul.
Kawasan Jalan Duta:
Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan
Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR;
Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum; Stadium Hoki.
Sebahagian kawasan Jalan Mahameru:
Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku;
Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan
Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan
Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor Jalan Negeri Sembilan.
Kawasan Sri Hartamas:
Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara;Taman Duta Tropika; Hartamas Heights
Kawasan Bukit Sentul:
Jalan Kolam Air;Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.
Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf):
Hospital Tawakkal; Institut Perubatan
Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital
Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan
Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah;
JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari
Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa);
Sekitar kawasan KLCC:
Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.
Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2):
Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat
Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan
Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis;
Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan
Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Rusia; Pusat
Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.
Sebahagian kawasan Kampung Baru:
Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan
Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub;
Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan
Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1;Lorong Datuk
Abdullah.
Semua kawasan-kawasan berikut:
Taman Sri Delima; Kampung Delima;
Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman
Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya;
Taman Dagang; Taman Shamelin;Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena;
Desa Pandan.
Jumlah akaun : 63,408 akaun
Wilayah Gombak
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial
Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City;
Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra;
Country Height Damansara; Sunway SPK Harmoni 3.
Jumlah akaun : 22,274 akaun
Wilayah Petaling
Bandar Baru Sri Petaling; Desa
Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs
Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung
Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung
Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7
Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen
52; Taman Bukit Angkasa;Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira;
Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak
Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai;
Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A,
Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil;
Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50
hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden;
Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol;Taman Puchong
Mesra Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya;
Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V;
Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya
Jumlah akaun: 98,084 akaun
Wilayah Klang/Shah Alam
Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32;
Seksyen 33; Bandar Putera;Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen
22; Seksyen 25 - Axis;Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun
Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah
Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.
Jumlah akaun : 33,928 akaun
Jumlah Akaun Keseluruhan Akaun Yang Terlibat - 217,694
-tamat-
PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar
Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
No comments:
Post a Comment