SMS tipu minta tambah prabayar
|
|
KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."
Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.
Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.Amazing things happen when you say Yes
"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.
"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.
Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.
"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.
Kredit by: HM 24122010
Nota Hati: aku dh beberap kali terima mesej sebegini kejap mintak top up kan Rm30 or RM50.....mudah saja jangan terpedaya...ABAIKAN!!....paling jelas pembohongan..dalam2 tak dek duit nak mintak top up tuh...leh tukar nombor baru plak...
2 comments:
aku pun pernah terima sms macam ni...
katanya mak dlm kecemasan, nak call teksi tp kredit dah habis,yang silapnya dia tulis dlm bahasa melayu....mama aku mana reti BM dan belum pernah mama aku pakai prepaid....wa ka ka..........
ekekekeke...tuh la org bodoh nak cuba memperbodoh-bodohkan kita...buat cenggitu menampakkan lagik lagi malah terserlah kebodohannya...hahahha
Post a Comment