Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010....berakhirnya badi 14 tahun

TAHNIAHHH...Harimau Muda!!

JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat 4-2, malam tadi.


Safee kini berstatus peledak paling berbisa di Asia Tenggara mengetepikan penyerang Indonesia, Cristian Gonzales yang sekadar mengumpul tiga gol di tempat kedua senarai penjaring terbanyak.

Mohd Safee bin Mohd Sali...penjaring terbanyak kejohanan kali ini....wahhh tambah-tambah ko gelemer kan Safee....*suker sukerr

Bagi anugerah pemain paling bernilai (MVP) untuk kejohanan kali ini, ia menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina biarpun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti malam tadi...*owhhh sadiss

Firman membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM30,951).

Sementara itu, selaku juara, Malaysia berjaya meraih wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM309,510) manakala Indonesia yang menjadi naib juara menerima habuan AS$50,000 (RM154,755).

Sepanjang lapan edisi kejohanan, hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand, Singapura, Vietnam dan terbaru Malaysia.

~ ape-ape pun tahniah sekali kepada skuad Harimau Muda kerana membawa pulang piala setelah 14 tahun...tak lupa jugak kepada K. Rajagopal, Jurulatih Harimau Muda dan jugak kepada PM kita sebab bagi C.U.T.I esok (Jumaat 31.12.2010)...*ai likeeeeee

Kredit by: KOSMO 30122010

Nota Hati: debaran sudah berakhir... ;)

2 comments:

armouris said...

tahniah Malaysia! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Orchid said...

Armouris: Kemenangan yang tertinggi dalam tahun 2010...syabas Harimau Muda & K. Rajagopal!..& sokongan 1Malaysia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...