Tersentap terkejut seketika di awal pagi terbaca kisah ini...
Mainan yang sinonim dengan budak-budak baik lelaki mahupun perempuan selain main masak-masak, main guli congkak, police sentri, main sorok-sorok, kawin-kawin...macam-macam ler lagik idea kreatif budak-budak ini..
jom tengok ape yang berlaku baru-baru ini..harian metro hari ini ada melaporkannya..
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menanggung kesakitan apabila diliwat remaja berusia 15 tahun ketika mereka bermain ‘masak-masak’ di rumahnya di Datuk Keramat, di sini, kelmarin.
Difahamkan, remaja berkenaan rakan kepada saudara mangsa yang berkunjung ke rumah mangsa.
Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa dikatakan menjadi ‘isteri’ kepada suspek dalam permainan masak-masak sebelum dia diliwat.
“Kejadian disedari ibu mangsa kira-kira jam 6 petang selepas pulang bekerja apabila anaknya mendakwa sakit pada bahagian dubur.
p/s: biasa kita dengar anak-anak kita suka main masak-masak...iye dolu2 pun kita ada gak main masak-masak jugak..cuma bezanya sekarang ini....sekarang ini budak-budak 'terlebih cerdik'. So berhati-hati dan tengok-tengok kan anak-anak kalian ketika dia bermain diluar bersama kawan-kawannya..terutama yang boleh dikategorikan budak dewasa..
sebagai ibubapa kita tak meminta pekara begini berlaku..tetapi sekurang-kurangnya berwaspada sebelum ape-ape berlaku...sekarang ini kita berasa takut dengan keadaan moral & situasi pada zaman ini...ishhhh mintak dijauhkan lah dari masalah-masalah sebegini...
Kredit by; HM 16122010
Nota Hati: anak-anak adalah penyambung warisan kita...
No comments:
Post a Comment