Monday, November 4, 2013

Tok Gajah Juara Piala Malaysia 2013....Hogoh Pahang Hogoh!!

Setelah 21 tahun menanti, Pahang akhirnya menamatkan kemarau juara Piala Malaysia dengan meranapkan impian Kelantan mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Shah Alam, semalam.

 


Kejayaan Pahang itu bukan sahaja disambut dengan sorakan ribuan penyokong Pahang di stadium, malah pastinya menggembirakan setiap rakyat negeri itu yang menyaksikannya menerusi skrin televisyen yang bersiaran secara langsung.


saat-saat meraikan kemenangan oleh skuad pemain pahang


Sekalung tahniah buat pemain import dari Argentina, Matias Conti yang muncul wira Tok Gajah, apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-58 sudah cukup buat Pahang memahat sejarah merangkul kejuaraan ketiga dalam sejarah penganjuran Piala Malaysia selepas melakukannya (juara) pada tahun 1983 dan 1992.

Dolah Salleh

Di hadapan 85,000 penonton yang membanjiri stadium, anak-anak buah Dollah Salleh sewajarnya layak dinobat sebagai juara berdasarkan aksi yang lebih berkualiti 



seawal petang..ribuan penyokong kedua-dua pasukan telah memasuki memenuhi ruang stadium shah alam..

kelihatan lambakan merah kuning mewarnai stadium...



Sepakan bola dari Azamuddin Akil kepada Matias Conti yang menanduk bola berjaya menjaringkan gol sekaligus menjadikan Pahang Juara Piala Malaysia tahun ini dengan mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga wisel penamat.

Korang tau dok...aku dok depan tv malam tadik.....tak senang duduk nunggu saat-saat terakhir pengadil meniup wisel penamat....rasa nak gie aku pergi masuk padang tolong tiupkan wisel.... :D

Debo-debo rasa sampai nak heart attack aku..hahahahahha..sib baek tak attack..kalau idak..tak dan koi nak nengok dorang julang piala...hakhak  :D



penyokong kuat pahang...steady Dato CT ngan Dato K datang memberi sokongan...berbaloi-baloi walaupun hujan lebat....




Harapan tahun hadapan Pahang mampu mengekalkan kejuaraan piala malaysia...takpun kemenangan piala lain dalam bolasepak malaysia...yang penting..Piala Malaysia adalah King Of  Piala di Malaysia  ;)

Buat Kelantan...tahniah jugak walaupun naib juara....bermain dengan semangat kesukanan....kalah atau menang rezeki masing-masing cuma tahun ini rezeki kepada kami negeri Pahang.

Apa-apa pun paling best..kedua-dua pasukan yang bertarung di final ini adalah PERMATA DARI PANTAI TIMUR....

Kredit:: UM & KOSMO 04112013


Nota Hati: best wooo pahang dpt coti hari nih...tapi aku?...korje sekueknyo...kayuh pelan2


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...