Thursday, September 26, 2013

JJCM:: Nak Baked Pasta kat PAPA JOHN buleh tak?..pelisssssss

Yeaa!!..aku ngaku..aku adalah pengemar pasta.....segala jenis..segala suku sakat spesis pasta....memang tak buleh ditahan-tahan...

terutama spaghetti...perhhhhh...*nulis nih pun dah kecior mulut teman...*lap-lap mulut

Tapi aku nak pesen gini..peten gini...tapi kat PAPA JOHN..buleh?

pelissssssssssss....*wat muka kemek-kemek.......eh silap..cebek-cebek :D

mesti comel kan wat muka cenggitu...hahahahahaha...

*haaahhh ader orang nak 'puiiii' aku ler tewwww....kahkahkahkah ...ai know u..ai saw u!! dun puiii puii me ok..*ngehngehngeh






cuci mata ..tambah berselero bila korang nengok DISINI



Nota Hati: naper arr bowl dia tuh tecik sgt...:'(


Drama Sebabak:: My Omei....yeaaayyy dapat baju baru!!

Ceria jer muka budak nih dapat baju baru kan :D

seperti biasa mommy nya minat kaler merah..so anak adalah mangsa pesen mommynya...ko redha tau omei...hikhik




minggu ntah bila..aku tersasar pergi ke JJ Taman Equine...kunun nak pegi Daiso...nak cari botol roti jala...non hado..*nangess

Last-last member aku terkedek-kedek ngan perut besonya yang maju ke depan tuh.." kak nor...ader baju utk omei..chanteekkk"..mesti akk berkenan..."

erkkk!!...ye ke!!.. *terus teruja

wahhhh santekkk-santekk arr...untuk kucen gegel..seksi meksi design nya....tapi apa kan daya budak debab tuh jantan malaya....so buang impian ko nak pakaikan baju seksi-seksi itewww ok...*senget2 kan idong

Seperti yang korang tau kedai Daiso ini adalah product from korea...semua brang-barangnya dijual dengan harga RM5....dengar murah kan..tapi korang kene pandai pilih barang dengan padanan dengan harganya ok..

kalau kat situ harga RM5..kat luar mendenya yang sama harganya lebih murah,,.ko beli kat luar tau...

ok tersasar lagikk...sambung stori..




taraaaa..merah nyala uols..mak sukerrr!!!...anak lom tentu sukerrr...ahaks!! dulikkk!! hahahahaha :D





omei..jap..mommy nak test-test baju nie..santek tau..nak pakai?

Omei: erkkk...merahhh??!!!...*motip ?

ko jangan manyak songeh mei..nih kaler sebatu dah nampak taw...bersyukur tau...

omei: motip berbatu ngan kaler baju ..dengan bersyukur...ggrgrgrgrgr*terus rasa cam ketam kompius (super spontan astro)




hurmmm...cantikkk nihh...bangun jap..mommy nak sarungkan

Omei: pakai masa tite ngah baring ..tak buleh ke mommy...

jangan manyak cekadak...bangunnn!!..beyat montot yer!!..* bolat mata naga




hemm...ensemm..cantikk

cer senyum sikit mei..nak snap nih

Omei: huhhh!!..da parah mommy aku nih :P



Omei: banyak plak dier snap gambo aku...dah rasa sarung nangka da nie...*mintak nyawa mintak nyawaaaa..pelissssss.....cong meng ngaaaaa....



cer pusing mei..nak nengok..leh tarik baju sampai belakang nih...

haaahhhh!!...tak buleh tarik!!...beso nye ko mei..sendat tak gerak nih!




Omei: tite da cakap..baju nih sarung nangka sendat...nak jugak pakaikan.....sibuk ngan kaler merah dier tuh...huhh!!

aku syak budak nie kene beli baju budak umo 2 3 tahun kot * garu-garu dagu



Nota Hati: next aku usahakan cari baju sesuai...kaler merah jugak!..kahkahkah


Pesta Percikan Cahaya & Dentuman Sempena Pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2013 Di Putrajaya

Seperti yang sedia maklum sebelum ini aku ada kisahkan Pertandingan Bunga Api Antarabangsa yang berlangsung di Putrajaya mulai daripada 31hb Ogos - 2hb Okt 2013 CLICK DISINI
bukan tiap-tiap hari tau ada tarikh-tarikhnya..setiap tarikh..persembahan dari sebuah negara yang dipertandingkan...so nak tau..ko click kat atas yg kaler merah tuh yer anak-anak :P

Untuk candid malam nie..aku sempat snap team china....shoot dari kejauhan ajerrr...sekadar yang nampak..bunyik nya ajer dah gegear sampai ke rumah...rasa nak rabak langit dengan dentuman bunga api tanpa henti selama hampir 30 minit....bestkan?..
So apa lagi pada 02hb Oktober ini ..persembahan terakhir dari team Dubai..penutup pertandingan ini...jangan lepaskan peluang yang julung-julung kali diadakan di sini...
Jom korang layan gambar-gambar yang aku shoot...maaf yer gambo tak bape cantik...tangan pakinson...hikhik


























ok kiter nengok bunga api dari balkoni rumah ajerrr ok..malam nie tak leh pegi hujan daaaa.....


Nota Hati: next team Dubai 2hb


Al-Fatihah....Bekas Menteri Besar Kedah..

 
 
 
Semoga roh Allahyarham di tempatkan oleh Allah bersama-sama roh para mukminin dan solihin....
Al-Fatihah
 


Nota Hati: kembali ke sisiNya..

Wednesday, September 25, 2013

Sirkit Pancing Putrajaya 2013 Pada Hujung Minggu Ini...Macam-Macam Aderr ...jomm!!

Sirkit Pancing Putrajaya Siri 3/2013
dan
Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP)
Sempena Hari Kemerdekaan
Tarikh dan Masa Pertandingan
Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 29 September 2013 iaitu pada hari Ahad (7:30 pagi hingga 12:30 tengahari).
Tempat Pertandingan
Sisiran Tasik Yayasan Kepimpinan Perdana Presint 8, Putrajaya
Hadiah Pertandingan
i. Tempat Pertama  RM 7,000.00
ii. Tempat Kedua RM 5,000.00
iii. Tempat Ketiga RM 3,000.00
iv. Tempat 4-13 RM 200.00
v. Tempat 14 – 20 Hamper
PENDAFTARAN untuk penyertaan pertandingan adalah seperti berikut :
  • Pendaftaran secara ONLINE bermula pada 9 September 2013 dan berakhir pada 25 September 2013, jam 11.59pm
  • Secara WALK-IN di I-Center Dataran Putra, Presint 1 dan Pusat Khidmat Pelanggan (OSC) di Kompleks Perbadanan Putrajaya yang bermula pada 13 – 27 September 2013 (9:00 pagi - 5:00 petang).
  • Di Tapak Pertandingan iaitu di YKP pada 28 September 2013 bermula jam 10.00 pagi hingga tamat masa pertandingan pada 12.30 tengahari, 29 September2013

Waktu urusan PENGESAHAN PENDAFTARAN :
  • Pada jam 12:00 tengah hari, 28 September 2013 (Sabtu) sehingga ke masa pertandingan tamat.
  • Sila pastikan membawa KAD PENGENALAN dan RESIT PENDAFTARAN PESERTA semasa membuat pengesahan.
  • Peserta dibenarkan mendirikan khemah 20m dari tebing tasik dan memasang pancang berbentuk 'Y' pada 28 September 2013 pada pukul 5.00 petang.
  • Acara Sampingan
    • Pesta Buku @ Yayasan Kepimpinan Perdana, 27 - 29 September 2013 (Adnan 03-88858940)
    • Putrajaya Lake and Wetland Explorace, 28 - 29 September 2013. (Normaliza 03-88877146) - [Muat turun Borang]
    • Pertandingan Pidato Spontan (Nawar 03-88858968)
    • Arked dan Permainan Dalaman (Congkak, Catur dan Rubik's Cube) (Niza 03-88858954)
    • Tayangan Kartun di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana (Adnan 03-88858940 / Suliana 03-88858966)
    • Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak pra-sekolah (Suliana 03-88858966)
    • Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (2 kategori, 7 - 9 tahun dan 10 - 12 tahun) (Nik Khusairie. 03-8887 7129) - [Muat turun Borang]
    • Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar (Putri 03-88877632) - [Muat turun Borang]
    • Memancing Udang (Suhailiza. 03-88877281) - [Muat turun Borang]
    Pendaftaran Online [ Klik di sini ]
     
  • HARI TERBUKA YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA 2013 “Belajar dan Berhibur”

    Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 bertujuan untuk memperkenalkan Yayasan Kepimpinan Perdana serta Pustaka Perdana kepada masyarakat umum. Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana dimuatkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
    • Pesta Buku @Yayasan Kepimpinan Perdana (27hb – 29hb September 2013)
    • Pertandingan Pidato Spontan
    • Tayangan Kartun di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana
    • Pertandingan Mewarna dan Sesi Bercerita bagi kanak-kanak pra-sekolah
    • Permainan Dalaman (Congkak, Catur, Rubik’s Cube)
    • Cabutan Bertuah
    • Gerai-gerai Jualan

    Pelawat yang mendaftarkan diri akan juga menjadi ahli Pustaka Perdana secara percuma pada Hari Terbuka. Pendaftaran dibuka pada Hari Terbuka dan meja pendaftaran bertempat di foyer Yayasan Kepimpinan Perdana.

    Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana adalah pada 29hb September 2013 (Ahad), bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang.

     
  • Yayasan Kepimpinan Perdana & Pustaka Perdana

    Yayasan Kepimpinan Perdana ditubuhkan pada tahun 2003 dengan objektif untuk mengarkibkan, menyelidiki serta menyebarkan maklumat tentang Perdana Menteri Malaysia secara khasnya dan sejarah pembangunan negara secara amnya. Yayasan Kepimpinan Perdana merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dan ertubuhan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation). Ia ditubuhkan atas sumbangan ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada syarikat-syarikat swasta tempatan.

    Dari tahun 2005 sehingga kini, Yayasan Kepimpinan Perdana telah berusaha untuk mendigitasikan dokumen-dokumen berhubung dengan sejarah kepimpinan negara, termasuk ucapan-ucapan Perdana Menteri, keratan akhbar, artikel majalah, foto, serta buku-buku lama. Setakat ini, kami telahpun berjaya mendigitasi lebih daripada 500,000 rekod. Kebanyakan daripada rekod ini boleh diakses melalui laman web kami www.perdana.org.my manakala sebahagiannya memerlukan lawatan ke Pustaka Perdana.

    Bagi maklumat lanjut tentang Yayasan serta maklumat untuk menjadi ahli Pustaka Perdana, sila hubungi Adnan (03-88858940) atau Suliana (03-88858966). Yayasan Kepimpinan Perdana dan Pustaka Perdana dibuka Isnin sehingga Jumaat, 8.30am – 5.30pm.

Nota: korang kalau datang sini..meh makan2 di gerai saya yang terletak ditapak karnival pada hari kejadian ok....kita jamu-jamu selera...nak tau menu apa sepecel...jom jom *angkat2 kening sonyum2 ;) :D


Nota Hati: rezeki diberi olehNya...syukran

INFO:: Untuk Pengemar Teh..Jom kenali Jenis-Jenis Teh Yang Korang Minum...

Teh merupakan salah satu minuman yang paling popular di dunia selain air. Ia juga kaya dengan maanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Di sini, kami senaraikan jenis-jenis teh yang mempunyai kebaikannya masing-masing. 



Teh Hitam
Teh hitam mempunyai rasa yang sedikit pahit dan mengandungi kafein yang paling kira-kira 40 miligram per cawan. Mengikut pakar, ia mempunyai kepekatan tinggi antioksidan yang dikenali sebagai 'theaflavins' dan 'thearubigins', yang mana sangat berguna untuk merendahkan kolesterol. Selain itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang yang minum tiga atau lebih cawan teh hitam setiap hari boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 21 peratus. 

Teh Hijau
Teh hijau mempunyai rasa yang lebih halus daripada hitam serta mengandungi kira-kira 25 milligram kafein secawan. Antara kebaikan teh hijau adalah ia penuh dengan antioksidan dipanggil 'catechins', satu kumpulan kecil yang dikenali sebagai EGCG yang boleh mencegah penyakit daripada kanser hinggalah penyakit. Satu kajian juga telah dijalankan dan pakar mendapati bahawa setiap cawan teh hijau yang diminum secara harian boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 10 peratus.

Teh Oolong
Oolong sama dengan teh hitam, tetapi ia diperam dalam masa yang singkat yang mana memberikan lebih rasa. Ia juga mengandungi kira-kira 30 milligram kafein secawan. Mengikut pakar, ia boleh membantu dalam penurunan berat badan. Ini kerana teh oolong mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan 'trigliserida', satu bentuk lemak yang disimpan di dalam sel-sel lemak. Satu kajian menunjukkan bahawa pembakaran kalori bagi wanita yang minum teh oolong adalah lebih sedikit dalam tempoh dua jam berbanding dengan mereka yang minum hanya air.

Teh Putih
Bagi teh putih, daun teh hanya dipilih ketika mereka sangat muda. Jadi teh putih mempunyai rasa yang lebih lembut daripada jenis teh yang lain serta mengandungi kurang kafein, cuma 15 miligram per cawan. Teh putih mempunyai manfaat yang sama seperti jenis teh yang lain dan ia juga berguna untuk latihan kardiovaskular dan pencegahan kanser. Tambahan lagi, beberapa kajian menunjukkan bahawa teh putih sangat berkesan kepada orang-orang dengan diabetes.

Teh berperisa
Untuk jenis ini, tambahan aromatik seperti kayu manis, kulit buah oren dan lavender telah dicampurkan bersama daun teh hitam, daun teh hijau atau daun teh putih. Sebenarnya, teh berperisa mempunyai tahap antioksidan dan faedah kesihatan yang sama seperti teh jenis biasa. Namun begitu, teh yang mempunyai perisa buah-buahan seperti beri biru atau strawberi mungkin mengandungi lebih antioksidan.

Teh Herba
Secara teknikalnya, teh herba bukanlah teh sebenarnya. Ia terdiri daripada beberapa gabungan buah-buahan kering , bunga dan herba serta tidak mengandungi kafein. Walau bagaimanapun, elakkan daripada minum teh herba untuk kurangkan berat badan kerana ia mungkin mengandungi julap yang berbahaya.

Kajian mendapati bahawa minum tiga cawan teh herba setiap hari raya boleh membantu untuk orang dengan tekanan darah tinggi. Selain itu, teh 'chamomile' membantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak manakala teh pudina boleh menenangkan perut yang meragam.


Nota: Aku adalah pengemar teh...dirumah aku minum teh o jer..kat luar baru minum teh tarik...saja dirumah tak mau amalkan teh tarik..nanti aku jadi meroyan asik bancuh teh tarik..so aku buat kawalan sendiri...say no no beli susu ok....ok kan ...hahahahahaha sendirik mau ingat arr kan..not gud


Kredit: Yahoo News 20092013

 
 Nota Hati: tetibe nak minum teh tarik!!!

Wednesday, September 11, 2013

Minggu Yang Gila Asik Masak Lemak Cili Padi Sesajo....

Minggu lepas ko percaya tak selang sehari aku masak lemak cili padi ok

itu bukan buang tabiat...keinginan namanya..hakhakhak

Pergi pasar tani beli ikan merah...bila aku tanya..ikan merah nih bape.."rm40 kak"..arghhh...tertanjat mak nak...nelan ayaq liuq jap....ketar-ketar jari jemari gebus mak nak pilih ikan mahal gini gaya ha...tapi sebab nak ikan nie..beli jer arr...

untuk korang yang tak tahu..ikan merah bila dah dipotong-potong harganya lebih mahal ok....harganya tak sama kalau kita beli ikan merah tuh seekor yer...kalau sekuarga nak makan..elok korang beli seekor...harganya murah sikit...aku nih tak suka beli ikan besar camnie..sebab tak bape nak makan kepala ikan..dalam istilah lain..aku tak pandai nak makan tang kepala...*sedey

ikan merah ini dijual sekor-ekor dan ada yang siap dipotong...so aku amek 2 kelar yang telah dipotong...aku suh potong 2....sebab nmpak terjulur panjang isi ikan nie...so bila sekelar potong 2..dapat 4 kelar yang comel...pandai tak mak nak? *ngehngeh

Balik masak....ok hari nih mak sajer nak wat pedas-pedas....so cili padi memang merah ijau meranum kan...petik cili tak henggat...potong bawang halia serai bagai...siap..ok masak!!

sekali dah suap..lepas makan..amek ko..pijar tangan aku...hahahahhaha...nak sangat pedas kan...pijar ditangan....jangan di bibiaq .its ok...harus jadik terjuih plak..kahkahkahkah :D


apa??!!! tak tau pijar itu ape?!!!...ko pergi google takpun pi tanya mak sekarang....ini ler anak-anak sekarang..pijar pun tak tahu...hish!! :P



sedap tau..ikan fresh dari nelayan kuala selangor



menu kedua...daging masak lemak cili padi + daun pegaga..taruk belimbing buluh...perhhh..sedap gilos!

bila makan..tergeget pegaga..batang pegaga tuh terasa ujung-ujung pahit...tak pe..tuh arr ulam.. ;)


aku beli 4 ikat daun pegaga...nampak banyak..tapi non hado..seikat ..secoit jerr...itu lom pilih-pilih..cari daun yang elok..tolak-tolak tinggal secoit jugak..

potong akarnya...bila dah pilih-pilih..cuci2 bersih beberapa kali...korang leh potong 2...sebab bila masuk dalam kuah nanti..akan melayu daunnya

eloknya lepas masuk pegaga nih..kaco-kaco sebati..tutup api..kira pegaga tuh nampak cantik kehijauan kekuningan dek kuahnya..


selang beberapa berikutnya...wat bubur jagung plak....tergoda sebab kawan fb dari johor masak bubur jagung.....adehhhh mak terjebak nak..

nyudahnya minggu lepas minggu aku menternak lemak sesajer kan...*nangesss


cekodok pisang nie..2 malam lepas..tetibe tingin makan cekodok pisang...nampak jer hitam..tapi rasanya..hurmmm xmau citer arr.....kira habis sepinggan tuh aku ngap sorang...hikhik

cekodok pisang nih..goreng itam-itam garing..tuh yang lagik sedap..jangan plak ko goreng hitam sampai hangit plak ...dari sedap..terus pahit... :P


Nota Hati: makan utk hidup..or hidup utk makan?


Aktiviti Santai Bersama Keluarga Yang Hot Di Putrajaya Pada Minggu Ini....Jom terjah

Seperti yang sedia maklum yang ma adah tahu..pada bulan ini berlangsungnya pertandingan bunga api peringkat antarabangsa dimana sebanyak 6 negara termasuk Malaysia terlibat sama dalam pertandingan ini

Untuk persembahan dari team Malaysia...telah berlangsung pada malam merdeka yang lalu...

setakat ini..team korea yang tercantik...

aku tengok dari rumah pun dah nampak walaupun kejauhan sikit..



Untuk minggu ini team yang akan bertanding selama 3 malam berturut adalah team dari negara Perancis, China Dan AS....letupan bunga api ini berlangsung pada jam 10 malam...

Cuma pada malam 15hb (ahad) bunga api akan diletupkan pada jam 12 malam....kerana apa sebab apa?...hurmmm...tidak dinyatakan...tapi aku agak sebab dibuat jam 12 malam..disebabkan keesokkan harinya adalah cuti umum iaitu Hari Malaysia yang jatuh setiap 16hb September setiap tahun....kira cam meraikan jugak arrr...pandaikan ambil kesempatan...hikhik

persembahan bunga api ini berlangsung dalam masa 25 minit tanpa henti...

wahh kira puashati arr nengok kali ini..bingit arr tinge korang...

snap cantik-cantik taww...


Ok  dalam masa tak sama minggu yang sama...kita jenguk-jenguk anak-anak bulus pulak di Auditorium Cempaka Sari di Kompleks PJH

Bagi pencinta kucing boleh beramai-ramai meraikan pertandingan kucing kali ini...macam-macam jenis baka..macam-macam stailo maylo kucing bila didandankan...

bukan setakat pertandingan dan pameran kucing..tapi ada jugak booth-booth jualan product untuk anak-anak bulus korang...so jangan lepaskan peluang...

aku dah plan nak beli rumput galak kucing untuk omei...bior dia tergolek feel-feel syok bila ngunyah...dah ghupa kene ganja budak tuh bila dapat rumput tuh nanti...hehehehe


 so..jika ada kelapangan masa cuti ini..jom ke putrajaya....setiap minggu disini banyak aktiviti yang dilakukan...kita jumpe disanaaaaa!!! :D


Nota Hati: release tension sekalisekala


Omei Stay Hotel....Boarding Raya

 Sebelum balik raya...budak ini kene boarding dalam seminggu....so duduk sini ramai kawan katanya..

dapat plak kalau duduk sebelah cage awek..maunya gedikss hari-hari...dok usha-usha awek ler kejenya..



 muka baru masuk...biasa ler propa sangatkan ko omei...cam ler tak biasa kan...


sementara tunggu nak check in...cage disiapkan...letak dulu dalam cage biasa dolu...sebab hari ini adalah hari last boarding kucing-kucing,,,masa hantar omei ini selepas berbuka puasa dalam jam 8 lebih

so dapat bayangkan orang adalah meramai nak check in utk boarding time ini...


 omei takot-takot malu-malu awek dok sebelah...puiii!!


budak nih mengedikss sangat...siap wat lentukan camtuh...pasan seksi ler tuh


 budak nin sopan jerr..rasa nak telan jer muka budak nih..gerammm


ini budak obesiti...aku cuit-cuit suh bangun langsung tak mengesot pun..ngiaw pun dengar xdengar ajerr....demokkss sungguh..dapat dukung nih best..padat body dia

pak tam yang bernama tommy


 dasat ko omei..dok dalam bilik ekon...



 bye bye sayang...mommy balik kg yerrr...


ini jiran omei..neelofa nama dia....kalau dah nama kucen neelofa..dah boleh agak....ownernya mesti lelaki..huhh!!...


Nota Hati: seharian bersama dorang semua nih..best!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...