Friday, May 31, 2013

Selamat Pengantin Baru :: Apis & Siti @ 26.5.2013

Sehari selepas kenduri kahwin shahrul...

kali nih jemputan budak opis jugak...pasangan pengantin Apis & Siti...pengantin lelaki adalah rakan sepejabat kitaorang...kepala gegila cam kitaorang gak..

sesapa jenis tahan sentap..jenis gurau kasau tak makan dalam...tinge kene tebal..mulut puaka...leh masuk group kitaorang....tapi kitaorang semua baekkkk yerr...tak joke tak happening arr idop.. :P

Majlis berlangsung di Dewan Komuniti Presint 9, Putrajaya..

semua pose sopan..


 memasing wat aksi mengedikk dan mencomel...hikhik


pengantin diapit musuh tradisi kiri dan kanan...ini kalau jumpe tak sah kalau tak 'bertumbuk bercakau'.. :D




Buat pasangan pengantin...Apis & Siti...semoga korang selamat melayari bahtera kehidupan sebagai suami isteri...kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..ameenn



Nota Hati: minggu nie ada jemputan lagik..

Selamat Pengantin Baru:: Shahrul & Nadia @ 25.5.2013

Minggu sekolah bermula..maka musim orang kawen-kawen pun bermula..setiap minggu penuh dengan jemputan kahwin...cuti sekolah 2 minggu nih 3 orang member opis kawin...tuh baru member opis..belum jemputan dari luar lagi..huhuhu

Pasangan pengantin ini adalah rakan sepejabat kitaorang... ;)

Tempat kejadian adalah di sanunnnn sana...area Batu 9 Hulu Langat...Taman Sri Nanding katanya

mensesat aku berjam mencari jalan hala ke sana....yadoiiii...

pulak area sana memang aku fail..dah tentu-tentu mensesat bagai nak rak mencari jalan...tapi akhirnya jumpa jugak walaupun mood dah ke bad mood...hahahaha

 bersama teman-teman opis...ok pose dengan gaya sopan dan tertib jer semua..;)

 tak sampai seminit...terus pagai sebenar dah tunjuk...hikhikhik...



kek nih 3 tingkat...disebabkan cuaca yang panas di luar..kelihatan cream pada kek agak mencair..


 bila sorang dari pahang bertemu dengan seorang dari selangor...maka bertemu jodoh di putrajaya ;)


Buat Shahrul & Nadia....Selamat Pengantin Baru...semoga kekal sejahtera perhubungan kalian....selamat menjalani kehidupan berkeluarga...bahagia ke hujung nyawa...ameenn



Nota Hati: next entry kawen lgik 

JJCM: Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil...malatop beb!!

Semalam balik dari kejadian musibah yang terjadi kepada sahabat aku di Salak Tinggi..kami balik singgah disini nak pekena cendol bakar yang dikatakan femes emes tuh..

Kejadian musibah sahabat aku tuh..next entry aku ceritakan untuk dikongsi bersama..

Ok sambung bab makan..

Sebelum ini aku nyaris-nyaris niat nak ke Kuala Selangor gara-gara baca entry kt blogger lain tentang kesedapan cendol bakar nih..dengarnya sampai Q panjang...dah tentu kisahnya pun meletop-meletop sana sini orang dok bercerita...

Pada awalnya aku pun berfikiran cam korang gak..arhhh cendol bakar...cendol tuh dibakarkah..pelik pulak..iyer la sebelum ni kita dengar kelapa muda dibakar..itu memang ada..memang dibakar pun..cuma aku tak ada napsu nak menerai kelapa bakar tuh lagi...*sadis

So bila kita dengar camtuh..harus arr teruja kan...kene plak cam aku nih..pantang dengar tempat makan sedap jer..tak sabar nak terjah..

Jom layan apa yang kitaorang makan...nak nak pulak musim panas sekarang...memang heaven makan cendol..


masa kami sampai nih dah jam 2 lebih...so lunchtime kira dah berakhir...so orang Q pun tak panjang sangat...kalau datang waktu orang meramai...nak parking pun jauh sikit..

see..harga yang amat-amat berpatutan kan...

kali nie aku nak menerai cendol durian...bila dah nampak durian jer terus ketaq-ketaq gigil tangan aku tak sabar nk menghirup...hahahahaha

maklum arr..aku nih bab durian..memang tak tolak...



ada jugak jual cucuq udang dan tauhu goreng...bila aku tanya..cicah ngan mende?..dia cakap cicah ngan sos....tapi rasanya kalau dorang wat kuah kacang..ok jugak..so boleh dipelbagaikan ada org suka makan ngan sos ataupun kuah kacang...iyer dok?


ko jangan terkejut...sajer jer aku bagi dengki kat korang...besarkan pic nih..bagi korang terliuq..hahahahha
yang kat atas tuh..limphan durian yang maveles...hmmmm tedapnyeeeee

kene plak makan dalam mangkuk steel camnie...memang best arrr...sejukkkk jerrr

biasa kalau ais sagat nih aku merisau takot ais sagat tuh kasar...tapi ok yg nih halus kisarannya..



memang sedap bangat ok...
Dalam cendol tuh ada nata de coco, selasih, kacang merah, jagung


kawan aku yang teruja makan cendol durian...



 up order cucuq udang 4 ketul (saiz besar gemuk2) sebijik harganya RM1.00

bila cucuq udang nie siap..aku nengok ..alamak disiramnya sos atas cucuq pulak...tak suker tak suker.. :'(

pesai pa aku tak suka?..bila makan lambat nanti cucuq tuh lembik dek kene kuah sos tuh...aku suka makan baru cicah..baru best

cuma yang tak sedapnya kuah sosnya agak manis sikit bagi aku yang bukan pengemar manis-manis...so sesapa yang kurang manis...selepas makan cendol nih..korang leh standby arr mineral bottle ...minum bagi meneturalkan balik..kalau idak tekak ko rasa 'melekit'...itu bagi aku ler kan...cam aku cakap aku kurang bab-bab manis nie..



masa nie orang dah start meramai..masuk jer kedai nie...terus amek order..dan terus bayar...kira self service...tapi pantas ok..zap zip zup..siap!

Kat sini juga ada service drive thru ok...sila percaya....

Tapi jangan pulak ko hot bajet nak order cam mekdi siap ada sound speaker bagai yerr....non hado! Nih kira ko menyidai tepi tingkap kete ko muncungkan mulut nak order then siap terus dia bagi kat tingkap kereta ko..so ko tak payah nak turun bagai dari kereta...jimat masa..

 

 Pandangan dari hadapan kedai

Bagi yang nak tahu jalan mengala ke sini....sapa yang tahu jalan KLIA ikut jalan dengkil sana..kira ikut jalan dalam bukan highway elite yerr.....mesti korang tahukan...kira cam pergi ke Kota Warisan sana...tapi ini kira lepas jer cyber jaya....dengkil....ada flyover...naik terus je...masa nie make sure korang amek line kiri jer sampai jumpa traffic lite...lepas jer ijau lampunya..terus slow pandang kehadapan belah kiri..ko dah nampak banner sebesar gadang berkibar Cendol Bakar...so itulah tempat kejadiannya...

harap korang tak mensesat lagi disesatkan dengan teori tunjuk arah yang aku ajar nih yerr...hehehehe

untuk pengetahuan korang..cendol bakar ini dibuka 7 hari seminggu.....dari jam 11 pagi sampai lebih kurang 7 petang katanya.... so korang weekend-weekend cuti sekolah ni ada masa leh bawak family gie makan cendol...


Nota Hati: Cuti sekolah penuh jemputan kawen..


Friday, May 17, 2013

Senarai Kabinet Malaysia 2013

Senarai kabinet baru yang diperkenankan oleh DYMM Agong pada 15.5.2013.

Info: 
Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui 28 menteri.-BERNAMA





PERDANA MENTERI: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:

(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)


MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)


PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN

JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)
JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG.


Inilah barisan kabinet DS Najib bagi tempoh 5 tahun (2013 - 2018) ....ada muka kekal...muka baru...muka dibaikpulih...apa-apapun selamat berkerja kepada barisan kabinet yang baru dilantik ini...diharap pencapaian dalam organisasi  jabatan/kementerian dibawah seliaan memasing bertambah produktiviti seiring dengan pencapaian KPI yang dilaksanakan...

Tahniah...wait & see KPI dorang plak..*ngehngeh

 * ada muka-muka yg aku rasa  'tak berapa' layak dlm kabinet..tk pe arr..maybe ada perubahan darinya.. ;) * itu pendapat aku..tiada isu2 ok..



Nota Hati: berakhir segalanya slps PRU...dah dok dediam suda!


Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru....Selamat paaaagiiiii cikguuuuuu..:)


pada hari ini ..bertarikh 16hb Mei setiap tahun adalah sambutan Hari Guru...

Selamat hari guru...kepada cikgu-cikgu, teman-teman yang bergelar cikgu...cikgu-cikgu yang telah bersara jugak..semoga usaha, pengorbanan dalam mencurah illmu untuk anak bangsa menjadi kami semua warga yang berjaya...

Tema pada tahun ini 2013 ---- 1ASPIRASI, 1AGENDA


TERIMA KASIH CIKGU!!!!!



Nota Hati: teringat nostalgia lama disekolah..

Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday:: 2/5...Bila Mata Bertentang Mata..Maka Hati Berdebar-Debar

 Biarlah gambar berbicara..... ;)


scandal


Nota Hati: dalam hati ader taman


Candid-Candid Di Majlis Nikah & Resepsi Anak Big Bos.. Tahniah Amal Syazana & Mohd Hafiz

 Jumaat lepas 10.5.2013..berlangsung majlis nikah anak big bos kitaorang...

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Sultan Mizan aka masjid besi..dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin sendiri iaitu bos aku..


serba putih...senyuman selepas bergelar isteri




rakan pejabat yang sama memeriahkan majlis...

bos awal-awal dah bagitau suruh datang rumahnya untuk makan tenghari....so dari pagi kitaorang dh kosongkan perut...hehehehe...

Disebabkan hari jumaat..so masa lunch agak lama... idak ler makan rasa nak tercekik ke hapa kan sebab nak mengejor masa lunch yang singkat kalau hari biasa....so leh makan dengan santai dan damai gitu... ;)

ikan kelisa erk...cantik sangat..warna kuning keemasan....kemain muncung dier..leh sangkut hanger baju..ahaks!

menu yang disajikan...nasi putih, ayam goreng berempah, daging salai masak lomak cili padi, kerabu pucuk paku + tauge + ker ang..sedap!! & ikan sepat masin ...ouhhh heaven...masakan ala kampung camnie...


pencuci mulut...red velvet, honey dew tembikai..ada buah oren jugak 

ini kuih qasidah namanya...first time aku nengok dan makan...my bos cakap..ini adalah kuih tradisonal negeri ganu (bos berasal dari ganu)...kuih nie rasanya lemak manis ..ujung-ujung ada rasa rempah...

aku biasa ler jamah sikit jer buat syarat..sebab nak rasa kan...lagi satu aku kuih manis-manis kureng sikit...sebab tuh pavlova aku tak leh makan...manisss sangat


ruangan dessert...atas kuih qasidah..bawahnya kuih talam sagu.. atasnya gula merah bawahnya sagu campur kelapa sikit...
 masa nie ..banyak kukis ..soklat dh abes...so cam biasa..aku bab manis kureng...nak amek kukis tuh pun aku nengok ada badam...so kekacang memang aku xleh makan....nak nengok muka aku bengkak...kulit aku gatai-gatai...terai la makan...trus jadik hulk nanti..hehehehe

rumah bos nie terletak bersebelahan dengan tasik cruise..berhadapan persisir pejabat PM...tepian tasik gittewww...view yang cukup cantik

masa balik siap kitaorang nengok rumah-rumah banglo area sini..siap kitaorang bertotal..baper ler harga rumah area sini kan...juta tuh dah tentu...mesti berjuta2...uishhh gigil dengar harga camtuh...sampai pencen pun ahkak xmampooo beli dik!

wajah kedua mempelai..pic nih semasa dorang bertunang


so sweet... ;)

jom  layan majlis resepsi yang diadakan di Dewan Seri Endon, Presint 10 yang berlangsung pada hari Sabtu 11.5.2013






 jalan menuju ke dewan utama...my fren siap jadi model penyambut tetamu..hiks









 laluan turun pengantin dari bilik persalinan khas pengantin dari tingkat atas...


 cute ..sweet & nice

cenderahati dari pengantin......

yeahhh akhirnya dapat telo rebus dari pengantin di majlis ini....sebab sebelum ini aku pergi jemputan dah semakin 'hilang' telor pengantin yang begitu senonim dengan majlis perkahwinan masyarakat melayu kita dahulu-dahulu kan....

Dolu-dolu masa kecik-kecik kat kampung..kalau mak abah pergi jemputan kawin..siap aku pesan nak telo pengantin...bila dorang balik..aku tukang kumpul bunga-bunga pahar tuh then kuarkan telo tuh dari kain net...amek kicap taruk dalam piring..kupas telo..cicah ngap!!

Ntah arr..aku paling suka kalau dapat telor pengantin..kalau makan tuh..sedapppp ajerr..cuba rebus sendiri...rasa ken macam..tak sama..aura pengantin kot tuh pasai sedap...hahahahaha...nak nak taruk kicap...walaaaaa heaven ok!

Buat my big bos...terima kasih Dato' dan keluarga...memang terbaek arr majlis ini..sebab kitaorang anak-anak buah boleh lepaking lelama sambil pot pet dan makan2..banyak gila pilihan makanan...budak-budak paling suka sebab ada bar candy... ;)


Nota Hati: Next cuti sekolah berula..makan jemputan kawen menguasai diri...



Nota Hati: next candidi majlis resepsi

Tuesday, May 14, 2013

Apaaa ader BOM!...dalam opis kami!! OMG...

Jam 8.35 pagi pada hari ini 14.5.2013..kami dikejutkan dengan panggilan mengatakan ada bom di bangunan ini...ingatkan memain budak-budak nie...kebakaran ke hapa...tapi dorang cakap.ada bom...wahhh serius bunyinye nie...

Maklum arr tengah-tengah 'hot' semua perkara dalam malaysia nie kan selepas PRU...

tapi bila semua diarahkan keluar dari bangunansecepat mungkin...baru tahu ini bukan cobaaannn...


 ini contoh pic bom..aku pun tak pasti bom jenis apa yang dikatakan diletakkan di bangunan opis kami ini...hanya lakaran semata-mata ;) * ehsan pakcik google


bila dah keluar measing angkut bag bagai...aku boleh bawak hp ajer..yang lain aku tinggalkan...buleh? hikhik

sekali keluar pelbagai spekulasi aku dengar dari staff-staff...

katanya one officer mendapat mendapat panggilan mengatakan ada bom di istana kehakiman ini...



ketua hakim negara yang cool ...steady Tun..


very faster polis sampai bersama unit pencegah bom K9


sementara menunggu dorang siasat...jom layan dorang-dorang nie...mengila time-time camnie semua cam hepi...sebab kerja tergendala...hehehehe..* bukan selalu beb



masa nie matahari dah start naik..kitaorang dah kepanasan menunggu depan opis...dibawah pokok memasing dah penuh dengan orang...lawyer-lawyer pun aku nengok dah bukak jubah..berpeluh-peluh... ;)


 punyer lama nunggu sampai aku leh ngira bape banyak kapal terbang wat lintasan hormat depan aku... :D


ok itu airbus...kaler biru kat ekor..besar giler...


 bunga yang cantik dilihat ..tapi tidak pada namanya...cer teka munge apa nih...hikhik


akhirnya kami dibenarkan masuk semula ke opis jam 11.30...perhhh berpeluh keti bagai..rasa nak mandi...masuk opis.trus mintak nyawa...dah berekon..aku kuatkan kipas lagik...hahahaha
 


Nota Hati: akhirnya..bom pelsu...hampehh sapa yg wat onar nih..grgrggrgr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...