Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

INFO:: Mengenali Nama Pelik Pokok...Itulah Hakikatnya Nama Sebenarnya

 Jom kita mengenali jenis-jenis pokok ini...


Nama Pokok: Pokok Ajaib

Walaupun buah ini sebenarnya tawar..tapi selepas kita makan sesuatu...selepas itu akan menjadi manis (selepas 2 jam) *faham dok?..tak pahe..mung gi click tumbesaran kt gambo tuh yer

Khasiatnya: merawat demam, buasir, batuk, malaria, kencing manis
Kandungan gula pada buah tersebut juga amat berguna untuk pesakit kencing manis.


Nama Pokok: Lemon Telor Buaya

Khasiatnya: tidak diketahui...menurutnya buah ini kulitnya boleh dibuat acar...kulitnya yang tebal..malah rasanya tak masam seperti limau katanya


Nota Hati: yang pelik-pelik memang memelikkan..tapi tak salah untuk mengetahuinya


Thursday, September 26, 2013

Al-Fatihah....Bekas Menteri Besar Kedah..

 
 
 
Semoga roh Allahyarham di tempatkan oleh Allah bersama-sama roh para mukminin dan solihin....
Al-Fatihah
 


Nota Hati: kembali ke sisiNya..

Wednesday, September 25, 2013

Sirkit Pancing Putrajaya 2013 Pada Hujung Minggu Ini...Macam-Macam Aderr ...jomm!!

Sirkit Pancing Putrajaya Siri 3/2013
dan
Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP)
Sempena Hari Kemerdekaan
Tarikh dan Masa Pertandingan
Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 29 September 2013 iaitu pada hari Ahad (7:30 pagi hingga 12:30 tengahari).
Tempat Pertandingan
Sisiran Tasik Yayasan Kepimpinan Perdana Presint 8, Putrajaya
Hadiah Pertandingan
i. Tempat Pertama  RM 7,000.00
ii. Tempat Kedua RM 5,000.00
iii. Tempat Ketiga RM 3,000.00
iv. Tempat 4-13 RM 200.00
v. Tempat 14 – 20 Hamper
PENDAFTARAN untuk penyertaan pertandingan adalah seperti berikut :
  • Pendaftaran secara ONLINE bermula pada 9 September 2013 dan berakhir pada 25 September 2013, jam 11.59pm
  • Secara WALK-IN di I-Center Dataran Putra, Presint 1 dan Pusat Khidmat Pelanggan (OSC) di Kompleks Perbadanan Putrajaya yang bermula pada 13 – 27 September 2013 (9:00 pagi - 5:00 petang).
  • Di Tapak Pertandingan iaitu di YKP pada 28 September 2013 bermula jam 10.00 pagi hingga tamat masa pertandingan pada 12.30 tengahari, 29 September2013

Waktu urusan PENGESAHAN PENDAFTARAN :
  • Pada jam 12:00 tengah hari, 28 September 2013 (Sabtu) sehingga ke masa pertandingan tamat.
  • Sila pastikan membawa KAD PENGENALAN dan RESIT PENDAFTARAN PESERTA semasa membuat pengesahan.
  • Peserta dibenarkan mendirikan khemah 20m dari tebing tasik dan memasang pancang berbentuk 'Y' pada 28 September 2013 pada pukul 5.00 petang.
  • Acara Sampingan
    • Pesta Buku @ Yayasan Kepimpinan Perdana, 27 - 29 September 2013 (Adnan 03-88858940)
    • Putrajaya Lake and Wetland Explorace, 28 - 29 September 2013. (Normaliza 03-88877146) - [Muat turun Borang]
    • Pertandingan Pidato Spontan (Nawar 03-88858968)
    • Arked dan Permainan Dalaman (Congkak, Catur dan Rubik's Cube) (Niza 03-88858954)
    • Tayangan Kartun di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana (Adnan 03-88858940 / Suliana 03-88858966)
    • Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak pra-sekolah (Suliana 03-88858966)
    • Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (2 kategori, 7 - 9 tahun dan 10 - 12 tahun) (Nik Khusairie. 03-8887 7129) - [Muat turun Borang]
    • Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar (Putri 03-88877632) - [Muat turun Borang]
    • Memancing Udang (Suhailiza. 03-88877281) - [Muat turun Borang]
    Pendaftaran Online [ Klik di sini ]
     
  • HARI TERBUKA YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA 2013 “Belajar dan Berhibur”

    Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 bertujuan untuk memperkenalkan Yayasan Kepimpinan Perdana serta Pustaka Perdana kepada masyarakat umum. Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana dimuatkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
    • Pesta Buku @Yayasan Kepimpinan Perdana (27hb – 29hb September 2013)
    • Pertandingan Pidato Spontan
    • Tayangan Kartun di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana
    • Pertandingan Mewarna dan Sesi Bercerita bagi kanak-kanak pra-sekolah
    • Permainan Dalaman (Congkak, Catur, Rubik’s Cube)
    • Cabutan Bertuah
    • Gerai-gerai Jualan

    Pelawat yang mendaftarkan diri akan juga menjadi ahli Pustaka Perdana secara percuma pada Hari Terbuka. Pendaftaran dibuka pada Hari Terbuka dan meja pendaftaran bertempat di foyer Yayasan Kepimpinan Perdana.

    Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana adalah pada 29hb September 2013 (Ahad), bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang.

     
  • Yayasan Kepimpinan Perdana & Pustaka Perdana

    Yayasan Kepimpinan Perdana ditubuhkan pada tahun 2003 dengan objektif untuk mengarkibkan, menyelidiki serta menyebarkan maklumat tentang Perdana Menteri Malaysia secara khasnya dan sejarah pembangunan negara secara amnya. Yayasan Kepimpinan Perdana merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dan ertubuhan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation). Ia ditubuhkan atas sumbangan ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada syarikat-syarikat swasta tempatan.

    Dari tahun 2005 sehingga kini, Yayasan Kepimpinan Perdana telah berusaha untuk mendigitasikan dokumen-dokumen berhubung dengan sejarah kepimpinan negara, termasuk ucapan-ucapan Perdana Menteri, keratan akhbar, artikel majalah, foto, serta buku-buku lama. Setakat ini, kami telahpun berjaya mendigitasi lebih daripada 500,000 rekod. Kebanyakan daripada rekod ini boleh diakses melalui laman web kami www.perdana.org.my manakala sebahagiannya memerlukan lawatan ke Pustaka Perdana.

    Bagi maklumat lanjut tentang Yayasan serta maklumat untuk menjadi ahli Pustaka Perdana, sila hubungi Adnan (03-88858940) atau Suliana (03-88858966). Yayasan Kepimpinan Perdana dan Pustaka Perdana dibuka Isnin sehingga Jumaat, 8.30am – 5.30pm.

Nota: korang kalau datang sini..meh makan2 di gerai saya yang terletak ditapak karnival pada hari kejadian ok....kita jamu-jamu selera...nak tau menu apa sepecel...jom jom *angkat2 kening sonyum2 ;) :D


Nota Hati: rezeki diberi olehNya...syukran

INFO:: Untuk Pengemar Teh..Jom kenali Jenis-Jenis Teh Yang Korang Minum...

Teh merupakan salah satu minuman yang paling popular di dunia selain air. Ia juga kaya dengan maanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Di sini, kami senaraikan jenis-jenis teh yang mempunyai kebaikannya masing-masing. 



Teh Hitam
Teh hitam mempunyai rasa yang sedikit pahit dan mengandungi kafein yang paling kira-kira 40 miligram per cawan. Mengikut pakar, ia mempunyai kepekatan tinggi antioksidan yang dikenali sebagai 'theaflavins' dan 'thearubigins', yang mana sangat berguna untuk merendahkan kolesterol. Selain itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang yang minum tiga atau lebih cawan teh hitam setiap hari boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 21 peratus. 

Teh Hijau
Teh hijau mempunyai rasa yang lebih halus daripada hitam serta mengandungi kira-kira 25 milligram kafein secawan. Antara kebaikan teh hijau adalah ia penuh dengan antioksidan dipanggil 'catechins', satu kumpulan kecil yang dikenali sebagai EGCG yang boleh mencegah penyakit daripada kanser hinggalah penyakit. Satu kajian juga telah dijalankan dan pakar mendapati bahawa setiap cawan teh hijau yang diminum secara harian boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 10 peratus.

Teh Oolong
Oolong sama dengan teh hitam, tetapi ia diperam dalam masa yang singkat yang mana memberikan lebih rasa. Ia juga mengandungi kira-kira 30 milligram kafein secawan. Mengikut pakar, ia boleh membantu dalam penurunan berat badan. Ini kerana teh oolong mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan 'trigliserida', satu bentuk lemak yang disimpan di dalam sel-sel lemak. Satu kajian menunjukkan bahawa pembakaran kalori bagi wanita yang minum teh oolong adalah lebih sedikit dalam tempoh dua jam berbanding dengan mereka yang minum hanya air.

Teh Putih
Bagi teh putih, daun teh hanya dipilih ketika mereka sangat muda. Jadi teh putih mempunyai rasa yang lebih lembut daripada jenis teh yang lain serta mengandungi kurang kafein, cuma 15 miligram per cawan. Teh putih mempunyai manfaat yang sama seperti jenis teh yang lain dan ia juga berguna untuk latihan kardiovaskular dan pencegahan kanser. Tambahan lagi, beberapa kajian menunjukkan bahawa teh putih sangat berkesan kepada orang-orang dengan diabetes.

Teh berperisa
Untuk jenis ini, tambahan aromatik seperti kayu manis, kulit buah oren dan lavender telah dicampurkan bersama daun teh hitam, daun teh hijau atau daun teh putih. Sebenarnya, teh berperisa mempunyai tahap antioksidan dan faedah kesihatan yang sama seperti teh jenis biasa. Namun begitu, teh yang mempunyai perisa buah-buahan seperti beri biru atau strawberi mungkin mengandungi lebih antioksidan.

Teh Herba
Secara teknikalnya, teh herba bukanlah teh sebenarnya. Ia terdiri daripada beberapa gabungan buah-buahan kering , bunga dan herba serta tidak mengandungi kafein. Walau bagaimanapun, elakkan daripada minum teh herba untuk kurangkan berat badan kerana ia mungkin mengandungi julap yang berbahaya.

Kajian mendapati bahawa minum tiga cawan teh herba setiap hari raya boleh membantu untuk orang dengan tekanan darah tinggi. Selain itu, teh 'chamomile' membantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak manakala teh pudina boleh menenangkan perut yang meragam.


Nota: Aku adalah pengemar teh...dirumah aku minum teh o jer..kat luar baru minum teh tarik...saja dirumah tak mau amalkan teh tarik..nanti aku jadi meroyan asik bancuh teh tarik..so aku buat kawalan sendiri...say no no beli susu ok....ok kan ...hahahahahaha sendirik mau ingat arr kan..not gud


Kredit: Yahoo News 20092013

 
 Nota Hati: tetibe nak minum teh tarik!!!

Wednesday, June 26, 2013

Apa Dosa Aku... ;'(

 Budak didera bapa tiri....aduhhh kesiannye... ;'(



KUALA TERENGGANU - Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.

Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah.

Bagaimanapun, penderitaan anak sulung daripada tiga beradik itu berakhir jua selepas dia berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, seorang pegawai JKM berusia 41 tahun telah menghubungi Balai Polis Gong Badak, 

kira-kira jam 4.30 petang memaklumkan kejadian malang yang menimpa kanak-kanak terbabit bagi mendapatkan bantuan untuk ke lokasi kejadian.

Manoharan berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kanak-kanak malang itu didapati berada dalam keadaan yang amat lemah dengan kesan kecederaan di seluruh badan, dipercayai didera sebelum pemeriksaan lanjut turut menemui kesan bengkak di kedua-dua belah kaki mangsa dan melecur pada bahagian kaki sehingga bernanah serta dijangkiti kuman.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan calar di seluruh tubuh mangsa, lebam di mata dan di mulut serta terdapat kesan cucuhanpuntung rokok pada perut mangsa.

“Selain didera dan dikurung, mangsa yang boleh bertutur dengan baik mengadu kelaparanselepas tidak diberi makan dan minum sejak beberapa hari lalu," katanya.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Siasatan awal mendapati mangsa didera dan dikurung bapa tirinya yang dikahwini ibunya berusia 29 tahun sejak 10 bulan lalu selepas kematian bapa kandung kira-kira dua tahun lalu.

“Kami difahamkan semasa mangsa diselamatkan, ibunya berada di HSNZ untuk mendapatkan rawatan tangannya yang patah, dipercayai akibat didera suspek," katanya. Manoharan berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai membawa isteri bersama dua lagi anak tirinya itu, masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, lari dari HSNZ sebaik menyedari perbuatannya terbongkar.

"Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini berjaya ditahan di sebuah rumah di Rumah Awam Kos Rendah, Gong Badak, di sini, kirakira jam 12 tengah hari, semalam.

“Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke HSNZ bagi pemeriksaan lanjut, sementara ibu mangsa juga dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Semasa ditahan, suspek dan juga ibu mangsa didapati positif dadah methamphetamine," katanya.


Kredit : SINAR HARIAN:: 26062013


Nota Hati: mereka tidak mengerti apa-apa..:'(

 

Monday, June 10, 2013

Musibah Tanpa Dijangka...Api Bila Kecil Menjadi Kawan..Besar Menjadi Lawan

Kejadian ini menimpa rumah baru kawan aku...kawasan perumahan baru Taman Mawar Salak Tinggi sanun....baru menduduki kira-kira 5 bulan yang lalu

masih terasa-rasa bakso nyer ketika menghadiri jamuan makan-makan sempena masuk rumah baru dulu...

agak terkejut bila mendapat berita rumah beliau kebakaran jam 12 pada hari kejadian...dengan keadaan cuaca yang panas terik..tambah lagi dengan api yang cepat maraknya

kira bernasib baik student-student poli yang tinggal menyewa berdekatan disitu sempat membantu sikit-sikit memadamkan sementara bomba sampai...

Syukur alhamdulillah anak-anak beliau semuanya selamat...



semuanya berpunca dari bilik anak perempuannya..bilik sara...

Habis keseluruhan  bilik nih hangus tanpa boleh diselamatkan lagi...segala pakaian , perabot buku-buku sekolah semuamya hangus.. :(

setakat nih punca dikenalpasti..litar pintas


bilik kedua anak lelakinya...biliknya selamat cuma rekahan pada dinding yang bersebelahan bilik anak perempuan yang terbakar itu jelas kelihatan merekah...tandanya bahang kepanasan api yang marak mengakibat retak keseluruhan bilik ini..


Ini laluan tangga untuk naik ke tingkat atas...nampak tak warna hitam itu...ok itu bukan cat kaler hitam ok...itu adalah kesan bahang api kira cam gelaga api...suku dari dinding tuh bertukar warna...siling tingkat atas semuanya bertukar warna hitam...


master bedroom...bilik nih selamat..korang nampak kesan-kesan hitan berjalur tuh..itu adalah kesan dari bahang api...nampak macam cat dinding tuh mencair kan..elok jer jalurnya..dah ghupa wallpaper ;)


nampak tak kesan hitam kat almari tuh..kalau lambat nih sure terbako jugak almari nih..


laluan ke bilik anak perempuan...rosak teruk siling..pecah-pecah..maybe meletop kot


tinggal kerangka besi siling jerr...dengan tangkai kepala kipas yang dah hangus ...


 rak-rak buku ...meja study musnah


nak gak interprem ini olang..aiyaaa :P


forensik kebakaran datang setelah kebakaran dapat dikawal sepenuhnya...ala-ala CSI


 kebakaran ini melibatkan tingkat atas rumah...alhamdulillah keadaan tingkat bawah selamat


nengok tuh kipas yang 'mencair' akibat kepanasan melampau dari kebakaran bilik sebelah



ini bukan pesen kipas terbaru ok...:P


Dalam kita berhati-hati berjaga-jaga..kita tak pasti musibah yang bakal melanda pada kita...walaupun pahit untuk ditelan...walaupun sakit untuk menerima ketentuan seperti ini...kita redha...sekurang-kurangnya..orang-orang tersayang milik kita terselamat dari musibah ini...kehilangan mereka tiada galang gantinya...  :(



Nota Hati: first time nengok sendiri kebakaran dpn mata

Friday, May 17, 2013

Senarai Kabinet Malaysia 2013

Senarai kabinet baru yang diperkenankan oleh DYMM Agong pada 15.5.2013.

Info: 
Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui 28 menteri.-BERNAMA





PERDANA MENTERI: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:

(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)


MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)


PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN

JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)
JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG.


Inilah barisan kabinet DS Najib bagi tempoh 5 tahun (2013 - 2018) ....ada muka kekal...muka baru...muka dibaikpulih...apa-apapun selamat berkerja kepada barisan kabinet yang baru dilantik ini...diharap pencapaian dalam organisasi  jabatan/kementerian dibawah seliaan memasing bertambah produktiviti seiring dengan pencapaian KPI yang dilaksanakan...

Tahniah...wait & see KPI dorang plak..*ngehngeh

 * ada muka-muka yg aku rasa  'tak berapa' layak dlm kabinet..tk pe arr..maybe ada perubahan darinya.. ;) * itu pendapat aku..tiada isu2 ok..



Nota Hati: berakhir segalanya slps PRU...dah dok dediam suda!


Tuesday, May 14, 2013

Apaaa ader BOM!...dalam opis kami!! OMG...

Jam 8.35 pagi pada hari ini 14.5.2013..kami dikejutkan dengan panggilan mengatakan ada bom di bangunan ini...ingatkan memain budak-budak nie...kebakaran ke hapa...tapi dorang cakap.ada bom...wahhh serius bunyinye nie...

Maklum arr tengah-tengah 'hot' semua perkara dalam malaysia nie kan selepas PRU...

tapi bila semua diarahkan keluar dari bangunansecepat mungkin...baru tahu ini bukan cobaaannn...


 ini contoh pic bom..aku pun tak pasti bom jenis apa yang dikatakan diletakkan di bangunan opis kami ini...hanya lakaran semata-mata ;) * ehsan pakcik google


bila dah keluar measing angkut bag bagai...aku boleh bawak hp ajer..yang lain aku tinggalkan...buleh? hikhik

sekali keluar pelbagai spekulasi aku dengar dari staff-staff...

katanya one officer mendapat mendapat panggilan mengatakan ada bom di istana kehakiman ini...



ketua hakim negara yang cool ...steady Tun..


very faster polis sampai bersama unit pencegah bom K9


sementara menunggu dorang siasat...jom layan dorang-dorang nie...mengila time-time camnie semua cam hepi...sebab kerja tergendala...hehehehe..* bukan selalu beb



masa nie matahari dah start naik..kitaorang dah kepanasan menunggu depan opis...dibawah pokok memasing dah penuh dengan orang...lawyer-lawyer pun aku nengok dah bukak jubah..berpeluh-peluh... ;)


 punyer lama nunggu sampai aku leh ngira bape banyak kapal terbang wat lintasan hormat depan aku... :D


ok itu airbus...kaler biru kat ekor..besar giler...


 bunga yang cantik dilihat ..tapi tidak pada namanya...cer teka munge apa nih...hikhik


akhirnya kami dibenarkan masuk semula ke opis jam 11.30...perhhh berpeluh keti bagai..rasa nak mandi...masuk opis.trus mintak nyawa...dah berekon..aku kuatkan kipas lagik...hahahaha
 


Nota Hati: akhirnya..bom pelsu...hampehh sapa yg wat onar nih..grgrggrgr

Wednesday, April 3, 2013

Wordless Wednesday:: 1/4



Tarikh hari ini Rabu 03.04.2013 -->> PARLIMEN DIBUBARKAN...





Nota Hati: saya memilih _/ mengundi!! :D

Thursday, March 28, 2013

Jom Naik Belonnnnn....5th Putrajaya Hot Air Balloon 2013

Yeayyyyy....dier da mai dahhhhh...yeepiii yepiiii :D *shuffle

Mulai hari ini 28 - 31 Mac 2013 akan berlangsungnya 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta  2013

Jom kita naik belonnnnnn...



Nak naik belon meowwww arrrrr....mesti omei sukaaa nih..

Belon meoww nih hot-hot lagik tau...snap pagi tadi..baru nak torbang...


 Tahun nie intai-intai ada rupa paras belon yang baru-baru arrr...Malaysia masih mengekalkan belon Kedah Darul Aman & Tune Talk ( kaler merah rupa belon cam simcard) :P




 Kredit: FB DACM, Presiden Perbadanan Putrajaya

Untuk maklumat lanjut mengenai fiesta hot ballloon nie...nak tau tiket naik belon dan aktiviti-aktiviti lain...sila korang click DISINI


Tahun nie Putrajaya penuh dengan event-event...next pesta floria (tema tahun nie orkid)*wink wink ...next International Firework....bestt!!!


Nota Hati: tak sabar tunggu Floria..ngengenge :P


Friday, March 22, 2013

Bila Ally Iskandar Ber'purple...1Million Purple Walk 2013:: Part 1

 Toleh-toleh eh eh eh cam kenal mamat nie...rupanya Ally Iskandar TV3...hahahahaha

Ketika ini adalah program 1Million Purple Walk 2013 yang berlangsung pada 17.3.2013 di Dataran Putrajaya yang dirasmikan oleh YB Perdana Menteri..

Aku sajer jer tempek gambo-gambo Ally nih ngan pengacara perempuan nie sapa erk..*maaf yea enggak ketahuan namanya :P

Masa camera hala ke aku..cepat-cepat alihkan muka...kang terkejut plak omak den kek kampung nengok anak dio yang comel kuar telebisen...

kang tak pasai-pasai..den dapek kol..omak den tanyo..nih ha omak nampak ekau kek tibi ha..buek apo kek sano....apo den nak jawab laie ha...tapi ok arr den dapek shoot dari jauh jer arrr...

 Jom layannnzzz kan ajerrr yerr...



Berlintas langsung dalam segmen Malaysia Hari Ini di TV3







penutup majlis ada artis.....Stacy & Fran ...tapi masa nie aku dah beransur nak balik...sebab matahari dah berpinau mata aku.....walaupun jam baru kol 10 pagi

bro nie sporting bila stacy ajak dia naik pentas ..siap gelek tuh tak menahan...
sesekali dorang hiburkan hati...




bye fran...gua tak sempat nengok u nyanyi abes...gua blah dolu ye..


Nota Hati: next entry!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...