Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Apa Dosa Aku... ;'(

 Budak didera bapa tiri....aduhhh kesiannye... ;'(



KUALA TERENGGANU - Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.

Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah.

Bagaimanapun, penderitaan anak sulung daripada tiga beradik itu berakhir jua selepas dia berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, seorang pegawai JKM berusia 41 tahun telah menghubungi Balai Polis Gong Badak, 

kira-kira jam 4.30 petang memaklumkan kejadian malang yang menimpa kanak-kanak terbabit bagi mendapatkan bantuan untuk ke lokasi kejadian.

Manoharan berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kanak-kanak malang itu didapati berada dalam keadaan yang amat lemah dengan kesan kecederaan di seluruh badan, dipercayai didera sebelum pemeriksaan lanjut turut menemui kesan bengkak di kedua-dua belah kaki mangsa dan melecur pada bahagian kaki sehingga bernanah serta dijangkiti kuman.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan calar di seluruh tubuh mangsa, lebam di mata dan di mulut serta terdapat kesan cucuhanpuntung rokok pada perut mangsa.

“Selain didera dan dikurung, mangsa yang boleh bertutur dengan baik mengadu kelaparanselepas tidak diberi makan dan minum sejak beberapa hari lalu," katanya.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Siasatan awal mendapati mangsa didera dan dikurung bapa tirinya yang dikahwini ibunya berusia 29 tahun sejak 10 bulan lalu selepas kematian bapa kandung kira-kira dua tahun lalu.

“Kami difahamkan semasa mangsa diselamatkan, ibunya berada di HSNZ untuk mendapatkan rawatan tangannya yang patah, dipercayai akibat didera suspek," katanya. Manoharan berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai membawa isteri bersama dua lagi anak tirinya itu, masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, lari dari HSNZ sebaik menyedari perbuatannya terbongkar.

"Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini berjaya ditahan di sebuah rumah di Rumah Awam Kos Rendah, Gong Badak, di sini, kirakira jam 12 tengah hari, semalam.

“Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke HSNZ bagi pemeriksaan lanjut, sementara ibu mangsa juga dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Semasa ditahan, suspek dan juga ibu mangsa didapati positif dadah methamphetamine," katanya.


Kredit : SINAR HARIAN:: 26062013


Nota Hati: mereka tidak mengerti apa-apa..:'(

 

Thursday, December 1, 2011

Al-kisah perihal Nasi Kerabu....bagaimanakah nasinya berwarna membiru lagi menawan

Nasi kerabu yang begitu popular di negeri pantai timur terutamanya dari negeri Kelantan.
warna nasinya membuatkan ianya nampak kelainan untuk masakan ini..



-> kepada orang-orang kelate mana2 yang aku ade info tertinggal lauk atau bahan2 yang dicampur dalam nasi kerabu sila maafkan yerr..sebab aku adalah budak baru belajar..*tetibe kan

Ada jugak lauk iringan jika korang suka...ada ikan goreng tepung (biasanya ikan kembung), daging bakar or ayam goreng...tapi kalau korang nak taruk lauk pauk lain pun tak kisah..ikut tekak memasing kan.. itu yang aku lihat dijual di sini lah (KL)...mesti tak sama di kelantan kan..iyer dok?..adatlah orang niaga ma ;)

okey..jom kita tengok info-info mengenai sejenis bunga yang membuatkan nasi itu berwarna membiru...layannnzzz

sharing is caring rite? :)

bunga kacang telang dari sumber Mad Isyak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pasti ada penggemar nasi kerabu yang masih tidak mengetahui bagaimana nasi tersebut boleh berwarna biru. Sebenarnya, warna biru tersebut datangnya dari sejenis bunga yang dikenali dengan nama kacang telang atau lebih dikenali dengan nama bunga nasi kerabu oleh penduduk di Kelantan. Bukan setakat di Malaysia, pewarna biru daripada bunga kacang telang ini juga popular di Asia Tenggara.

Kacang telang atau nama botaninya clitoria ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan.

Tanaman ini berasal dari Asia yang beriklim tropika khatulistiwa, tetapi telah diperkenalkan ke Afrika, Australia dan Amerika. Tumbuhan ini akan membaik subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) serta memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk membesar.

pokok kacang telang

bunga kacang telang

bunga kacang telang

Ciri-ciri yang paling ketara tentang tanaman ini adalah bunga-bunga hidup yang biru tua atau ungu kebiruan dengan tanda kuning muda di tengah-tengah bunga, mekar sepanjang tahun. Saiz bunganya adalah sekitar 4 cm panjang 3 cm lebar. Ada beberapa jenis bunga telang yang menghasilkan bunga yang berwarna putih. Buah kacang telang berukuran 5 - 7 cm, polong mendatar dengan 6 hingga 10 biji dalam polong masing-masing. Kacang telang boleh dimakan setelah matang.

bunga dan buah kacang telang

Kacang telang membaik dengan cara keratan batang atau biji. Tumbuh sebagai pokok anggur atau menjalar, sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman untuk pasu gantung. Bagi mereka yang ingin menanam tumbuhan ini, terdapat cara untuk menyemai biji benihnya. Caranya adalah dengan merendam biji benih tersebut ke dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk menanam melalui keratan batang pula, caranya adalah dengan menyemai batang dalam pasir yang lebap dan pastikan airnya mencukupi. Setelah hidup segar, tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Khasiat perubatan bagi wanita

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana memmpunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkam dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.

Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.

Menyuburkan rambut

Sejak turun temurun, kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.

Mengurangkan sakit kepala

Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.

Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia. Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.

Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

Pewarna makanan dan fabrik

Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut.

TQ:: Kredit & Copy Paste dari : Laman Seri @ Bawang Goreng ;)
extra kredit: encik Wikipedia

Nota Hati: Sharing is caring rite?.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...