Friday, February 19, 2010

Karnival 'Wow!' Putrajaya 2010...Jom kita naik hot air balloon


Sepanjang 2 hari ini bermula esok Sabtu & Ahad (20-21 feb 2010) berlangsungnya Karnival 'Wow!' Putrajaya sempena Hari Wilayah yang jatuh setiap tahun pada bulan februari...macam-macam acara diadakan 2 hari berturut-turut dari pagi sampai ke malam..mana yang rajin tuh bertunggu tangga ler kat sini...dun wori..parking melambak2...larat tak larat jer korang menapak nanti.

So mana2 yang ada kelapangan masa dan waktu silalah berkunjung ke Putrajaya...mak apak leh bawak anak-anak...pangkat atuk ngan nenek pun leh joint..kengkawan seteru..housemate..tunangan..pakwes makwes korang yeaa....aku tau mesti korang baca pun mata bersaiz kuyu-kuyu jer kan. Entah nampak ker idak program tuh kan...so aku ngah rajin naip detail setiap acaranya niee...* sila puji aku..ekekeke

20 Feb 2010 (Sabtu)
8.00-9.00 pg - Tarian Cuti-Cuti 1 Malaysia
8.00 - 11.00 pg - Hot Air Balloon * leh naik tau..tp bayar ler..murah je
10.00 - 12.00 tgh - Majlis Perlancaran
12.00-1.00 - Persembahan Tradisional/Kebudayaan
2.00-3.00 ptg - 'Fun Game ' bersama media
3.00-4.00 ptg - Persembahan Sekolah
4.00 - 5.00 ptg - Dikir Barat
6.00 - 9.00 mlm - Hot Air Balloon * leh naik gak..suasana malam plak
8.00 - 11.00 mlm - Konsert "Wow! Putrajaya"
9.45 - 12.00 mlm - Pertandingan Auto Sallon/Motor Show (Persiaran Perdana)


21 Feb 2010 (Ahad)
8.00 - 9.00 pg - Senamrobik
8.00 - 11.00 pg - Hot Air Balloon * ado laie

10.00 - 12.00 tgh - Keroncong/Jigsaw Puzzle & Magic Show

12.00 - 1.00 ptg - Persembahan sekolah

2.00 - 3.00 ptg - Cheerleader

3.00 - 4.00 ptg - Rhythm & Grooves

4.00 - 5.00 ptg - Nature Drum

5.00 - 6.00 ptg - Banghra Dance


Big Boys Toys
Gerai Jualan & Makanan * i likeeeeee
Futsal
Konsert * nape tak jemput FT/Tok Ti...sob sob.. i suker dia laaaa
Wall Climbing
Sukan Rakyat
macam-macam adaaaaaa lagikkkk...

so...kita jumpeee disanaaaaaaaaaa...

Nota Hati:..arap-arap health aku baik ler esok lusa tulat nih

Segala Jenis KungFu

Sejak sebulan dua nie aku dah kemaruk lunch jer mesti order kt cafe opis aku nie menu nih..siap mintak akak tuh lebihkan sayur lagikk....sehinggakan jiran rukuntetangga opis aku pun dah tahu menu aku tiap kali lunch hour...

Kalau aku tak order menu nie..ada rasa kepelikkan kat dorang gamaknya kan.

aku lebih suka kueyteow lagikk dari yee mee..tapi disebabkan arinie kuyteow abeh..maka bertukar angin plak abek yee mee...keras sket la..huh!

so arinie aku sambung lagikk...nanti 2 hari aku tak dapat makan my feveret nih kan...zasss layannn jer la bab-bab makan nih yeaaa korangg..

zoommm lebih dekat...uiiii selera jer kan..

Nota Hati: aku dah jadik kurang makan nasik plak skg nie..

Tea Three Layer...slurrpp slurrp bunyiknyerrr...

rupa paras sebelum dikacau

Kerana keinginan menguasai akal fikiran aku semalam..duk hok asik terkenang-kenang minuman ini...after opis aku dah tercungguk kat kedai mamak presint 9 pekena ayor nih...

tahap gaban punya kick....bikin leleh ayor liuq i tell korangg..

akan ku kenang saat meng'slurrpppppp....

Nota Hati: capai suda keinginan...next?

Thursday, February 18, 2010

Cuti yang menyakitkan..meresahkan..memboringkan...

Hari ini aku kembali bertugas untuk melangsaikan tugasan yang tertunggak di atas meja opis aku nie setelah diserang demam & batuk-batuk disepanjang cuti 4 hari baru-baru nie...orang sibuk berjenjalan diluar...terdampar atas katil berselimut..walaupun cuaca diluar paneh menyengat tapi dalam bilik berselibung. Melangkah kaki ke ruang tamu pun dah berbahang rasanya...baik aku duk diam2 dalam bilik pasang ekon..tido tido tido..ikutkan tekak asik nak makan jerrr tapi tekak dok perit...sib baek omak abah ado datang...ada gak orang membantu ketika anaknya berkeadaan begini..thanks mak abah!..luv u!

Kejadian berlaku minggu lepas after opis petang rabu..terus ke emergency HPJ....doc yang duty plak si cute iras liyana jasmy ko..dia kenal aku..aku kenal dia.."wahhh..very pemelier nama u laaa..ekeke..leh dia cakap gitu kt aku..heh!. sebab sebelum nie dia penah mencheck aku masa admit ward last year..mesti ler ingatkan udah 2 week ngadap aku tiap-tiap hari kan..tiap2 pagi amek darah jer...sob sob sob...tapi aku suka dia...sbb soft spoke...muka manis jerrr...

Then semalam check up kat Hospital Serdang ..so doc zamri bagi mc..suruh rest kt umah..boring ma duk umah..dah bengap kepala aku...mentelaah plak omak abah sudah balik kg...tinggal ler aku ngan omei kat umah..dia pandang aku..aku pandang dia jer nyudahnya

So hari ini sekian kalinya pepagi aku tengok fail-fail untuk hearing next month bertimbun-timbun baik ateh meja mahupun ateh troli...gile ko aku nak ngabehkan sehari nie...so langkah pertama aku asing-asing fail-fail mengikut ke'urgent'nan date nya...kematu jejariku non stop menaip dari pagi tadi..

Nanti-nanti lah aku updatekan blog aku nie..agak kegilaan bz sampai esok nie..sure nye la..
korang kalau tengok aku statik tak gerak-gerak tuh..faham-faham jer la... kene la plak ngan motonya " saya yang menurut perintah"..tak gitu..ish!

Nota Hati: flu plak coming suda..adoyaiii

Monday, February 8, 2010

Selamat Pengantin Baru...Asreeq & Abby

Sabtu 6/2..jam 11 aku bertolak ke Melaka memenuhi undangan perkahwinan anak kepada arwah ex-bos aku dulu Allahyarham Tuan Basir Abu Shah...kira nie menantu pertama...tapi arwah tak sempat melihat anak bujangnya naik pelamin...Allah lebih menyayanginya..al-fatihah..

Isteri arwah bekerja di MOF...sehingga sekarang masih berkontek-kontek bertanya kabar dengan aku...aku teringat dulu..dia pernah cakap...."walaupun arwah (ex-bos aku) tak ada lagi...jangan pulak awak putus hubungan dengan akak yeaa."..terharu aku mendengar kata-katanya dulu...

pengantin diarak

tetamu adalah meramai..tema kaler hijau..sana sini sunun semuanya ku lihat ijauuuuu (intro ala-ala lagu zainal abidin gayanya..hehe)

mempelai tersenyum..sudah ada tanggungjawab selepas ini sebagai ketua keluarga..

pengantin perempuan dari raub, pahang

suka tengok pulut kuning nie..dilayer selang seli ngan rendang...so ko makan tak payah duk nak mencicah ngan rendang bagainya..

kalau kenduri kawin..mesti ada udang panjat pokok nenas kan..tapi kali nie aku tengok udang berkawan rapat ngan telo burung puyuh..ekeke

cuppies menjadi pilihan..trend sekarang

Nota Hati: rindu dihati..

Asam Podeh Daging Tetel....ummmpphh!!

Disebabkan dorang ada baca dalam blog aku sebelum nie pasal masak memasak ikan patin asam podeh..nyudahnya aku diugut sekali lagik untuk memasak menu nie..daging tetel masak asam podeh...

agak-agaknya kan kalau aku pencen nanti..leh bukak kedai makan asam podeh kut....amin aminnn doa-doakan yeaaa...i likeeee

kali nie masa blen cili tuh aku up kan lagik ngan cili padi...kasi berasap telinga sket..

bersama sayur kacang buncis + bunga kobis & udang & tauhu...

Sekali pandang cam aku hancurkan telor kan...tapi sebenarnya tauhu yeaa..aku suka hancur-hancurkan kasar2 sebelum masuk sayur tuh..sebab kalau potong kuib-kuib biasa tuh....ada jer yang duk pilih tak makan...budak-budak pasal makan sayur leh meroyan kita..tak mau makan nyeee..kalau dah hancur nie..nak tak nak kene kaut sekali...

p/s - aku elergik kalau makan sayur yang ada pecah/isi telo...memang aku tak makan..

Nota Hati: Suka masak bila ada orang nak makan....kalau masak tapi makan nya idak..memang nak kene seligi tuh..ahaks!

Tido itu nikmat yang tak terhingga..

yeaa..nikmat tak terhingga..kene plak kira baru lepas makan..harusnya cam dipanggil-panggil jerrr...dan dan mata tak leh nak bukak..kena plak cuaca sojukk..harussss.. Si Omei nie bila tido jer...macam-maca stail...kejap tido manjang..kejap bergulung..kejap terkangkang...kejap terlangkup..cuma tak duduk berdiri jerr..kalau dia buat aksi sebegitu..jawabnya aku pitam terkejuitt lerrr...

time aku tgok tibi..nak gak duk nyelit sebelah..

Nota Hati:..bijak bijak kucen ku ini..

Ayah jenis apakah ini meliwat anak sendiri yang berusia 5 bulan...

PETALING JAYA 6 Feb. - Hanya mereka yang bernafsu binatang sahaja sanggup membunuh seorang bayi secara kejam.

Baru berusia lima bulan, bayi malang yang tidak tahu apa-apa itu meninggal dunia dipercayai akibat didera dan diliwat oleh manusia berhati binatang.

Berdasarkan bedah siasat terhadap bayi lelaki itu, terdapat kesan kecederaan di badan, termasuk di bahagian dubur yang dipercayai akibat perbuatan liwat.

Bayi malang itu pada mulanya dibawa oleh ibu bapanya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan selepas mendapati anak mereka dalam keadaan 'nyawa ikan' pada kira-kira pukul 9 malam, 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bagaimanapun selepas diperiksa, bayi itu disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Menurut laporan doktor, terdapat kesan lebam dan cedera pada tubuh bayi malang itu, termasuk kesan diliwat," katanya ketika ditemui pada majlis mesra rakyat penduduk kawasan Subang Perdana di sini hari ini.

Berikutan itu, kata Arjunaidi, polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 19 tahun yang merupakan ibu bapa kepada bayi malang tersebut.

Kata beliau, pasangan itu yang tidak mempunyai anak lain, ditahan sehari selepas kejadian, iaitu pada 1 Februari lalu di sebuah tanah perkuburan di Sungai Buloh, dipercayai selepas mengkebumikan anak mereka.

Beliau berkata, pasangan itu yang bekerja di bahagian percetakan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

"Tempoh tahanan reman mereka sepatutnya tamat hari ini. Polis telah memohon lanjutan tempoh reman sehingga 12 Februari depan bagi membantu siasatan," jelas beliau.

Menurut Arjunaidi, polis tidak menolak kemungkinan bapa bayi itu adalah suspek utama dalam kes liwat dan penyebab kematian bayi tersebut.

p/s kredit by UM bth 07022010.

Nota Hati: hukuman mati jerrr orang jenis camnie...orang ke? huh!

Friday, February 5, 2010

Selamat Bersara Yang Arif Dato' Seri GSR..

Jasa dan tunjuk ajar kata-kata semangat dan nasihat Yang Arif akan dikenang dan dipupuk disemaikan dalam tugasan mendatang...telah 2 kali aku menerima undangan Yang Arif untuk jamuan sebegini..ditempat yang sama..tempat kuda katanya...sonang kat sini suasana nyer amat privacy.

makan tempat kuda..nak tak nak kene snap gambo kuda

padang berserta palang-palang tempat kuda memain lompat-lompat...sebab time nie kuda ngah tido...petang kang bru leh sambung main lompat-lompat katanya..hehe

Ini suasana sebahagian jamuan yang diadakan di Kelab Ekustrian Putrajaya..hanya terdapat 20 tetamu yang hadir....kelihatan Yang Arif hari ini dikelilingi bagai selebriti plak..kejap-kejap bergambar..yang penting tetamu wanita adalah meramai...wahhh gituuu...lelaki ado jugak hanya 5 orang jerr..itupun dorang dah blah awal..sbb menunaikan tanggungjawab hari jumaat kekdahnya kan..

yang diraikan..Yang Arif Dato' Seri GSR
sedang mempamerkan cenderahati yang diterima

okey kita layan..segmen makan-makan kitaorang plak....makanan adalah melazatkan sampai sengkak perut dibuatnya..aku asik duk berulang coktail nya sajokk....tapi gambo non hadooo..lupo sebab tekun menghirup...hehehe

menu-menunya..sweet sour fish, butter prawn, ayam asak lomak cili api, kurma daging & sayur Aloo Ghobi (ermmm..first time aku dengo nama sayur sebegini..)

Seafood Tomyam

kerabu mangga yang menyentapkan tekak

segala jenis kerabu, kepok udang & papadom, salad buah, ikan masin, sambal tempoyak, sambal belacan bagai...ado gak caramel, puding mangga, buah-buahan, agar-agar...minuman paneh & sejukkk

masa untuk kembali semula ke opis...mereka bertiga nie adalah ex-bos aku...YBhg Datuk Hasnah Dato' Mohammed Hashim (CR), Yang Arif Datin Zabariah Yusof & Yang Arif Dato' Has Zanah Mehat

Nota Hati: next tahun aku pun akan pencen gakkk..tapi lamo laie daaaaa...umo masih mudo belia..ekekeke

Tuesday, February 2, 2010

Keajaiban Bulan Febuari...


Welcome February 2010!!!


Nota Hati: ada sesapa yg sambut besday 29hb?..uii ciannyaaaa

Hari Wilayah 2010...Coti deret 3 hari...

Semalam cuti hari wilayah..campur coti sabtu ahad..bersamaan 3 hari..melepak duk umah sajokkk....2 hari aku menjadik bibik dirumah sendirik..sehari menjadi mem besau dirumah sendirik...siap silang panggung mak kt umah..ekekeke

Bendera wilayah persekutuan
Tema Hari Wilayah 2010 - 'Satu Wilayah Persekutuan, Maju & Sejahtera'

Penubuhan Hari Wilayah Persekutuan diwartakan pada 1 Febuari 1973, udah masuk 36 tahun sudeh...di Putrajaya diwartakan pada 1 Febuari 2001..ianya merangkumi 3 wilayah..Kuala Lumpur, Putrajaya & pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16.4.1984...ketiga-tiga wilayah ini diumumkan cuti umum setiap 1hb setiap tahun kene ingat nih..manatau ada kuiz...monang makcik..dapat tanah sekangkang kera kat putrajaya nih pun udeh kayo makcik ha..Antara aktiviti yang ado dalam bulan ini seperti...Pesta Air Putrajaya akan diadakan pada 20/2 bertempat di Kompleks Sukan Air Presint 6...segala jenis permainan dan acara berkaitan dengan air diadakan..ada pertandingan perahu panjang, tarik tali perahu, sukaneka air..bagai-bagai lagik arr..janji ada kene mengena ngan ayor..takan main ngan tanah plak kan..larik subjek gitu ;)

Untuk peminat-peminat futsal jgn lepaskan peluang menyaksikan Pertandingan futsal pun ado pada 20/2 di Persiaran Perdana (tapak pasar tani) Presint 2

Pesta Belon Udara Panas kembali lagiii...

Pada bulan depan Mac, pada 18-21 Mac jgn lupo datang sini Pesta Belon Udara Panas sama-sama naik belon yeaa....boleh ler bawak pameli2..anak-anak...opah atuk..pakwe-makwe korang naik belon plak..tapi belon nih tak leh sampai ke Sabah plak yerr..hahaha.

Hari nie start berkoje sekuek yo..next 26hb coti lagikkk..yeiiihaaaa..

Nota Hati: jemputan kawin sampai ujung bulan nunn di utara..punah diet mak..adoiyaii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...