Wednesday, March 30, 2011

Umai D'Lake Cafe Putrajaya...

Lunch hari ini kami berongeng geder2 ke Umai D'Lake Cafe ditepian tasik sanun....

Ekceli Umai Cafe sebelum nih pernah ada mentender cafe kat opis kitaorang...makanan adalah super duper sodap...cuma itulah jodoh tak panjang di IK nih..huhuhu

Sejak ketiadaannya....selero kitaorg terpakso 'berlari' ke branch Umai di presint diplomatik sana plak (deret ngan Perodua & bank rakyat)... eii naik berulang aku makan kat situ...lauk pauk untuk lunch memang malatop..terutama kari..perhhh..giles siot..sanggup menapau lagik bwk balik..hehehe

So ini mau cerita Umai ditepian tasik sana...tempat nih adalah meluas sungguh..2 tingkat...kira ko leh bersantai2 lebih-lebih tanpa gangguan riuh-riuh....tenghari ada masakan tersedia dan ala-carte jugak...harga amat berpatutan...tak ado taraf2 charge hotel bagai kay...still masih mampu untuk org-org cam kami.. ;)

Jom tgok ape yang kitaorang makan tadik... ;)

nasi goreng paprik

Mee bandung...yang bukannya dtg dari Bandung yer buk..hikhik

kueyteow kungfu...harus aku sama bersilat makan nie..

3 pilihan ikut tekak memasing... teh tarik, limau panas & cincau ais

ada gak kek & roti bagai rasa dan bentuk.. ikut selero memasing

western pun ado...i likeee ;)

pandangan hadapan Umai D'Lake Cafe...cafe amatlah besar dan luas..so untuk sesapa yang berhajat untuk wat party besday pun boleh

berdekatan dengan masjid sultan mizan aka masjid besi


ini ape erk...arah angin eh

dun risau bab parking-parking yer...parking amatlah melaut....sampaikan bas pun leh park kat sini...kapal selam jer tak buleh..hahahaha

so..sapa-sapa yang nak menerai tuh..sila ler datang ke sini...korang jangan cakap plak aku nih dibayar ke hapa...sekadar berkongsi..tak salahkan... ;)

korang leh terjah Umai D'Lake Cafe facebook untuk keterangan lanjut.

Nota Hati: JJCM lagikkk

Tuesday, March 29, 2011

Pemandu wanita berbahaya?

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.

Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

Kredit: UM 29032011

Nota Hati: tak semua wanita sebegitu..

Sunday, March 27, 2011

Siapa peminat tegar kopi & roti bakor di KLuang Rail Coffee?..angkat tangan!! ..sebelum itu baca n3 nih dolu..

Kopi Kluang RailCoffee Sah Ada Gelatin Babi

kopi kluang railcoffee
*click utk tumbesaran..


Dari dulu aku selalu dengar kehebatan kopi & roti bakar di stesen keretapi Kluang nie...sampai masuk majalah 3 di TV3....jelajah TMJ pun sempat singgah disini.

My fren siap bercerita kesedapan roti bako nyeee....

korang dah baca news kat atas nie....pilihan terletak ditangan anda...

Kredit: beautifulnara

Nota Hati: bakar roti sendirik jerrr....semerbak satu opis.. ;)

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011....jommm kita memberi sokongan untuk bergolap selama satu jam sajokkk..

26.3.2011 @ 8.30 - 9.30 pm...

SWITCH OFF...your lights for only one hour


Bersama-sama kita jayakan/memberi sokongan dalam kempen ini yang diadakan setiap tahun ini....well sejam..sudah menjimatkan bil letrik korang...wpun xbanyak....yang penting sekurang-kurangnya kita berganding bahu menyambut baik usaha mereka-mereka dalam melaksanakan kempen ini...*clap clap clap!!

Nota Hati: romantika d'amor ai tgok tv dalam dlm golap..hehehehe

Thursday, March 24, 2011

3-year-old boy in China weighs nine stone...

London, March 23 (ANI): A three-year-old boy in China, who weighs nine stone, is giving a tough time to his parents.

Lu Hao is dangerously overweight, and at 9st 6lb is five times as heavy as other boys his age.

He is getting so big his family are frightened of him - and have given up trying to stop the youngster from gorging on huge plates of ribs and rice.

His parents claim he throws vicious tantrums if he doesn't get third or fourth helpings of dinner.

"We have to let him be as if we don't feed him he will cry non-stop," the Sun quoted mum Chen Huan from Dashan, Guangdong Province, as saying.

She said she has tried to cut down his meals in the past, but despite her best efforts he still managed to put on whopping 1.5st in the last year alone.

He has already been banned from nursery over fears his size might be a danger to other children, and usually plays alone at home.

Moving around is becoming tougher and tougher for the toddler, whose weight means he gets out of breath easily.

Ironically when Lu Hao was born he was underweight, at 5.7lbs, but he started piling on the pounds at three months old, and hasn't stopped since.

Dad, Lu Yuncheng, who struggles to pick him up, said: "His appetite is so good that for a meal he can eat three big bowls of rice, even larger than I and his mother." (ANI)

Kredit: yahoo news.

Nota Hati: kecik-kecik dah camni...ciannn :(

Bekpes hari ini...Nasi goreng cili padi ...from my small kitchen

Disebabkan ada kejadian ngeri semalam berlaku*(aku ada publish dalam FB)....hari ini pepagi sesubuh adam aku dah bangun....untuk alarm yang kedua kalinya berbunyi (first alarm kol 6, 2nd alarm kol 6.15) baru ler terpisap-pisap turun katil....itupun amek mood menung2 tapi mata still terpejam....hehehehe

Lalu melangkah dgn gigih masuk dapur masak untuk sarap....masak extra..ada lebih kita jamu-jamukan kepada kengkawan...iye dok?

Nasi goreng cili padi *perhhh nangess ko!..nugget, telo goreng mata + buah betik..

sekian. ;)

Nota Hati: apakah roh memasak suda mari? lalallala

Wednesday, March 23, 2011

Misi mencari Uncle Bob....

Hehehehe..tajuk tak leh blah kan...cam ler aku wat jejak kasih mencari seseorang yang dipanggil uncle bob kannn...

nama jer uncle bob...tapi rupa paras adalah ayam yang seksi gitu...

Uncle Bob ini ada dijual di pasar tani disini setiap selasa & jumaat....digerai ayam goreng uncle bob adalah meramai....Q adalah panjang....dolu mula2 niaga sekeping Rm5...sekarang dah RM5.50..huhuhu

ada 2 perasa...ori & pedas. Aku tak suka yang pedas...sebab serbuk cili tuh bikin aku tersedak dan rasa pijar sikit kat tekak...*tekak mengediksss kan

taraaaaa..dalam gengaman...

misi kedua...pekena kueyteow hongkong...wpun aku tak penah sampai or lebih tepat takan sampai punya ke negara HongKong sanun itteww....maka menu yang ada ujung-ujung nama pun boleh lah... ;)

yang ini diorder dikedai makan kesukaan aku...restoren sukaramai sana...sebelum ini aku penah membuat n3 pasal restoren ini...murah dan sedap! my mak dan abah pun suka makan kt sini..abah aku yang cerewet bab makan pun boleh cakap sedap...camner tuhh...hehehehe..

Nota Hati: misi JJCM akan diteruskan... ;)

Lunch yang membuatkan ko rasa tercekik.....tersedak!

Lunch yang dimaksudkan...

semangat aku nak makan ikan bakar tak leh tahan-tahan...dalam putrajaya nie susah nau nk dapat ikan bakar..hati dah terbayang satu kedai ini. Bukan tak penah pegi...dalam setahun tuh ada ler beberapa kali pergi. Tapi lunch semalam betui2 buat aku bulat2 biji mata bila ditunjukkan bil masa nak membayornya...

nasi, paru sikit, beberapa gelung sotong tepung (juz nk rasa sikit), telo itik masak lomak (my feveret), ikan kembung bakor + limau panas...total RM20.60

*aku rasa kalau KFC dinner set pun tk sampai rm20...makan kat rasamas pun ..abek ayam separuh ngan nasik satu set pun tk sampai rm20...adoiyaiii


plan asal teringin nak makan ikan pari bakor..sampai2 dah abes katanya....amek jer la kembung nie....tapi tk best..keras isinya..terlampau masak sangat jadik keras isinya ikan tuh...

lunch di kedai simpang kg abdullah baginda sana...korang rasa berbaloi tak?...bagi aku sungguh tak masuk dek akai...aku tak tahu bape dia charge ikan tuh...lain2 lauk tuh agak2 bape lah...

hati dok merungut ngan my fren...sbb dia pun terjebak sama...dia abek 1 ekor kan kembong bakor, telo asin separuh, bayam sejemput + air masak sajokk...total Rm10...hikss

Nota Hati: aku ingat kecelakaan jer bikin trauma...makan pun leh trauma

Sunday, March 20, 2011

Cerita 1: Penghijrahan Irma Hasmi.....Cerita 2: Seksi yang terlampau Miera Liyana

Penghijrahan baru Irma Hasmi...

alhamdulillah...penampilan terbaru selepas pulang mengerjakan umrah baru-baru ini Irma telah bertudung...sweet sangat...

Rugi la ko nabil...wat perangai lagikk...*lu pikir la sendiri

Gossip kedua:

Korang nampak ape yang aku nampak kat budak nie?

Miera Liyana...artis muda ni penah berlakon dalam drama bersiri Kamelia Katrina di Astro tak lama dulu....dia yang berlakon memegang watak adik kepada Elyana...


Ketika wartawan GUA menanyakan penampilan sebegini...ini jawapan dier...

Saat ditanya, tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon drama Kamelia Katrina memberitahu wartawan Galaksi, “Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan.”

Kalau korang nak dengar penjelasan lebih Miera, jangan lupa tonton Galaksi minggu depan di TV9, 9 malam.

Kelainan ler sangat kannn...lu pikirlah sendiri!!

Betul jugak stekmen Wardina " artis kita tidak boleh dijadikan ikon"..tak semua....tapi disebab salah seorang sebegini maka semuanya terkena tempias...

Ape2 pun tak sabar aku nak nengok Galaksi minggu depan...hikhikhik

Kredit: Budiey , Beautifulnara

Nota Hati: Dunia artissssss...

Friday, March 18, 2011

Hot Ballon 2011 kembali lagi di Putrajaya....jom jom naik belonn

Hot-hot dari oven gambar-gambar ini...

Dalam perjalanan ke opis pagi ini (18.3.11 @8.00am) sampai saja dijambatan sana...aku terlihat satu permandangan yang cantik sangat bila kelihatan belon-belon berterbangan berbagai warna dan rupa melalui atas masjid sultan mizan (masjid besi)...merentasi tasik putrajaya...uiiii cantik cantik cantikk koo!!!...wahhhhh teruja nyee akuuu!!

sanggup aku berhenti kt tepi snap jap..cuma pakai camera hp jer la...gambar adalah tidak mencantik tak cam camera besau kann*tetibe bermotipkan...huhuhu

Kini hot ballon kembali lagi..setiap tahun rutin pesta ini diadakan...Mulai 17hb Mac semalam pesta hot ballon telah berlangsung...berakhirnya hari ahad ini...so jangan lepaskan peluang..

korang yang ada masa free tuh bawak anak-anak..mak ayah..tunang..pakwess..makwess...kekasih hati..kekasih golap ke...meh datang sini...kita naik belon...jangan ko tanya bape rega tiketnya sebab aku sendirik pun tak naik lagi..*owhhh cedehhhh

perlu diingatkan...nak naik belon..pastikan datang seawal pagi yea...klu idak harus ko tanamkan sifat kesabaran yang jitu..Q adalah memanjang...

tahun ini aku perasan belon-belon adalah sangat-sangat cantik dan berbagai rupa paras...semua gempak-gempak...tak cam tahun sudah-sudah...maybe dah ramai syarikat/negara luar sana turut serta pada kali ini...ini adalah kali ketiga ianya diadakan disini.

jom layannnnn....

yang penting ada doraemon...belon kucing pun ada..tapi tak sempat snap..sebab dah terbang jauh masa ini*keciwaa

bertebaran ko terbang kan.. ;)

badut pun ado...

cute nyeee..






doraaaa..eemaunnnnnnnnnnnn...lalallalala*feel2 lagu doremon



kredit info: BH 18032011..... click kt sini

Nota Hati: bila PPJ nk wat pesta bunga api antarabangsa erk..

ABC Tanjung yang femes di Pantai Kelebang Melaka

first aku nak cakap...sentapppppppp!!...walaaaaaaaa mantoppppp sodappppp!!

naip n3 nih pun dah kecur bila ingat hirup sup tulang hot-hot dr dapur.....yumii yumiii

Tak heran ler sebelum nih aku dengar cerita pasal ujung-ujung nama tanjung nie...ghupanya gerai nih penah masuk paper ko....haruslah kan kalau dah masuk paper..sure gelemer & sodap..iye dok?

Ingat n3 aku pasal aku menginap di Shah's resort sana...dihadapannya ada rumah melaka yang cantik itu?...yeahhhhhh

gerai nie betul-betul bersebelahan dengan rumah melaka yang cantik ala-ala kaler pink tuh...kalau ko datang dan terpandang shah's resort blah kiri....sebelum ko sampai shah's resort dalam 100 meter tuh harus ko toleh ke balah kanan...sure ko nampak kete dah berparking-parking dibahu jalan..berderet-deret menyenget2...haaa itu ler gerainya..dibawah pokok yang merendang....sejuk jer mata memandang

tempatnya biasa-biasa sahaja..gerai....ko buleh makan..pekena ABC or hirup cendol..perhhhhh...nyaman tekak

jom tengok ape yang kami order...nampak jer sikit menu...udah semua pakat abek menu yang sama kan..harus aku tayang yang maveles saja....setakat teh o panas, teh tarik....tak mao aku nk publish kay..hishh

ini ler yang punca femes...sebab itu digelar ABC Tanjung...aku tak makan..sebab still batuk-batuk time nih..harus berpantang kan...tapi aku tengok dorang dok kemam kepal2 berserot-serott abc nih kemain sampai licin...*serot-serot yedut straw bukan pe sajer dengki dorang kat aku kan...

nih plak coconut shake...mavelesss hingga ke titisan terakhir!!...aku rasa ujung sudu jer nak abek rasa kang kempunan plak......masih sedar diri tak leh lelebih beb.*ciannn aku

korang tengok..berwap-wap skrin camera aku nak snap sup nih..tuh maknanya didatangkan masih panas-panas lagikk...

sup tulang ini diisi dalam periuk tanah...so hot hot. kira nk menghirup tuh meniup ler dolu.....amaran keras tiup dulu sup tuh....kang melecur bibir anjelina jolie ko tuh

bestnya pakai periuk tanah nih..tahan lama kepanasan sup itu..jadik kalau ko makan dalam 5 minit..sup tuh masih terasa panas-panas suam gitu

selain sup diisi dalam periuk tanah nie..mee kari jugak dorang mengunakan periuk ini...bagus arr tokey gerai nie..kurang-kurang makanan kita tak cepat sejuk...*clap clap clap

dalam-dalam batuk..tak sedar diri lagi tuh.....tekak nak makan mee goreng....mmg sodapp!!....bila aku cakap mee nih sedappp...dan dan memasing kacau aku punye mee...eiii putus suap aku..hehehe

ulang tayang sup nih..sebab nampak menyelerakan...sajer nak mendengki bagi korang terliuq..hahahaha*kijamm aku

Sekian watamat pasal jejalan kt melaka...jejalan kat bandar & tempat bersejarah ada..tapi tak banyak gambar...sbb tuan tanah tak bape sihat..banyak duk dalam kete sajokk...next aku plan nak ke sana lagikk

Nota Hati: nama jer batuk2..tapi selero semedang ado..cena? cube cite cube cite...

Thursday, March 17, 2011

Cuti-cuti di Melaka...misi cari kupang lagi!!

Mula-mula keterujaan aku nk letak gambar nih dolu...
cantikkan rumah nih....rumah di negeri melaka adalah sinonim dengan rekabentuk sebegini...comel jerrr ;)

walaupun pesat membangun ketika ini di melaka....namun kita dapat melihat lagi rumah-rumah tradisional...aku suka rumah-rumah gayak gini...kecik2 comel..kalau ko tengok dari luar.. nampak cam kedudukan bumbung rendah sikit kan....bila dah masuk tak ler rendah sangat...elok jer kalau ko berdiri tak mana terhantuk kat syiling ke hapa...

satu lagi aku berkenaan corak-corak batu kat tangga tuh...sangat2 klasik..dah leh tahu semua rumah camtuh ..rekabentuk tangga sama jerr...kuncup dari bhg atas kembang bawak ke bawah...time raya leh letak pelita kt bucu atas batu kt tangga nak naik tuh...cantikk

yang membuat aku terpesona rumah nie sebab catnya pink kaler...bersih..pokok-pokok bunganya teratur jerr. Dengan pasu2 ko dia cat kaler pink...huhuhu xmenahan kayy

aku sempat snap dari dalam kete sajerr....nk snap kuar dekat2..segan plak..huhuhu

p/s ~ kepada tuan rumah yang cantik ini...ampunkan saya curi2 snap gambar umah pakcik makcik...tapi tak pe pakcik makcik..kurang-kurang rumah pakcik makcik nih semalaysia orang leh nengok tau...rumah cantik kena ler promo memujikan...*senyummmmmm sambil kedip2 mata

kebetulan masa ke melaka aritu aku menginap di sebuah resort yang betul-betul berhadapan dengan rumah ini...tuh yang perasan sangat

Shah's Beach Resort..semalaman standard (weekend) aku dapat RM170..ok la..sbb aku walk-in no booking2 pun pakai terjah jerr..time2 weekend gini harga pun up sikit kan..kalau hari biasa Rm150 jerk

masa nk check-in aku pasan nama nie...ermmm macam penah ku dengar nama ini yeaa..tapi dimana kahhhh* (wat muka pikir-pikir dah dpt bayang2 muka dia nih)...sure korang ada yg tahu sapakah pemilik nama ini kan? cube cite cite cite...

deco dalam resort tk sempat nak snap..kelupaan..memasing dah penat..aku pun xbape sihat time nie...tahu nk lolap jerr....yang aku pasan syiling dalam bilik diperbuat dari anyaman..cantikk...kat beranda ada kusi untuk ko lepak-lepak sambil feel-feel ngadap laut.

Abah aku sempat gak ke pantai nengok ada orang mancing katanya...pantai dengan bilik kitaorang nie tk leh jauh..lebih kurang 10 kangkang kera jerr....kalau sekangkang nampak sangat nipunya kan...hehehehe*sila lempang lelaju

u see...kuar jer pintu bilik dah leh terjun swimming pool kan...dekat bebenau...kalau ko jenis tido malam ngigau jenis berjalan plak tuh...bahaya kayy.. ;)

masa nie tengah bekpes...nengok budak2 mandi...bapak mak budak pun sama masuk kolam. Penginapan termasuk bekpes untuk 2 orang. kalau ko lebih tetamu sama menginap..bekpes sahaja per head RM15...kanak-kanak RM12.

tapi satu bekpes aku tak berkenaan..tak sedap...tak banyak menu..tak padan dengan harga yang dibayar.... iyea anak-anak kita sebagai pengguna harus menyuarakan pendapat dan pandangan k...no ko nak komen2 tanpa bukti

sebelum pulang ke KL...harus mencari ini dulu...korang tahu ape nih?...iyeaaaa KUPANG....sekilo Rm4 sahaja...very murah. Aku beli kat pasar borong pun sepeket plastik cam bungkus lauk tuh pun dah Rm10. balik ko cuci basuh bersih-bersih..klu idak rasa cam berpasir jerr

Sesapa yang penah baca n3 sebelum nie akan tahu bahawa kupang is my feverett....masak sambal pun sodap, direbus cam kerang tuh pun sodap....bagi tekak napsu aku nie kupang rebus lebih sedap manis2 gitu dari kerang tau..korang leh mencubanya...

lagi wajib dibeli cencaluk (aku tk makan...kene belajo kut) dan belacan..dua-dua mak punya..

selesai semua membeli dan berjalan-jalan, maka kembali kami ke pangkal jalan ke rumah...sekian.

Nota Hati:.tak pueh nk pusing melaka....disebabkan aku xsihat..its ok..next!!..tungguuuuu

Masa untuk kita enjoyyyyy!!!

N3 yang dah berkepuk baru nak publish...hehehe...ya ampunnn my fren!!

Katanya mau tengok suasana KL diwaktu malam...

zass terus kitaorang menuju puncak ke bukit ampang sana....tempat gelemer bagi kaki2 lepaking, yang deting2 pun ado...yang gie JJCM pun ado...yang kaki skodeng pun ado...hehehe

yang pasti selalu jadik port shooting drama or pilem...kalau citer frust menonggeng ke, merajuk nk pujuk ke...bincang2 cintan ke...suka nau dorang shooting kat sini...sbb view yang menchantek gamaknya...

Dolu-dolu aku penah ke sini masa awal tahun '90...masa tuh tempat nih tk fofular cam skg...dolu tk dek nyerr ko nampak permandangan 'kete rosak ke hapa..*wink wink

Selepas kami makan di restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyung/Tinjau Cafe atas puncak sana...makanan adalah sedap...ai like sotong goreng tepung...lembut sesangat...yang aku suka sbb sotong tuh digoreng segelung-gelung....bukan cam goreng bulat cam cekodok tuh..xsuka tauuu*wat muka muncung

jom layan ape yang kami bedal malam tuh...memasing diet katanya tk mau makan nasi...jadik kucen makan lauk sajokk...

butter prawn, sotong goreng tepung (sedapp gilerr), kerang rebus (bako xdek plak) & makanan yang bijak-bijak iaitu otak-otak.. ;)

ikan bakar muara sg duyung...same dengan tinjau cafe...ada menu arab lagikk..

otak-otak

Dapat makan sebelah pakwee bawah umo....mengediks jer ko kan frou!..hahaha

Selesai makan...maka bersantai-santai lepaking di bawah plak...

3 pingitan...lalalalala

view dari kejauhan..gambar adalah tidak menawan sebab pakai camera hp sajokk

tetibe interprem ada mamat jambu plak kannn...hikhik

Nota Hati: bila nak jimba2 lagi nih?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...