Tuesday, October 22, 2013

Kafe Tema Tandas Pertama Di AS Dibuka...hishh!!

Dah baca kosmo hari nie?

Ok..tobat aku tak akan masuk kedai camnie...silap haribulan kalau ada kat malaysia...memang esok masuk berita kalau tak kene bako..kene simbah dengan cat tak pun dilempor dek 'najis'..hishh!!


SEORANG pelanggan memeriksa kerusi mangkuk tandas di restoran Magic Restroom Cafe di Los Angeles, California kelmarin.


LOS ANGELES - Seorang pengusaha restoran dari China menarik perhatian ramai apabila dia membuka sebuah kafe bertema tandas yang pertama di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Daily News.

Restoran Magic Restroom Cafe milik YoYo Li yang terletak di selatan California di sini dibuka sejak 11 Oktober lalu.
Stesen televisyen tempatan, KTLA 5 melaporkan bahawa kafe berkenaan dilengkapi kerusi menyerupai mangkuk tandas.

Makanan di premis berkenaan pula dihidang dalam mangkuk tandas mini.



 Kafe tersebut turut dihiasi tempat buang air kecil dan tandas di sepanjang dinding serta dekorasi kelengkapan mandian.

YoYo Li mengambil keputusan membuka kafe itu di AS selepas menyedari konsep restoran tersebut amat popular di China dan Taiwan.

Kafe Magic Restroom menghidangkan menu-menu dari Taiwan termasuk nasi kari 'magic' dan mi sup daging lembu. - Agensi

p/s: part deco cafe nih nak muntah loya aku baca okeh...buleh plak dideconya camtuh di dinding *uweekkk.....dan paling trajis sekali bekas makanan yang dihidangkan plak dalam mangkuk tandas mini...*ok muntah sekali lagik..uweekkk...


Kredit: pokcik google &  KOSMO 20102013


Nota Hati: zaman makin maju..tapi fikiran makin tak cerdik..


Wednesday, October 9, 2013

Inilah Wajah Sebenar Predator Malaysia.....gempak seh!!


“Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya.

Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu.

Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia.

“Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.

Bukan doktor ini jer peminat predator..aku salah sorang peminat predator jugak!! yess!! * give me 5!! :D


sonyum lebor abang pulis nak amek report...hahahha


perhhh..haibatt


agak-agak helmet tuh JPJ ngan SIRIM lepas tak?..hikhikhik



Dr Lim Loi Duan Kong memakai sut Predator bernilai RM85.000 ok..


caya arr doc!!...harganya ajer dah buat aku sesak napas...dah leh dapat sebijik kereta

Tak pe arr dah fanatik..dah minat watak predator kan...yang penting mampu...peduli apa..janji kepuasan kepada pemilik..iye dok?

Gambar-gambar beliau dah pun tersebar di laman-laman sosial...doctor jangan sentap tau..walaupun tanpa pengetahuan...tapi doc dah gelemer tau...semua orang suka...hehehehe *clap clap ;)


Nota Hati: teruja ai noks..

Tuesday, October 8, 2013

Pesta Buku Di Yayasan Kepimpinan Perdana..Putrajaya

Pada tanggal 28-29 Sept 2013 yang lalu..telah berlangsung Sirkit Pancing Putrajaya di Yayasan Kepimpinan Perdana seperti yang aku war-warkan sebelum ini..

ketika entry ini dikeluarkan majlisnya pun dah abes...atas kekangan kerja dan cuti..maka agak kelewatan untuk dipublish...yang benaunya mood pun main peranan untuk stori di blog..iye dok?

so ini kira mood datang secara berhemah ketika ini..so sempat melajus aku masukkan gambar-gambar sekitar pada hari kejadian..

ini ketika sehari sebelum majlis berlangsung..aku berpeluang masuk ke dalam Yayasan Kepimpinan Perdana yang mana tak tahu..di Yayasan ini adalah koleksi-koleksi peribadi YBhg Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah..

Tidak semua..cuma ada beberapa koleksi peribadi beliau dipamerkan disini...selain itu ada koleksi beliau di Langkawi jugak kan..galeria disana lagi besar kan...

Jom korang layan ok..

 pintu masuk utama...dah terbentang tangga kiri kanan ala-ala hindustan gitewww ;)

ini adalah ruang untuk jualan buku-buku...memang murah sangat...dalam sebuku harga ratusan jatuh puluh-puluh senaskah kira berbaloi ok....bagi diskaun kaw-kaw 75%!!!


biasa ler aku..minat masak...so aku snap buku-buku perihal masak ajerr...hahahaha

bagi yang penah beli atau penah servey harga buku-buku masakan dari chef-chef terkenal terutama diluar negara mesti tahu berapa harganya kan...so korang leh tengok perbezaan diskaun yang diberikan...before & after less...


chef-chef ini biasa aku nengok masakan dorang kat channel food di Astro ;)



 sapa tak kenal dak jamie nih...hang pi main masak jejauh ok!! :P


puratanya buku-buku yang dijual disini berbahasa inggeris yer....kutipan dari jualan buku-buku ini akan disalurkan pada tujuan amal...kira ko membeli sambil menderma gitu...

tapi pernah ker ko membeli sambil menderma dengan harga yang murah?..jarang-jarang kan..kadang-kadang...ataupun tak pernah kan?..selalunya bila jualan sambil menderma ini..harganya mesti up sikit...kalau kurangpun sikit jer kan...dah nama derma kan..iye dok?

tapi yang ini betui-betui berbaloi...kira tak merugi ko perolehinya



 ini adalah sebahagian jubah-jubah yang dipakai oleh YBhg Tun Siti Hasmah

 gambar mudo-mudo gitewww..so sweeet




cer teka sapa didalam gambar tuh...
 


 haaa..sapa ingat nama perdana menteri wanita ini...angkat tangan! :D




pandangan dari luar dihadapan Yayasan 


sapa yang telah memiliki buku ini...angkat tangan!! :D
 

sweet memories bersama Yasser Arafat


masih steady


ketika hari kejadian ini..ada program Tun bercerita bersama anak-anak di yayasan ini tau...dapat bayangkan tak Tun bercerita sambil budak-budak mendongak-dongak nengok dia bercerita...Tun kan lucu... :)



 pasu ini lebih besau dari aku...motip ko cakap camtuh kenapa orchid?
ok..aku kecik sikit dari pasu..hahahahhaha



kolam ikan kap diluar laluan ke pintu utama...besar gedabak ikan-ikan tuh...mahap tak sempat snap rupa paras ikan yerrr...


bestkan rumah camnie..ada kolam camtuh..petang-petang leh lunjur kaki dalam kolam...huh berhangan jer arrr...
ok...think positip....tak nak sentap...lelaju amek baldi isi air...taruk garam...rendam kaki depan tv....huhuhuhu

ada kesinambungan di yayasan ini yang aku nak stori...next entry yerrr...


Nota Hati: tak abes pusing dalam itu..next arr


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...