Kejayaan Pahang itu bukan sahaja disambut dengan sorakan ribuan penyokong Pahang di stadium, malah pastinya menggembirakan setiap rakyat negeri itu yang menyaksikannya menerusi skrin televisyen yang bersiaran secara langsung.
saat-saat meraikan kemenangan oleh skuad pemain pahang
Sekalung tahniah buat pemain import dari Argentina, Matias Conti yang
muncul wira Tok Gajah, apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-58
sudah cukup buat Pahang memahat sejarah merangkul kejuaraan ketiga dalam
sejarah penganjuran Piala Malaysia selepas melakukannya (juara) pada
tahun 1983 dan 1992.
Di hadapan 85,000 penonton yang membanjiri stadium, anak-anak buah
Dollah Salleh sewajarnya layak dinobat sebagai juara berdasarkan aksi
yang lebih berkualiti
seawal petang..ribuan penyokong kedua-dua pasukan telah memasuki memenuhi ruang stadium shah alam..
kelihatan lambakan merah kuning mewarnai stadium...
Sepakan bola dari Azamuddin Akil kepada Matias Conti yang menanduk bola berjaya menjaringkan gol sekaligus menjadikan Pahang Juara Piala Malaysia tahun ini dengan mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga wisel penamat.
Korang tau dok...aku dok depan tv malam tadik.....tak senang duduk nunggu saat-saat terakhir pengadil meniup wisel penamat....rasa nak gie aku pergi masuk padang tolong tiupkan wisel.... :D
Debo-debo rasa sampai nak heart attack aku..hahahahahha..sib baek tak attack..kalau idak..tak dan koi nak nengok dorang julang piala...hakhak :D
Debo-debo rasa sampai nak heart attack aku..hahahahahha..sib baek tak attack..kalau idak..tak dan koi nak nengok dorang julang piala...hakhak :D
penyokong kuat pahang...steady Dato CT ngan Dato K datang memberi sokongan...berbaloi-baloi walaupun hujan lebat....
No comments:
Post a Comment