Tuesday, November 12, 2013

ABIYYAT BY AMIR KADIR ~ Pereka Fesyen Seorang Anak Malaysia Di Bumi Kuwait.

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Amir Kadir yang memberi keizinan untuk aku membuat secebis entry khas untuk rekaan beliau yang semakin mendapat tempat di hati pengemar-pengemar jubah di Malaysia sekarang ini...thanks bro..

Korang jangan ingat ini iklan berbayar atau komisyen dari beliau pulak yerr.....tak salah untuk aku menolong menaikkan prestasi hasil kerja beliau untuk membuktikan bahawa yang kita tak sedar ada seorang rakyat Malaysia seorang pereka fesyen yang terbaik di bumi Kuwait.

Mesti korang bertanya mengapa pilihannya di Kuwait tidak di negara sendiri Malaysia kan..itu boleh tanya beliau sendiri yer anak-anak...;)


info mengenai jubah beliau....

"THAWB" atau jubah, sejenis pakaian yang dipakai oleh orang Arab, kini semakin diminati ramai lelaki Islam di Malaysia, lebih-lebih lagi untuk ke majlis yang ada kaitannya dengan agama.

Sesetengah pula berpendapat bahawa pakaian ini, yang labuhnya hingga paras buku lali dan berlengan panjang, adalah pakaian yang sungguh selesa.

Orang Kuwait juga menyebut jubah sebagai 'dishdasha', yang biasa dipakai di Iraq dan negara Arab lain yang bersempadan dengan Teluk Parsi.

"Thawb" adalah perkataan Arab merujuk kepada pakaian dan ia adalah pakaian tradisi orang Arab untuk kaum lelaki.




Bagi lelaki Arab, tidak kira pekerjaan atau status sosial, mereka memakai jubah tradisional dan apabila dipakai akan memperlihatkan status kesamarataan.

Pakaian ini juga sesuai untuk cuaca panas di tanah Arab. Mereka juga memakai pakaian yang dijahit kemas ini untuk ke tempat bekerja dan apabila menghadiri majlis atau keraian.

Melihat kepada peredaran fesyen Islam di Malaysia, Amir Kader (pereka fesyen pakaian yang menetap di Kuwait sejak 10 tahun lepas), merancang untuk membawa balik rekaan baru jubah untuk lelaki di Malaysia.




"Saya akan membawa balik jenama saya sendiri - Abiyatt; yang bermaksud 'warna putih' seawal-awalnya 2014 untuk dijual di Malaysia. Ini adalah usaha saya untuk memperkenalkan fesyen Islam di Malaysia", katanya.

Amir pula berpendapat bahawa remaja kini lebih cenderung untuk memakai pakaian tradisional dengan reka bentuk baru dan segar. 

"Generasi muda sekarang termasuk dari Malaysia memberi lebih perhatian dengan apa yang mereka pakai. Untuk kelihatan kemas sememangnya menjadi ikutan.

"Di Abiyatt, kami mempunyai rekaan fesyen yang bergaya untuk dipilih oleh golongan remaja dan saya yakin remaja Malaysia akan mendapati ia sesuatu yang boleh dipertimbangkan", Amir memberitahu Bernama baru-baru ini.

Amir, yang bangga menjadi rakyat Malaysia pertama mereka fesyen jubah moden, mendapati kebanyakan lelaki Malaysia menyukai versi warna-warni untuk pakaian Arab ini berbanding warna asal, putih.

Menurut seorang tukang jahit jubah tempatan, Abdul Jalil, yang berasal dari Yemen, warna tradisi untuk jubah sebenarnya ialah putih. 

"Bagaimanapun, jubah datang dalam pelbagai warna. Pada bulan-bulan panas, kebiasaannya seseorang itu akan memakai jubah berwarna putih atau kekuningan.

Pada bulan-bulan sejuk dan di beberapa bahagian Teluk yang cuacanya sejuk, kaum lelaki akan memakai jubah berwarna gelap termasuk hitam, coklat, kelabu atau biru.

"Jubah, yang berwarna kekuningan atau kuning tanah juga diminati dan si pemakai akan kelihatan lebih menarik", jelas warga Yemen itu.

Kebiasaannya jubah di sana diperbuat daripada 100 peratus kain kapas, polister atau linen.

Amir, yang berkelulusan ijazah dalam pemasaran dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah sedekad mempelajari mengenai pakaian Arab dan fungsinya.

Dengan pengetahuan asas mengenai rekaan fesyen jubah, Amir cuba menambah sentuhan kontemporari untuk menghasilkan rekaan yang sesuai dengan fesyen kontemporari.



"Apa juga budaya asing yang cuba kita terapkan, perkara penting yang perlu dikekalkan tanpa kompromi ialah keasliannya", kata pereka fesyen itu yang mendapat latihan awal di London. 

BERNAMA

utusan 20102013



Untuk uols yang ada anak-anak lelaki.....usah merisau...Abiyyat juga memperkenalkan product barunya untuk junior-junior....memang malatop arr rekaan dan warnanya yang cantik sangat-sangat...i like!...

paling tak menahan model untuk jubah si comel ini diperagakan oleh si ensem boy yang comeyy sangattt...
tak caya?..meh nengokk antara koleksi-koleksi abiyatt junior  











comeyy kan...geramm tui ensem boy nie...rasa nak cubit-cubit pipi gembol dia tuh



inilah pemilik sebenar Abiyyat...Saudara Amir Kadir....opsss bukan yang kiri taww...kanan yang pose ala2 pelakon dalam pilem 'Life Of PI'  tuh...hehehehe (ya ampunnn amir) :D

ok aku tempek gambar yang ok ...gambar cari makan.*wink wink...kang sentap plak dak amir nih...hehehehe *ya ampunnn lagii..hahahahahaha



ok bukti..anak Malaysia bergambar depan Kedutaan Malaysia Di Kuwait...bangga ok


beliau jugak adalah penchenta tegar kucing ok...tapi kucing dia semua nama glam-glam ok....kucing ngan carpet pun dah nak serupa...jangan ko baring kat situ sudah arr..kang dah serupa sama dengan jer ngan carpet tuh...ahaks!


untuk korang yang nak tahu dengan lebih lanjut..korang leh usha-usha..cuci-cuci mata di website beliau ..CLICK DISINI


korang juga boleh berhubung melalui:
INSTAGRAM - abiyatt
TWITTER - abiyatt


cantik-cantik rekaan beliau..harga jangan risau....berpatutan dengan harga di sini...kira senang cakap.....MAMPU MILIK ;)


untuk saudara Amir Kadir..semoga berjaya dalam kerjaya bro!! Terbaekkkk!!!



Nota Hati:  Sokongan kepada anak melayu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...