Sirkit
Pancing Putrajaya Siri 3/2013
dan Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) Sempena Hari Kemerdekaan |
|||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tarikh dan Masa Pertandingan Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 29 September 2013 iaitu pada hari Ahad (7:30 pagi hingga 12:30 tengahari). |
|||||||||||||||
Tempat Pertandingan | |||||||||||||||
Sisiran Tasik Yayasan Kepimpinan Perdana Presint 8, Putrajaya | |||||||||||||||
Hadiah Pertandingan | |||||||||||||||
|
|||||||||||||||
PENDAFTARAN untuk penyertaan pertandingan adalah seperti
berikut :
- Pendaftaran secara ONLINE bermula pada 9 September 2013 dan berakhir pada 25 September 2013, jam 11.59pm
- Secara WALK-IN di I-Center Dataran Putra, Presint 1 dan Pusat Khidmat Pelanggan (OSC) di Kompleks Perbadanan Putrajaya yang bermula pada 13 – 27 September 2013 (9:00 pagi - 5:00 petang).
- Di Tapak Pertandingan iaitu di YKP pada 28 September 2013 bermula jam 10.00 pagi hingga tamat masa pertandingan pada 12.30 tengahari, 29 September2013
Waktu urusan PENGESAHAN PENDAFTARAN :
- Pada jam 12:00 tengah hari, 28 September 2013 (Sabtu) sehingga ke masa pertandingan tamat.
- Sila pastikan membawa KAD PENGENALAN dan RESIT PENDAFTARAN PESERTA semasa membuat pengesahan.
- Peserta dibenarkan mendirikan khemah 20m dari tebing tasik dan memasang pancang berbentuk 'Y' pada 28 September 2013 pada pukul 5.00 petang.
Acara Sampingan - Pesta Buku @ Yayasan Kepimpinan Perdana, 27 - 29 September 2013 (Adnan 03-88858940)
- Putrajaya Lake and Wetland Explorace, 28 - 29 September 2013. (Normaliza 03-88877146) - [Muat turun Borang]
- Pertandingan Pidato Spontan (Nawar 03-88858968)
- Arked dan Permainan Dalaman (Congkak, Catur dan Rubik's Cube) (Niza 03-88858954)
- Tayangan Kartun di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana (Adnan 03-88858940 / Suliana 03-88858966)
- Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak pra-sekolah (Suliana 03-88858966)
- Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (2 kategori, 7 - 9 tahun dan 10 - 12 tahun) (Nik Khusairie. 03-8887 7129) - [Muat turun Borang]
- Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar (Putri 03-88877632) - [Muat turun Borang]
- Memancing Udang (Suhailiza. 03-88877281) - [Muat turun Borang]
Pendaftaran Online [ Klik di sini ] - HARI TERBUKA YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA 2013
“Belajar dan Berhibur”
Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 bertujuan untuk memperkenalkan Yayasan Kepimpinan Perdana serta Pustaka Perdana kepada masyarakat umum. Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana dimuatkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
• Pesta Buku @Yayasan Kepimpinan Perdana (27hb – 29hb September 2013)
• Pertandingan Pidato Spontan
• Tayangan Kartun di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana
• Pertandingan Mewarna dan Sesi Bercerita bagi kanak-kanak pra-sekolah
• Permainan Dalaman (Congkak, Catur, Rubik’s Cube)
• Cabutan Bertuah
• Gerai-gerai Jualan
Pelawat yang mendaftarkan diri akan juga menjadi ahli Pustaka Perdana secara percuma pada Hari Terbuka. Pendaftaran dibuka pada Hari Terbuka dan meja pendaftaran bertempat di foyer Yayasan Kepimpinan Perdana.
Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana adalah pada 29hb September 2013 (Ahad), bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang.
- Yayasan Kepimpinan Perdana & Pustaka Perdana
Yayasan Kepimpinan Perdana ditubuhkan pada tahun 2003 dengan objektif untuk mengarkibkan, menyelidiki serta menyebarkan maklumat tentang Perdana Menteri Malaysia secara khasnya dan sejarah pembangunan negara secara amnya. Yayasan Kepimpinan Perdana merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dan ertubuhan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation). Ia ditubuhkan atas sumbangan ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada syarikat-syarikat swasta tempatan.
Dari tahun 2005 sehingga kini, Yayasan Kepimpinan Perdana telah berusaha untuk mendigitasikan dokumen-dokumen berhubung dengan sejarah kepimpinan negara, termasuk ucapan-ucapan Perdana Menteri, keratan akhbar, artikel majalah, foto, serta buku-buku lama. Setakat ini, kami telahpun berjaya mendigitasi lebih daripada 500,000 rekod. Kebanyakan daripada rekod ini boleh diakses melalui laman web kami www.perdana.org.my manakala sebahagiannya memerlukan lawatan ke Pustaka Perdana.
Bagi maklumat lanjut tentang Yayasan serta maklumat untuk menjadi ahli Pustaka Perdana, sila hubungi Adnan (03-88858940) atau Suliana (03-88858966). Yayasan Kepimpinan Perdana dan Pustaka Perdana dibuka Isnin sehingga Jumaat, 8.30am – 5.30pm.
Nota: korang kalau datang sini..meh makan2 di gerai saya yang terletak ditapak karnival pada hari kejadian ok....kita jamu-jamu selera...nak tau menu apa sepecel...jom jom *angkat2 kening sonyum2 ;) :D
Nota Hati: rezeki diberi olehNya...syukran
No comments:
Post a Comment