Showing posts with label Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) Putrajaya. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

Pesta Buku Di Yayasan Kepimpinan Perdana..Putrajaya

Pada tanggal 28-29 Sept 2013 yang lalu..telah berlangsung Sirkit Pancing Putrajaya di Yayasan Kepimpinan Perdana seperti yang aku war-warkan sebelum ini..

ketika entry ini dikeluarkan majlisnya pun dah abes...atas kekangan kerja dan cuti..maka agak kelewatan untuk dipublish...yang benaunya mood pun main peranan untuk stori di blog..iye dok?

so ini kira mood datang secara berhemah ketika ini..so sempat melajus aku masukkan gambar-gambar sekitar pada hari kejadian..

ini ketika sehari sebelum majlis berlangsung..aku berpeluang masuk ke dalam Yayasan Kepimpinan Perdana yang mana tak tahu..di Yayasan ini adalah koleksi-koleksi peribadi YBhg Tun Dr Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah..

Tidak semua..cuma ada beberapa koleksi peribadi beliau dipamerkan disini...selain itu ada koleksi beliau di Langkawi jugak kan..galeria disana lagi besar kan...

Jom korang layan ok..

 pintu masuk utama...dah terbentang tangga kiri kanan ala-ala hindustan gitewww ;)

ini adalah ruang untuk jualan buku-buku...memang murah sangat...dalam sebuku harga ratusan jatuh puluh-puluh senaskah kira berbaloi ok....bagi diskaun kaw-kaw 75%!!!


biasa ler aku..minat masak...so aku snap buku-buku perihal masak ajerr...hahahaha

bagi yang penah beli atau penah servey harga buku-buku masakan dari chef-chef terkenal terutama diluar negara mesti tahu berapa harganya kan...so korang leh tengok perbezaan diskaun yang diberikan...before & after less...


chef-chef ini biasa aku nengok masakan dorang kat channel food di Astro ;)



 sapa tak kenal dak jamie nih...hang pi main masak jejauh ok!! :P


puratanya buku-buku yang dijual disini berbahasa inggeris yer....kutipan dari jualan buku-buku ini akan disalurkan pada tujuan amal...kira ko membeli sambil menderma gitu...

tapi pernah ker ko membeli sambil menderma dengan harga yang murah?..jarang-jarang kan..kadang-kadang...ataupun tak pernah kan?..selalunya bila jualan sambil menderma ini..harganya mesti up sikit...kalau kurangpun sikit jer kan...dah nama derma kan..iye dok?

tapi yang ini betui-betui berbaloi...kira tak merugi ko perolehinya



 ini adalah sebahagian jubah-jubah yang dipakai oleh YBhg Tun Siti Hasmah

 gambar mudo-mudo gitewww..so sweeet




cer teka sapa didalam gambar tuh...
 


 haaa..sapa ingat nama perdana menteri wanita ini...angkat tangan! :D




pandangan dari luar dihadapan Yayasan 


sapa yang telah memiliki buku ini...angkat tangan!! :D
 

sweet memories bersama Yasser Arafat


masih steady


ketika hari kejadian ini..ada program Tun bercerita bersama anak-anak di yayasan ini tau...dapat bayangkan tak Tun bercerita sambil budak-budak mendongak-dongak nengok dia bercerita...Tun kan lucu... :)



 pasu ini lebih besau dari aku...motip ko cakap camtuh kenapa orchid?
ok..aku kecik sikit dari pasu..hahahahhaha



kolam ikan kap diluar laluan ke pintu utama...besar gedabak ikan-ikan tuh...mahap tak sempat snap rupa paras ikan yerrr...


bestkan rumah camnie..ada kolam camtuh..petang-petang leh lunjur kaki dalam kolam...huh berhangan jer arrr...
ok...think positip....tak nak sentap...lelaju amek baldi isi air...taruk garam...rendam kaki depan tv....huhuhuhu

ada kesinambungan di yayasan ini yang aku nak stori...next entry yerrr...


Nota Hati: tak abes pusing dalam itu..next arr


Wednesday, September 25, 2013

Sirkit Pancing Putrajaya 2013 Pada Hujung Minggu Ini...Macam-Macam Aderr ...jomm!!

Sirkit Pancing Putrajaya Siri 3/2013
dan
Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP)
Sempena Hari Kemerdekaan
Tarikh dan Masa Pertandingan
Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 29 September 2013 iaitu pada hari Ahad (7:30 pagi hingga 12:30 tengahari).
Tempat Pertandingan
Sisiran Tasik Yayasan Kepimpinan Perdana Presint 8, Putrajaya
Hadiah Pertandingan
i. Tempat Pertama  RM 7,000.00
ii. Tempat Kedua RM 5,000.00
iii. Tempat Ketiga RM 3,000.00
iv. Tempat 4-13 RM 200.00
v. Tempat 14 – 20 Hamper
PENDAFTARAN untuk penyertaan pertandingan adalah seperti berikut :
  • Pendaftaran secara ONLINE bermula pada 9 September 2013 dan berakhir pada 25 September 2013, jam 11.59pm
  • Secara WALK-IN di I-Center Dataran Putra, Presint 1 dan Pusat Khidmat Pelanggan (OSC) di Kompleks Perbadanan Putrajaya yang bermula pada 13 – 27 September 2013 (9:00 pagi - 5:00 petang).
  • Di Tapak Pertandingan iaitu di YKP pada 28 September 2013 bermula jam 10.00 pagi hingga tamat masa pertandingan pada 12.30 tengahari, 29 September2013

Waktu urusan PENGESAHAN PENDAFTARAN :
  • Pada jam 12:00 tengah hari, 28 September 2013 (Sabtu) sehingga ke masa pertandingan tamat.
  • Sila pastikan membawa KAD PENGENALAN dan RESIT PENDAFTARAN PESERTA semasa membuat pengesahan.
  • Peserta dibenarkan mendirikan khemah 20m dari tebing tasik dan memasang pancang berbentuk 'Y' pada 28 September 2013 pada pukul 5.00 petang.
  • Acara Sampingan
    • Pesta Buku @ Yayasan Kepimpinan Perdana, 27 - 29 September 2013 (Adnan 03-88858940)
    • Putrajaya Lake and Wetland Explorace, 28 - 29 September 2013. (Normaliza 03-88877146) - [Muat turun Borang]
    • Pertandingan Pidato Spontan (Nawar 03-88858968)
    • Arked dan Permainan Dalaman (Congkak, Catur dan Rubik's Cube) (Niza 03-88858954)
    • Tayangan Kartun di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana (Adnan 03-88858940 / Suliana 03-88858966)
    • Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak pra-sekolah (Suliana 03-88858966)
    • Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (2 kategori, 7 - 9 tahun dan 10 - 12 tahun) (Nik Khusairie. 03-8887 7129) - [Muat turun Borang]
    • Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar (Putri 03-88877632) - [Muat turun Borang]
    • Memancing Udang (Suhailiza. 03-88877281) - [Muat turun Borang]
    Pendaftaran Online [ Klik di sini ]
     
  • HARI TERBUKA YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA 2013 “Belajar dan Berhibur”

    Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 bertujuan untuk memperkenalkan Yayasan Kepimpinan Perdana serta Pustaka Perdana kepada masyarakat umum. Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana dimuatkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
    • Pesta Buku @Yayasan Kepimpinan Perdana (27hb – 29hb September 2013)
    • Pertandingan Pidato Spontan
    • Tayangan Kartun di Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana
    • Pertandingan Mewarna dan Sesi Bercerita bagi kanak-kanak pra-sekolah
    • Permainan Dalaman (Congkak, Catur, Rubik’s Cube)
    • Cabutan Bertuah
    • Gerai-gerai Jualan

    Pelawat yang mendaftarkan diri akan juga menjadi ahli Pustaka Perdana secara percuma pada Hari Terbuka. Pendaftaran dibuka pada Hari Terbuka dan meja pendaftaran bertempat di foyer Yayasan Kepimpinan Perdana.

    Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana adalah pada 29hb September 2013 (Ahad), bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang.

     
  • Yayasan Kepimpinan Perdana & Pustaka Perdana

    Yayasan Kepimpinan Perdana ditubuhkan pada tahun 2003 dengan objektif untuk mengarkibkan, menyelidiki serta menyebarkan maklumat tentang Perdana Menteri Malaysia secara khasnya dan sejarah pembangunan negara secara amnya. Yayasan Kepimpinan Perdana merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dan ertubuhan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisation). Ia ditubuhkan atas sumbangan ahli Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada syarikat-syarikat swasta tempatan.

    Dari tahun 2005 sehingga kini, Yayasan Kepimpinan Perdana telah berusaha untuk mendigitasikan dokumen-dokumen berhubung dengan sejarah kepimpinan negara, termasuk ucapan-ucapan Perdana Menteri, keratan akhbar, artikel majalah, foto, serta buku-buku lama. Setakat ini, kami telahpun berjaya mendigitasi lebih daripada 500,000 rekod. Kebanyakan daripada rekod ini boleh diakses melalui laman web kami www.perdana.org.my manakala sebahagiannya memerlukan lawatan ke Pustaka Perdana.

    Bagi maklumat lanjut tentang Yayasan serta maklumat untuk menjadi ahli Pustaka Perdana, sila hubungi Adnan (03-88858940) atau Suliana (03-88858966). Yayasan Kepimpinan Perdana dan Pustaka Perdana dibuka Isnin sehingga Jumaat, 8.30am – 5.30pm.

Nota: korang kalau datang sini..meh makan2 di gerai saya yang terletak ditapak karnival pada hari kejadian ok....kita jamu-jamu selera...nak tau menu apa sepecel...jom jom *angkat2 kening sonyum2 ;) :D


Nota Hati: rezeki diberi olehNya...syukran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...