
Nota Hati: penghibur aku..
suker nau berendam lelama yerr...main puas-puas yerr..lepas nie tunggu lain bulan baru leh datang sini yerr..:)
bestnya kalau aku dah joint dorang kan :P
dua beradik yang bebas dari bebelan makk apaknya...yabedabeduuuu katanya..*ok tipu..itu aku punye suker
datang ke sini pun dah lewat...snap pun pakai hp cap hayam...so gambar adalah tidak mencantik ok *dush dush
lihat awan tuh...teringat aku kisah satu pilem omputih nie...lupa sudah tajuknya
nga-ngap jugak...tapi mata tetap melekat kt situ jugak..
aku dok perhatikan aje bro nih pasangkan...haruslah lepas nie aku terkial-kial lagi nak pakaikannya....adusss melembab tui aku
Mee Goreng Chili Peppers -> RM6.80
Sup Tulang -> RM8.80...promo sedap *thumb up!
KUALA TERENGGANU - Gara-gara mencuri lapan ekor kucing parsi, seorang penganggur didenda sebanyak RM11,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Abdul Hayyi Salim mengenakan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhammad Isma Amirull Ismail, 19, mengaku mencuri kesemua kucing tersebut dalam tiga kejadian pada Disember lalu.
Tertuduh dari Kampung Batu Putih, Chendering di sini didenda sebanyak RM3,000 bagi tuduhan pertama dan denda RM4,000 untuk setiap pertuduhan kedua dan ketiga.
Bagi tuduhan pertama, Muhammad Isma bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa mencuri tiga ekor kucing jenis parsi berharga RM1,500 milik Mohd. Zamri Ibrahim, 53, di Lot 1931, Jalan Mawar 8, Taman Permint, Chendering di antara pukul 11 malam dan pukul 3.15 pagi, 29 Disember lalu.
Dua hari kemudian, tertuduh sekali lagi bersama seorang rakan, Tuan Muhammad Azwan Tuan Ali, 18, didakwa mencuri tiga lagi ekor kucing milik Mohd. Zamri berharga RM1,500 di tempat sama di antara pukul 11 malam hingga pukul 6 pagi.
Note: Dik...dari ko curi kucing parsi...baek ko pergi 'curi' bela & jaga kucing-kucing terbiar tuh....ada gak ganjaran pahala ko dapat....ini ko mencuri kucing untuk mendapatkan duit yang tak halal..dosa free jer ko dapat...
Kredit: KOSMO 11012012
Nota Hati: cerdik payah nak diajar...