Sunday, January 2, 2011

Bibik Indon Maut Jatuh Dari Apartment Di Presint 9, Putrajaya

PUTRAJAYA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai cuba melarikan diri dari rumah majikannya maut akibat terjatuh dari tingkat 12 Pangsapuri Blok E2, Fasa 12, Presint 9, di sini.

"Mayat mangsa ditemui jam 7.30 pagi tadi oleh penduduk dalam keadaan tertiarap, di lorong belakang sebuah tadika di apartmen itu. Turut dijumpai berhampiran mayat ialah beg pakaian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid, berkata mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipercayai memanjat keluar dari tingkat 12 menggunakan kain selimut malam tadi semasa majikannya tiada di rumah.

Majikan mangsa, ketika ditemui pemberita, enggan mengulas.
Kredit by: BH 02012011

Nota Hati: Macam2 hal..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...