Thursday, July 18, 2013

Cetusan Luahan Hati Seorang Isteri Noor Dayana Hj Lokman :'(



Sana sini berkisah tentang perkahwinan Ashraf Musli apabila beliau berkahwin untuk kali kedua di Thailand ketika permohonan berpoligami masih belum diputuskan oleh Mahkamah...

Aku bukan tertarik sebab ashraff berkahwin dua..tetapi nukilan isterinya ini amat mendalam maksudnya..

buat suami..pasangan kalian..fahamilah..

rasa sebak..memahami ape yang dirasai.. :'(
 

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

***Dari Aku: (Noor Dayana Hj Lokman)



sebelum ini aku ada post kisah pasangan ini ketika majlis pertunangan beberapa tahun yang sudah....April 2012 semas amajlis pertunangannya

kisahnya click  DISINI

malah aku juga berkesempatan menerima rawatan dari doktor noor dayana ini ketika aku admitted di wad Hospital Melaka pada tahun 2011.....beliau seorang yang manis...asyik tersenyum..lembut bahasanya...

part yang tak leh blah....masa dia berdiri hujung katil aku....first aku renung name tag dia..dia cam perasan..tapi aku tengok muka dia..dia tersenyum..dalam hati aku macam kenal nama nie...yang membuatkan aku kenal pada nama ini..ejaan Dayana tuh sendiri..bukan 'diana' macam kita pernah dengar... ;)

esoknya sebelum specialist datang ke katil aku..dia datang ke katil aku tanya khabar...bila aku tanya...'nih tunang ustaz amirul erk'..dia tersenyum ...sah betui! hehehehehe

bila aku menceritakan bahawa aku pernah post kisahnya dengan ashraf (ketika itu sbg tunangnya) di blog aku...dia mengucapkan terima kasih sambil membelek2 dan membaca kat my lappy...

bila dia tanya aku stay kat mana dan camner leh ter' admitted di hospital melaka..aku jawab..pakej bercuti 3h2m termasuk dok sepital..dia tergelak....nyudahnya 5 hari aku tido sepital sana..

satu-satunya patient yang bawak lappy ke katil sepital..aku ler time tuh..sampai doctor cakap..bagus sekurang-kurangnya u tak boring...hahahahah sajer doc suh aku duk lama lagi kann.. :P


Nota Hati: ku pendam dalam duka..


2 comments:

Anonymous said...

Semoga dr noor dayana tabah.. Anyway,apa nama facebook dayana ye?huhu

Anonymous said...

Aku doakan agar Dr. Noor Dayana tabah menghadapi dugaan ini. Aku bersimpati di atas nasib yang melanda nya.. baru saja bergelar isteri selama 2 tahun... terlalu awal untuk dimadukan. kesian betul, too young to experience failed love. Kejamnya suami dia tu 'membagi cinta' dan si madu tu langsung x ada hati perut, nanti ada balasannya merampas suami, memecah belah syurga rumah tangga kawan sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...