Di bawah ini adalah kisah disebalik kejadian tersebut yang diceritakan
semula oleh seorang saksi yang melihat sendiri ‘scene’ dari sebelum,
semasa dan selepas kemalangan tersebut berlaku.
Cerita daripada seorang kawan c99limited.com.
Lebih
kurang pukul 6 petang 6 Mei 2012, aku masuk highway PLUS dari Kuantan
nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j. Tetiba aku perasan ada kereta
belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dengan kereta aku.
Then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus
follow Inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow, hati kering driver
Inspira tu! Kereta standard, absober standard, rim dan tayar pun
standard kilang.
Memandangkan
speed dah 200km/j, then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji
kereta demi keselamatan. Enjoy, pasal Inspira tu rajin hi beam halau
kereta ke tepi. So, aku kat belakang dia just follow je la. Time corner
jalan tak rata aku nampak Inspira tu body dah goyang tapi dia tetap
maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku
plan nak crusing je, so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang
dia.
Tetiba
kat depan ada sebijik Mitsubishi Lanser 2.0 kat lane kanan dalam
kelajuan 140km/j. Lancer tu tak nak ke tepi tapi terus tekan minyak dan
Inspira tu terus cucuk. Hmmm, kereta yang sama, cuma pengilang yang
berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lanser!
Aku
pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik
balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong
kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagi pun lately tak tau la aku macam
gerun sikit nak rembat kaw-kaw. Hmmm, mungkin ada hikmah tu. So, aku
ikut je dari belakang.
Dalam
5 minit aku follow melihat aksi mereka, ada pulak sebuah bas di
belakang antara beberapa buah kereta yang bawak pada kelajuan biasa kat
lane kiri. Inpira masih mencucuk Lancer dengan rapat dan aku makin
menjarakkan sikit demi keselamatan.
Tetiba
aku nampak Inspira, Lancer, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada
kacau bilau. Terus aku nampak Lancer tu melanggar pagar kiri highway
dan melintas depan kereta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan
melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yang
menghala ke Terengganu.
Sewaktu
Lancer tu di udara, sebuah kereta di laluan sebelah betul-batul berada
di bawah Lancer tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila Lancer tu dah
terhempas ke laluan sebelah, ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan
Lancer tu lalu terbabas dan langgar pagar.
Kereta
Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri.
Masa aku pelahankan kereta untuk berhenti, aku perasan penumpang Lancer
yang duduk di depan dah kaku.
Sebaik
je aku berhenti, aku terus berlari ke Lancer tu untuk membantu. Aku
antara orang terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat
tengah highway untuk ke laluan sebelah ada seorang brother yang berlari
lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.
Ya
Allah!!! Menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis
nampak baby yang aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan
ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat
je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku
jerit je suruh dia angkat baby tu.
Syukur
kereta di laluan tu semua terus berhenti. Aku terus pergi ke Lancer tu
dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang
dah diam.
Aku
nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber'seat belt' dan airbag
dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk ke depan tapi aku yakin
tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah
tak bernyawa.
Aku
periksa pemandu - lelaki, masih memakai seat belt dan airbag dah
kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku
yakin dia pun dah tak bernyawa.
Aku
terus pesan pada dua tiga orang yang ada kat situ supaya jangan sentuh
mangsa yang dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada
brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan Lancer tu
untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas
jalan. Terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.
Aku
periksa baby tu pulak - dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna
putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yang tercampak keluar
dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulillah, ada
sorang pak cik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan
baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia.
Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.
Aku
selongkar beg mangsa untuk cek document yang mungkin boleh membantu aku
menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi
mangsa je dan takde no. ahli keluarga mangsa.
Dalam
masa 20 minit lepas kejadian, tetiba ada pak cik tu ambil phone mangsa
dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ahli keluarga mangsa ada
convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila ahli
keluarga mangsa sampai, terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan
hantar ke hospital.
Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So, aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan. Pastu dalam beberapa minit, polis, bomba, ambulans pun sampai.
Aku
kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang-ulang kali aku
terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita
pada ahli keluarga mangsa yang datang ambik baby tu.
Aku
tinggalkan tempat tu dengan kaki yang menggigil. Live depan mata
excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je, 2 nyawa melayang, baby
terpelanting ke luar kereta dan baby yang tak tau apa-apa kehilangan ibu
bapa selamanya.
Aku
teruskan perjalanan ke KL dengan kelajuan yang tak sampai 160km/j.
Isteri aku kat sebelah trauma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak
berborak, radio pun tak on. Sampai tol Gombak baru aku bukak radio dan
cuba bercakap dengan wife aku untuk tenangkan dia.
Lancer crash at 200km/j. Dari laluan Kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan). Minyak engine + coolen mengalir keluar. 2 picture ni je aku ambik. Aku tak sampai hati nak ambik gambar mangsa.
si kecil ini telah kehilangan ibu dan ayah...
bagaimana kesakitan yang ditanggung anak kecil ini...
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa kejadian tersebut.
Sesungguhnya daripada-Nya kita datang dan kepadanya jua tempat kita akan dikembalikan.
Nasihat & iktibar daripada kisah di atas dan berhati-hati di jalan raya......AL-FATIHAH :'(
p/s: aku termuskil-muskil nih... ..agak-agak korang jenis kereta apakah yang dipandu oleh saksi ini yer..sebab speed kereta dia pun melajuss menyamai dengan speed inspira tuh 200km/j...grggrgrgrgrgr
Nota Hati: dalam kita berhati-hati...orang lain jadik penyebabnya...kalau tak sayang nyawa sendiri jangan libatkan membunuh nyawa orang lain...
2 comments:
aku raser keta saksi continental,bmw,merc sebab dia lagi boleh potong kalu dia nak????
mungkin wira pakai enjin evo...
Post a Comment