al-fatihah...:'(
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut bersama ibu dan ibu saudaranya dalam kemalangan di KM70, Jalan Kota Tinggi-Kluang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Sharmila
Jumadi, 2, ibunya Marlisa Mansor, 25, serta ibu saudaranya, Maryana
Mansor, 22, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya Sofea
Balqis Jumadi, 4, cedera parah.
"Kemalangan berhampiran Ladang
Tabung Haji itu berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi tadi apabila kereta
Perodua Kancil yang dipandu Marlisa dari arah bandar Kluang menuju arah
Bandar Tenggara cuba memotong sebuah kereta Toyota Hilux di depannya.
"Dipercayai wanita berkenaan gagal memotong kenderaan terbabit lalu
berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan sebelum berpusing
dan kemudiannya dilanggar oleh Toyota Hilux yang tidak sempat mengelak,"
katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kredit: Oh! Media
Nota Hati: Berhati sayangi nyawa kalian & ingatlah orang tersayang
No comments:
Post a Comment