Thursday, July 14, 2011

Merlimau Inn....rasai suasana kampung bila menginap disini..

Dalam 2-3 n3 nih aku bercerita pasal melaka jer kan..haruslah sebab ada jemputan ke sana...disebabkan jemputan dikawasan merlimau..harus aku mencari tempat penginapan yang terdekat dengan rumah pengantin...

Merlimau Inn ini aku tahu dah lama kewujudannya.....skg nie dipanggil Merlimau Inn dolu rest house merlimau jer....sempat gak merasa menginap disini pada tahun 97-98 kut..kelupaan sudah. itupun semasa kenduri kawin housemate aku semasa sama-sama duduk Kampung Baru KL sana...kami membooking 5 bilik untuk rombongan pihak sebelah (pengantin lelaki) ketika itu...

sampai sekarang aku terputus hubungan dengan housemate aku tuh...namanya Mastura Kamis dimanakah engkau yer skg..anak jati melaka permatang serai...hopefully aku akan ketemu dak Mas suatu hari nanti...;)

pintu masuk terus ke lobi....sinonim tangga sebegini dengan negeri melaka

laluan masuk ke kuanter check-in/check out

ruang rehat..lepaking di lobi

disini rekabentuknya semuanya dari kayu..sehingga dinding lantai bilik..laluan pejalan kaki ke tiap-tiap bilik berlantaikan kayu...so kalau berjalan tuh agak 'berbunyi' jugak ler kan...cam rumah kampung..lantai kayu mesti berbunyi berderap-derap bila kita memijak kan...

perkhidmatan dan tawaran yang disediakan oleh Merlimau Inn

berminat nak buat majlis kawin disini...murah jugak kan...sesapa yang berminat..tuh ada nombor telefon yang patut korang hubungi ok...06-2636099


2 bulan sebelum majlis aku sudah membooking dan membayar deposit..sebab di sini tak banyak bilik....aku ambil family room ( 1 katil single 1 katil besar)...bilik family room hanya ada 2 bilik sahaja...bilik twin deluxe hanya ada 6 bilik sahaja ( 2 katil single). Tak banyak bilik kan?..so korang kene membooking awal-awal ok.


my room

laluan menuju ke setiap bilik-bilik

lepas ambil kunci...lalu menuju ke bilik

1 katil besar

1 katil single

aku puashati dengan bilik ini..sebab besarrrrrr...bilik tuh kami leh duduk 6 orang lagik..kira ada lagik ruang kalau nak tido...yang lebih tuh kami bentang toto tido kat bawah...tapi aku mesti tido atas katil yerr...*demand hehehehe

ada tv, gobok aka lemari baju...teh nescafe pack juga disediakan kalau ko nak membancuh air bagai....bilik ada kipas syiling dan ekon...tido malam best sejuk..kene plak berlantai berdindingkan kayu...tambah-tambah nak peluk bantal tarik selimut kan...:P

Harga yang ditawarkan 2H1M pada aku hanya RM148 sahaja...berbaloikan harga promosi katanya...ok la sebab aku puashati dengan bilik dan yang penting bilik airnya. bersih dan besar jugak...yang penting getah paip..air dengan kelajuan yang kuat.....itu aku suka..lenkali leh menginap kat sini lagi...

korang dun wori..Merlimau Inn terletak dalam pekan kecil merlimau...so tiada masalah untuk ko cari kedai makan mahupun membeli barang-barang keperluan. malah ianya juga berdekatan dengan Politeknik Merlimau jugak...sapa-sapa yang ada anak nak belajar di poli leh menginap disini..kalau berkereta pun tak sampai 10 minit dari poli ke sini.

Nota Hati: misi mencari kupang plak..

1 comment:

Unknown said...

kawasan nie dulu sawah tempat saya bermain masa kecil atas bukit depan tu kg saya ...........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...