Tuesday, July 19, 2011

JUVANA...berakhirnya fenomena kisah Daim & Botak

korang layan Juvana tak?...malam tadi adalah finale episod Juvana yang menjadi kegilaan setiap malam Isnin...drama yang penuh trajis dan tragedi.

Kisah berkenaan tentang pelajar-pelajar di sekolah juvana dalam erti kata sekolah budak-budak bermasalah dispilin mahupun terlibat dalam kes-kes polis/mahkamah (kes-kes pesalahnya dibawah umur).


Ini adalah drama melayu yang boleh aku terima lain dari lain dari drama-drama melayu sebelum ini. Walaupun agak 'kasar' disogokkan aksi buli membuli, pergaduhan...sikap, kelakuan serta permasalahan anak-anak diperingkat umur sebegini...semuanya akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Korang puashati dengan endingnya?


Setelah berakhirnya konflik di sekolah itu....10 tahun kemudiannya Daim kembali ke Sekolah Wira Bakti sebagai Cikgu Daim sebagai tenaga pengajar bagi mendidik anak bangsa.


Dan yang pasti korang akan ingat dengan nama-nama Botak, Kicap, Ayam, Apek, Cikgu zakiah (satu-satunya pelakon wanita dalam drama ini), Cikgu Azmee, Cikgu Ariffin, Cikgu (warden) Raja, Tony dan lenlain...

Lagi seorang tentu korang ingat mulut budak kecik yang mengelarkan dirinya Kedah si mulut yang becok, muka berani, mulut tk adek insuran tuh kan...kira dia berani ler buli Botak tuh yang tahan aku nengok...kelako pun ada...sepeking kemain ko..loghat kedah.....uii meletop-letop ko ye dik...lakonan dari dak Fahmi ( astro ceria: putera shazlan)
lakonan dari pelajar-pelajar yang 'tiada nama' kecuali Zahiril Adzim...mereka melakonkan watak-watak dengan berkesan malah mengujakan aku. Tidak perlu nama besar mereka sudah cukup mengegarkan industri ini.

korang akan merindui mereka-mereka ini....hihihihi...ensem kan bila botak dah ada rambut...hahahahaha

Ape pun drama ini menjadi satu fenomena dalam drama bersiri yang mempunyai jutaan penonton setiap minggu. Taniah kepada pengarah, pelakon-pelakon dan team produksi drama ini!!....caya lu bro!

Nota Hati: satu fenomena yang lain dari lain..

5 comments:

strawbery said...

last episode yang tak tahan tue.. TERUJA k..adik ipar org sampai peluk2 bantal.. huakakakaka.. i lak sampai pulas2 surat khabar.. ciss sgt geram seh...

Orchid said...

starwbery: tak pasai2 bantak & surat kabor jadik mangsa korang erk...aduyaii..touching nau ye..mesti korang windu kt botak kan..ker rindu kt tony..hakhakhak

strawbery said...

R.I.N.D.U kat kedah bleh!!!

maza said...

si botak tu kalau tak silap lulusan ijazah usuludin dari negara Indonesia sana...

lakonannya memang mantap gitew.

Orchid said...

Maza: iye ke..uiii leh tahan gak educ dia erk..ingtkn muka ustaz2..ghupanya ganas gak..tp lakonan je la kan..hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...