Suri rumah bongkar kejadian selepas budak 10 tahun menangis pulang rumah
Tangisan anak kedua daripada empat beradik itu mengejutkan ibunya, wanita keturunan
Na berkata, pernikahan anaknya yang masih belajar di sebuah madrasah dekat Wakaf Baru, Tumpat, terbongkar apabila perkahwinan itu diakui lelaki berusia 40-an yang menikahinya.
"Saya dapat tahu pernikahan anak kami dilakukan sendiri suami saya yang melakukan akad nikah itu ketika memandu kereta.
"Sebelah tangan pegang stereng, sambil sebelah tangan lagi akad nikah anak kami kepada rakan jemaahnya sambil disaksikan rakan jemaah lain dalam kereta sama," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Pohon Buloh di sini, semalam.
Suri rumah itu berkata, selepas pernikahan itu dilangsungkan, anaknya yang berada di asrama madrasah, dijemput suaminya dengan alasan untuk membeli-belah di sebuah pasar raya dekat Lembah Sireh, Kota Bharu.
"Anak saya sekadar mengikut kerana ketika itu diberitahu bapanya sudah berada di pasar raya itu. Bagaimanapun, selepas tidak menemui suami saya di situ, anak saya dibawa pula menginap di sebuah hotel.
"Di hotel itu, anak saya disuruh tidur bersama lelaki yang sudah mengahwininya. Bagaimanapun, malam itu, anak saya keluar dari bilik terbabit sebelum mendapatkan bantuan dan bermalam dengan seorang tukang sapu hotel berkenaan.
"Keesokannya, anak saya dibawa pulang ke rumah oleh suami dan rakannya itu. Walaupun membawa anak kami pulang, tetapi suami saya tidak balik ke rumah," katanya.
Berang dengan kejadian itu, wanita terbabit mendapatkan bantuan ahli keluarga terdekat sebelum membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas pada 25 Februari lalu serta melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK).
Nota Hati: Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku..
4 comments:
tak agak2 la bapak dia tue.. ntah2 lelaki tue selera pada budak tak?? tak pun kerna duit??...... takutttnye..harap2 jauhi la pada anak2 kite jadi mcm tue..amin
Anon > ko tak mau dikenali erk..tapi aku totap kenai ko!..hehehe! tuh la zaman skg nie susah nk cakap..dari susah nk bercakap..baek kita jgn 'bercakap-cakap'saje..so pandai2 jaga keselamatan anak-anak kita ;)
Salam Nur,
apa nak jadi ngan dunia sekarang ni.
salam Kak Aidah,
Tu la kan..sekarang nie macam-macam leh jadik..jenayah tidak mengenal dewasa mahupun kanak-kanak..walaupun dengan keluarga sendiri..minta2 di jauhkan lah segala benda camnie..aminnn
Post a Comment