Friday, February 5, 2010

Selamat Bersara Yang Arif Dato' Seri GSR..

Jasa dan tunjuk ajar kata-kata semangat dan nasihat Yang Arif akan dikenang dan dipupuk disemaikan dalam tugasan mendatang...telah 2 kali aku menerima undangan Yang Arif untuk jamuan sebegini..ditempat yang sama..tempat kuda katanya...sonang kat sini suasana nyer amat privacy.

makan tempat kuda..nak tak nak kene snap gambo kuda

padang berserta palang-palang tempat kuda memain lompat-lompat...sebab time nie kuda ngah tido...petang kang bru leh sambung main lompat-lompat katanya..hehe

Ini suasana sebahagian jamuan yang diadakan di Kelab Ekustrian Putrajaya..hanya terdapat 20 tetamu yang hadir....kelihatan Yang Arif hari ini dikelilingi bagai selebriti plak..kejap-kejap bergambar..yang penting tetamu wanita adalah meramai...wahhh gituuu...lelaki ado jugak hanya 5 orang jerr..itupun dorang dah blah awal..sbb menunaikan tanggungjawab hari jumaat kekdahnya kan..

yang diraikan..Yang Arif Dato' Seri GSR
sedang mempamerkan cenderahati yang diterima

okey kita layan..segmen makan-makan kitaorang plak....makanan adalah melazatkan sampai sengkak perut dibuatnya..aku asik duk berulang coktail nya sajokk....tapi gambo non hadooo..lupo sebab tekun menghirup...hehehe

menu-menunya..sweet sour fish, butter prawn, ayam asak lomak cili api, kurma daging & sayur Aloo Ghobi (ermmm..first time aku dengo nama sayur sebegini..)

Seafood Tomyam

kerabu mangga yang menyentapkan tekak

segala jenis kerabu, kepok udang & papadom, salad buah, ikan masin, sambal tempoyak, sambal belacan bagai...ado gak caramel, puding mangga, buah-buahan, agar-agar...minuman paneh & sejukkk

masa untuk kembali semula ke opis...mereka bertiga nie adalah ex-bos aku...YBhg Datuk Hasnah Dato' Mohammed Hashim (CR), Yang Arif Datin Zabariah Yusof & Yang Arif Dato' Has Zanah Mehat

Nota Hati: next tahun aku pun akan pencen gakkk..tapi lamo laie daaaaa...umo masih mudo belia..ekekeke

2 comments:

payiet said...

teleyo tgk krabu mangga tu. Bila nak banjer kami disini?

Orchid said...

payiet > tunggu mangga kt sini berbuah ler yea..ekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...