Monday, February 8, 2010

Selamat Pengantin Baru...Asreeq & Abby

Sabtu 6/2..jam 11 aku bertolak ke Melaka memenuhi undangan perkahwinan anak kepada arwah ex-bos aku dulu Allahyarham Tuan Basir Abu Shah...kira nie menantu pertama...tapi arwah tak sempat melihat anak bujangnya naik pelamin...Allah lebih menyayanginya..al-fatihah..

Isteri arwah bekerja di MOF...sehingga sekarang masih berkontek-kontek bertanya kabar dengan aku...aku teringat dulu..dia pernah cakap...."walaupun arwah (ex-bos aku) tak ada lagi...jangan pulak awak putus hubungan dengan akak yeaa."..terharu aku mendengar kata-katanya dulu...

pengantin diarak

tetamu adalah meramai..tema kaler hijau..sana sini sunun semuanya ku lihat ijauuuuu (intro ala-ala lagu zainal abidin gayanya..hehe)

mempelai tersenyum..sudah ada tanggungjawab selepas ini sebagai ketua keluarga..

pengantin perempuan dari raub, pahang

suka tengok pulut kuning nie..dilayer selang seli ngan rendang...so ko makan tak payah duk nak mencicah ngan rendang bagainya..

kalau kenduri kawin..mesti ada udang panjat pokok nenas kan..tapi kali nie aku tengok udang berkawan rapat ngan telo burung puyuh..ekeke

cuppies menjadi pilihan..trend sekarang

Nota Hati: rindu dihati..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...