PETALING JAYA 6 Feb. - Hanya mereka yang bernafsu binatang sahaja sanggup membunuh seorang bayi secara kejam.
Baru berusia lima bulan, bayi malang yang tidak tahu apa-apa itu meninggal dunia dipercayai akibat didera dan diliwat oleh manusia berhati binatang.
Berdasarkan bedah siasat terhadap bayi lelaki itu, terdapat kesan kecederaan di badan, termasuk di bahagian dubur yang dipercayai akibat perbuatan liwat.
Bayi malang itu pada mulanya dibawa oleh ibu bapanya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan selepas mendapati anak mereka dalam keadaan 'nyawa ikan' pada kira-kira pukul 9 malam, 31 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bagaimanapun selepas diperiksa, bayi itu disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Menurut laporan doktor, terdapat kesan lebam dan cedera pada tubuh bayi malang itu, termasuk kesan diliwat," katanya ketika ditemui pada majlis mesra rakyat penduduk kawasan Subang Perdana di sini hari ini.
Berikutan itu, kata Arjunaidi, polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 19 tahun yang merupakan ibu bapa kepada bayi malang tersebut.
Kata beliau, pasangan itu yang tidak mempunyai anak lain, ditahan sehari selepas kejadian, iaitu pada 1 Februari lalu di sebuah tanah perkuburan di Sungai Buloh, dipercayai selepas mengkebumikan anak mereka.
Beliau berkata, pasangan itu yang bekerja di bahagian percetakan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
"Tempoh tahanan reman mereka sepatutnya tamat hari ini. Polis telah memohon lanjutan tempoh reman sehingga 12 Februari depan bagi membantu siasatan," jelas beliau.
Menurut Arjunaidi, polis tidak menolak kemungkinan bapa bayi itu adalah suspek utama dalam kes liwat dan penyebab kematian bayi tersebut.
p/s kredit by UM bth 07022010.
Nota Hati: hukuman mati jerrr orang jenis camnie...orang ke? huh!
No comments:
Post a Comment