Tuesday, November 24, 2009

Galeri & Taman Bunga Raya, KL

Kursus diberi nama Alam Bina dan Hiasan ini anjuran Puspanita opis aku yang diadakan pada jumaat lepas 20/11.. ada jugak sekerat dua kumpulan dr JPM ikut serta dalam kursus ini. Segombolan rombongan cik kiah berlepas dari POJ ke sana..lepas amek ahli-ahli disini bergegas plak ke jalan duta, high court KL jemput group satu lagi kt sana..tp sampai sana..uiiii jalan jam giler..udah ler laluan ke masjid wilayah time jumat plak tuh..dah tentu2 menempah nasib kt sana..sabar jer la! yang penting bukan aku yg bawak bas kan..hanya duk pejam-pejam mata jerr sementara nk sampai..heh!

Dah lama aku tak joint acara sebegini maklum arr opis aku nie lain macam sket..bizi semedang jer..bab2 nak aktif begini agak ada kesukaran untuk diberi pelepasan..huhuhu..leh bg statement camnie?..matikk arr akuuuuu..

Jom kita layan ape yang telah berlaku pada hari kejadian yang lalu..nk citer lelebeh xkoser plak..namun dari sekeping gambar kita dapat mengambarkan maksudnya kan...uiii uols layan jer la...tapi aku citer ler sket2 yg mana aku ingat...hehhhehe

welcome..ke Taman Bunga Raya, Taman Tasik Perdana
sapa-sapa tak tahu mana tempat nie..gooogle2 ler erk..tak reti-reti erk

Sejarah dan asal usul bunga raya @ bunga kebangsaan negaraku malaysiaaa...
korang tk nampak jelas ape butir ayatnya?..zoom jer la

kalau dilihat bentuk asal ori dah tentu yang berwarna merah..sejak zaman aku celik mata sampai ke zaman sekolah..hanya kaler merah yang aku jumpe..tapi sekarang nie udah macam dikacukkan..maka lahirlah bunya raya yang bermacam2 bentuk rupa sudahnya..tapi totap menawan cantik bila dipandang..tapi dun petik2 bunga mahupun tangkai-tangkai bunga di sini yer anak-anak..

Tertera diatas batu nie..dibuka dengan rasminya oleh
YAB Datin Seri Dr Siti Hasmah binti Hj Mohd Ali
pada Isnin 16hb Oktober 1989 bersamaan 16hb Rabiul Awal 1410.

landskap dibahagi kepada 2...landskap lembut & landskap kejur..apekah itu..sila baca diatas yer

muka-muka ceria kemengantukkan disamping penerangan dari pihak DBKL sendiri...semuanya orang-orang yang arif bab2 camnie...

welcome..ke Taman Herba plak..macam-macam adeeeeee...cayolah cakap den! Siap ngan petunjuk arah kalau uols mahu herba ubatan mahupun herba makanan & minuman



kalau ikutkan program selepas taman herba nie..we uols akan ke taman orkid..tapi disebabkan sekarang ni musim hujan..maka program terbatal..cis cis cis!..muncung2 mulut aku time dibgtau program ke taman orkid kensel gitu..sebelum tuh awal2 tadik aku senyum selaut sampai ke telinga tk sabar nak ke taman nie...dah tentu-tentu aku nie pencinta orkid leh tak terpergi tempat begitukan..hancusss hatikuuu..keciwaaaaa..uhuhuh

sementara menunggu hujan reda..we uols berlepak kt wakaf taman herba ni..mata aku tertangkap pada pepohon pokok ini..mulalah macam aku berfikir..agak2nya lah kan berapa ler usianya kan..akar-akarnya timbul atas tanah..tapi ianya kelihatan sungguh cantik ketika ujan turun ketika ini..

Nota hati: mencari damai dihati..berkunjunglah ke tempat ini..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...