Friday, May 15, 2009

Rahsia Tarikh Lahir Anda..

Kajian selama 25 tahun Dato Dr. Fadzilah Kamsah sebagai Pakar Motivasi mengenai personaliti seseorang .

‘Hidup manusia penuh dengan 1001 yang mampu diterokai. Hanya menerusi tarikh lahir saja, pelbagai cara dan taktik yang telah dikenal pasti untuk mengorek rahsia peribadi sesorang. Kali ini juga berkisarkan tentang tarikh lahir. Tidak seperti sebelumnya di mana kamu terpaksa mengira, mencampurkan atau sebagainya. Kali ini kamu tidak perlu bersusah payah. Tiap tarikh lahir sudah diletakkan di dalam kategori tertentu.’


JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
mudah mendisiplinkan diri sendiri
suka mendidik dan dididik
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
cukup sayang pada kanak-kanak
suka smart, kemas dan teratur
suka duduk rumah
bersifat sensitif, berfikiran mendalam
setia pada segala-galanya
pandai mengambil hati org lain
perlu belajar kemahiran sosial
pendiam kecuali telah dirangsang
cukup cemburu yang sangat tinggi
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi


FEBRUARI
berfikiran abstrak
mudah menpamirkan marahnya
sukakan benda yang reality dan abstrak
tidak suka benda yang remeh-temeh
inteligent, bijak dan genius
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
berpesonality yang mudah berubah
sangat berani dan suka memberontak
mudah menawan orang lain
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
pemerhatian yang tajam
jujur dan setia pada segalanya
suka hiburan dan sukan
keras hati untuk mencapai matlamat
suka benda yang bersifat seni
tidak suka dikongkong
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
mudah memberontak apabila dikongkong
berkecenderungan pada benda yang tahyul
suka kegiatan yang lasak
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
emosinya mudah terluka dan sangat sensitive
belajar untuk mempamerkan emosi


MAC
berpesonaliti yang menarik dan menawan
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
mudah didampingi
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
sangat pemalu dan pemendam rasa
suka berangan-angan
sangat baik secara semula jadi,
suka melancong
jujur pemurah dan mudah simpati
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka pada kedamaian
suka dengan hiasan rumahtangga
sangat peka kepada orang lain
punya bakat seni dalam bidang muzik
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
kencenderungan kepada benda yang istimewa
tidak cepat marah dan sangat amanah
dan baik jangan terlalu moody
tahu balas budi dan tahu kenang budi


APRIL
sangat aktif dan dinamik
try control the emotion
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
kecenderungan bersifat dendam
sangat menarik dan pandai manjakan diri
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
punya daya mental yang sangat kuat
kuat daya ingatan
suka diberi perhatian
gerak hati yang sangat kuat
sangat diplomatik (pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang)
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
sangat berani dan tiada perasaan takut
berpenyakit disekitar kepala dan dada
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
sangat cemburu dan terlalu cemburu hingga ketahap merbahaya
emosi cepat terusik


MEI
kekerasan hati dan degil
tidak perlu dimotivasikan
fizikal yang baik
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
kelemahan sistem pernafasan
pemikiran yang tajam
sangat manja dan mudah dipujuk
suka sastera, seni dan muzik serta melancong
mudah marah apabila tidak dikawal
bersikap sistematik (otak kiri)
tidak berapa suka duduk dirumah
pandai menarik hati orang lain dan sangat menarik perhatian
suka berangan
tidak boleh duduk diam
perasaan yang amat mendalam
kuat daya firasat memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu
rajin dan bersemangat tinggi
cantik dari segi mental dan fizikal
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
agak boros
mempunyai daya tarikan yang tinggi
daya khayalan yang tinggi pemikiran tajam
sering menjadi perhatian
pandai berdebat


JUN
berfikiran jauh dan berwawasan
mudah berkawan dan pandai berkawan
mudah ditawan kerana sikap baik
orang yang sangat tertib
berperangai yang lemah lembut
pandai mempamerkan sikap
mudah berubah sikap, perangai, idea, mood
mudah kecil hati
idea yang terlalu banyak di kepala
mudah kena selsema
bersikap sensitive
suka berkemas
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
cepat rasa bosan
sukar melakukan sesuatu dengan segera
sikap terlalu memilih dan cerewet
bersikap suka menangguh-nangguh
kurang mempamerkan perasaan
bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
lambat nak sembuh apabila terluka hati
cepat marah dan cepat sejuk
suka kepada barang yang berjenama
suka bercakap dan berdebat
mudah menjadi eksekutif
suka buat lawak dan bergurau
kedegilan yang tidak terkawal
otaknya cerdas berangan-angan
sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi menegur saya adalah kawan saya


JULAI
sangat seronok didampingi
tinggi daya simpati
banyak berahsia dan sukar dimengertikan terutamanya lelaki
pemerhatian yang tajam
agak pendiam kecuali diransang
suka menilai orang lain dengan pemerhatian
ada harga dan maruah diri
mudah dan rajin belajar
tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
suka muhasabah diri
mudah dipujuk dan bercakap lurus
suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
sangat menjaga hati orang lain
suka mendiamkan diri
sangat peramah
suka duduk dirumah
emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
berjiwa sentimental
tak agresif kecuali terpaksa
jarang berdendam
lemah dari segi kesihatan perut
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
mudah gemuk kawal tak kawal diet
tidak suka benda remeh-temeh
minta disayangi
membimbing cara fizikal dan mental
mudah terluka hati tapi lambat pulih
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
terlalu mengambil berat
layanan yang serupa dengan semua orang
rajin dalam membuat kerja


OGOS
suka berlawak
sangat cemburu
mudah tertawan kepadanya
daya pemerhatian yang tajam dan teliti
sopan santun dan caring terhadap orang lain
cepat berfikir
berani dan tidak tahu takut
fikiran yang berdikari
orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
suka memimpin dan dipimpin
pandai pujuk orang lain
sifat suka berangan
terlalu pemurah dan bersikap ego
berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
nilai harga diri yang sangat tinggi
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
dahagakan pujian
cepat ditimpa penyakit
semangat juang yang luar biasa
belajar untuk relax
cepat marah dan mudah mengamuk
sangat kelam kabut
mudah marah apabila cakapnya dilawan
suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat bersopan santun dan bertolak ansur
sangat sensitif yang tidak diketahui
mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
sangat cermat, teliti dan teratur
orang yang banyak berfikir
suka sukan, hiburan dan melancong
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
daya pentaakulan yang baik
kurang menunjukan perasaannya
pendiam tapi pandai bercakap
otak bijak dan mudah belajar
terluka hatinya sangat lama disimpan
sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
suka mencari maklumat
terlalu memilih pasangan
sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur
kawal diri dari terlalu mengkritik
sukakan benda yang laus
kerja yang dilakukan sangat sempurna
pandai mendorong diri sendiri
bersistematik


OKTOBER
suka sembang
tidak suka terima pandangan orang lain
suka orang yang sayang padanya
emosi yang mudah terusik
suka ambil jln tengah
suka berangan & pandai bercakap
sangat menawan & sopan santun
emosi yang kelam kabut
manja
daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
kecantikan luar & dalam
suka melancong, bidang sastera & seni
tidak pandai berbohong & berpura-pura
pengasih, penyayang & lemah lembut
mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan
romantik dlm percintaan
sentiasa berkawan
mudah terusik hati & cemburu
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
ambil berat tentang orang lain
cepat marah
suka kegiatan luar
pentingkan diri sendiri
orang yang adil
tidak menolong orang kecuali diminta
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
suka melihat dari perspektifnya sendiri
mudah patah semangat


NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
pandai muhasabah diri
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan
otak yang sangat tajam
berfikiran unik dan bijak
pandai mendorong diri sendiri
penuh dengan idea-idea yang luarbiasa
tidak hargai pujian
pemikiran yang tajam
kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
daya firasat yang mendalam dan tinggi
badan yang tough
bagus untuk jadi doktor
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
cermat dan teliti
romantik
personaliti dinamik
tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
suka duduk dirumah
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
terlalu degil dan keras hati
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
apabila hendak, pasti diusahakan sehingga berjaya
bercita-cita tinggi
tak suka marah kecuali digugat
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
mudah ambil berat terhadap orang lain


DISEMBER
sangat setia dan pemurah
sangat jujur amanah dan bertolak ansur
bersifat patriotic
tidak pandai berpura-pura
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
perangai yang berubah-ubah
bercita-cita tinggi
tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Benci pada kongkongan
seronok didampingi
suka berlawak
suka bercampur dengan orang
pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai


Nota: ~ sekadar renungan (ada yg terkene ker?.huhuhu)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...