Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Bayi 23 hari diliwat bapa sendiri.... :(

fikirkan anak seusia begini menjadi mangsa ayah sendiri...sememangnya tidak layak digelar ayah mahupun manusia sekalipun!!

Bayi 23 hari diliwat bapa kandung!

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

Kredit: Informasi Dot My

Nota Hati: bila manusia tidak serupa manusia...binatang pun tahu kasihkan anaknya...

Tuesday, August 23, 2011

Mati lemas dipercayai ditolak bapa sendiri...

KLUANG - Tiga kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka dalam kejadian di Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd. Fawzi Arshad berkata, dua kanak-kanak perempuan berumur tiga dan lima tahun serta adik lelaki mereka, berusia dua tahun, dipercayai ditolak ke dalam kolam kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada 7.30 malam.

"Ketiga-tiga beradik itu dipercayai dibawa ke kolam berkenaan oleh bapa mereka yang berumur 29 tahun dengan alasan untuk memancing ikan sebelum ditolak dan mati lemas,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, hari ini.

Mohd. Fawzi berkata, pusat kawalan IPD Kluang menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.20 malam sebelum meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Beliau berkata, mayat kesemua kanak-kanak yang lengkap berpakaian itu ditemui kira-kira satu setengah jam kemudian. - Bernama

Kredit: KOSMO 23082011

Nota Hati: bila hilang sifat keperimanusiaan...

Thursday, August 4, 2011

[ Berita ] Kaki..organ dalaman manusia dalam mangkuk tandas

Kaki, organ dalaman dalam mangkuk tandas


ANGGOTA polis mengangkat mayat yang telah dipisahkan beberapa bahagian badan yang ditemui di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang Jaya semalam.

AMPANG JAYA – Tragis dan meloyakan. Itulah gambaran yang boleh diberikan terhadap penemuan mayat manusia yang telah dipisahkan dengan sebelah kaki dan beberapa bahagian organ dalamannya dibuang ke dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas di sini semalam.

Sebelum penemuan mayat itu, penghuni di blok itu mengadu terdapat bau yang kurang menyenangkan di kawasan sekitarnya.

Menyedari perkara itu, pihak penyelenggara apartmen telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah kosong di tingkat lima dan menemui kaki sebelah kiri dan beberapa bahagian organ di dalam mangkuk tandas di rumah tersebut sebelum bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada pengurus bangunan itu pada pukul 4 petang memaklumkan dia menjumpai kaki dan beberapa bahagian badan lain manusia di dalam sebuah rumah.

“Hasil pemeriksaan polis bersama pihak patalogi menjumpai sebelah kaki kiri dan organ dalaman manusia yang dibuang ke dalam mangkuk tandas.

“Berdasarkan maklumat patalogi, mayat itu dipercayai telah dibuang kurang daripada seminggu lalu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Amiruddin berkata, turut ditemui bahagian lain badan mayat itu yang disimpan di dalam beberapa helai beg plastik.

Difahamkan, beg plastik tersebut ditemui tergantung di atas siling tandas dan diletakkan di beberapa ruang dalam tandas tersebut serta banyak kesan tompokan darah di dalam rumah itu.

Beliau berkata, setakat ini pihak polis masih menyiasat identiti dan jantina mayat memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan terbiar sejak 10 tahun yang lalu.

Kredit: KOSMO 04082011

Nota Hati: manusia sesama manusia semakin menakutkan...

Friday, July 1, 2011

Bila ibu hamil 6 bulan didakwa atas kesalahan mengambil Methamphetamine

 Noradila  di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Noradila di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang sarat mengandung enam bulan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mengambil dadah jenis Methamphetamine di rumahnya di Jalan Pasir Panjang, di sini.

Noradila Arifin, 30, yang sedang mengandung anak ketiganya, disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000.
Tiada pengakuan daripada ibu dua anak itu direkodkan ketika pendakwaan dijalankan Inspektor Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif dan tertuduh mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Noradila kemudian membenarkan jaminan RM1,300 dan menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Sehingga jam 3 petang semalam, tertuduh belum membayar jaminan dan jika tiada penjamin, dia akan ditahan di Penjara Wanita Pengkalan Chepa, Kelantan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan bersama suaminya berusia 32 tahun di rumah mereka di Jalan Pasir Panjang kira-kira jam 5.32 petang kelmarin selepas sepasukan 11 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu melakukan serbuan ke rumah itu hasil maklumat awam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid ketika ditemui di pejabatnya berkata, ujian air kencing dijalankan terhadap suami tertuduh disahkan positif syabu dan pil kuda.

“Suaminya mengambil sebiji pil kuda setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM30 sehari, manakala isterinya ketagih syabu dan membelanjakan kira-kira RM400 sehari untuk mengambil dadah itu," katanya. ~ sumber BH 01072011

Thursday, June 2, 2011

Bayi baru lahir dicampak....kejammm!!!

Sanggupkah kalian melakukan sebegini pada anak sekecil ini...baru melihat dunia..sekelip mata di pergi dengan cara yang amat menyayat hati... :(

ANJING pengesan digunakan untuk menjejaki individu yang bertanggungjawab mencampak seorang bayi hingga mati di sebuah pangsapuri di Sentul semalam. Gambar kecil Zakaria.

KUALA LUMPUR – Sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan mengenai satu kes pembunuhan kelu seketika apabila dilanda perasaan pilu sebaik melihat mayat seorang bayi lelaki yang ditemui dalam keadaan kepala pecah hingga menampakkan otaknya semalam.

Pembunuhan kejam itu berlaku apabila pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi terus ke dalam tong sampah yang berada di bawah.

Tetapi malang, balingannya tidak cukup kuat lalu tersasar sejauh tiga meter menyebabkan mangsa terhempas di atas jalan.

Bagaimanapun, polis masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu masih hidup atau sudah mati ketika dicampak pelaku durjana tersebut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 12 tengah malam.

Katanya, mayat bayi itu ditemui dibungkus dengan beg plastik di tempat letak kereta pangsapuri tersebut oleh seorang lelaki yang baru pulang dari tempat kerjanya.

“Pemeriksaan awal mendapati bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu mengalami kecederaan parah di kepala.

“Kita percaya ia berlaku selepas pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi ke dalam tong sampah di bawah namun ia terjatuh di kawasan letak kereta kira-kira tiga meter dari tong berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kredit: KOSMO 02062011

Nota Hati: kejam!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...